Pages

Kisah Benar Halimah Jonggang

Gua nak gtahu kat korang semua yang gua telah KANTOI!

Haizie (Bukan nama sebenar ) seorang yang cekap!

Sekian..

Sterss

Mood gua sejak 2,3 hari kebelakangan ni stress!
Makin gua jogging dan aktif main badminton,
jarum penimbang kat umah gua naik!
ape cerita???!!! stress ooo
adakah sebab gua balun tido 8jam semalam menjadi punca?
atau sebab susu anlene menjadi punca?
atau sebab multivitamin mendorong kenaikan?
atau sebab lecithin memeriahkan lagi lemak lengan gua?
tolong laaaa

Pemuda Meratah Dara , Sekotor Inikah Cinta Anak Muda

Wajarnya Berkahwin di Usia Muda???

Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis hilang harga diri. Anak pungut merata-rata. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak!

Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya. Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta! Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.

“Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah-tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis. Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina.

Awas! Hindari segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya. Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta, Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu. Yang masih tak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, teruskan belajar atau berkerja atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap. Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betul kan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah. Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung-jawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiripun sukar dibiaya apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan. Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin: “Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32).

Nah, Allah telahpun memberi jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai??

Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:

“Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.”

Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.: “Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).

Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,

“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan.”

Kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya. Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:

Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah
. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak.

Percayalah! Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan) . Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina. Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a. menjelaskan,

Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).

Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama! Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.


30 Penyebab Sempit Rezeki

30 Penyebab Sempit Rezeki

1 ~ Menyekutukan Allah
2~ Membunuh Orang * Tapi kebanyakan org zalim ni berduit..Allah menguji.
3~ Menyihir Orang * Kejam!
4~ Meninggalkan Solat
5~ Enggan Menbayar Zakat
6~ Meninggalkan Puasa Ramadhan
7~ Enggan Menunaikan Haji * Jarang org muda punya cita-cita ni,termaksud aku!
8~ Derhaka Kepada Orang Tua
9~ Memutuskan Hubungan Kekeluargaan
10~ Perzinaan
11~ Homoseks
12~ Memakan Harta Riba
13~ Memakan Harta Anak Yatim
14~ Bunuh Diri
15~ Kebiasaan Berbuat Dusta * Tiada istilah dusta sunat!
16~ Hakim Derhaka
17~ Merasuah Hakim
18~ Menyerupai Lain Jenis
19~ Membiarkan Keluarga Derhaka
20~ Kahwin Sandiwara * Berkahwin dgn wanita yang ditalak 3,utk memberi peluang kahwin kembali kepada bekas suami terdahulu
21~ Kecuaian Ketika Kencing
22~ Perilaku Riak
23~ Merahsiakan Ilmu * Sila jgn kedekut ilmu!
24~ Berkhianat
25~ Mengungkit-ungkit Pemberian * Jgn ungkit nanti buruk siku ! mak ckp
26~ Mengingkari Takdir
27~ Menyelidik Rahsia Orang * Hati-hati !
28~ Menyebarkan Fitnah
29~ Melaknat Sesama Muslim
30~ Megingkari Janji * Sape2 yg janji nak kahwin dgn GF/BF sila tunai!






Bila Kekasih Ada Skandal Itu Bermakna Diaorg SayangKAn Kamu..Jgn Salah Faham

Sayang percayalah aku sayangkan kamu..
sebab itu aku selalu sakiti kamu dengan punya skandal mendel..
sebab aku tahu dengan cara itu kamu akan bersedih,lalu menangis..

Sayang percayalah aku lalukan perkara itu semata-mata kerana aku terlalu sayangkan kamu..
aku tak sanggup untuk melangkah tanpa kamu.

Sayang aku tahu kamu terlalu marahkan aku bila melihat sms berkanda dinda di telefon aku..
aku sengaja biarkan sms sebegitu di inbox aku semata-mata kerana aku terlalu cintakan kamu..

Sayang aku tahu kamu berlapar sebab mogok dengan sikap aku..apabila kawan kamu melaporkan yang mereka terserempak aku bersama gadis seksi berkongsi gelas di kawasan umum..
tapi percayalah aku sengaja ingin mengantoikan diri dan sengaja park disitu kerana aku tahu teman-teman kamu terlalu suka bercerita umpama radio buruk tentang keburukan insan lain..
tapi percayalah aku lakukan semua itu semata-mata kerana aku terlalu kasihkan kamu..

Sayang .. sebelum kamu maki dan campak kan kuali kemuka aku,
dengarkanlah kasih sayang dan alasan aku semata-mata kerana aku terlalu ingin hidup bersama kamu...

Aku lakukan semua diatas bersebab
Alasan pertama : Aku mahu kamu menghargai aku dan ingat aku jugak sedih bila kamu bergelak ketawa bersama teman pejabatmu..Aku sedih tau..aku pun ada cemburu..

Alasan Kedua : Aku ingin kamu tahu bertapa terseksanya punya rahsia dan cinta gelap..
walaupun kamu sering labelkan sebagai "kawan"

Alasan Ketiga : Aku ingin bukakan mata kamu yang fitnah dimana-mana dan segala keburukan akan tersebar umpama angin menbawa pergi debu dan singgah dimana-mana..

Alasan Keempat : Aku sengaja mahu kamu kurus seperti dulu!

Kesimpulan segala sikap nakal aku hanyalah kerana aku terlalu sayangkan kamu..aku mahu kamu terus bersabar sebelum kita hidup bersama.





p/s Kisah ni tak kena mengena dengan gua langsung!



~Kekasih aku tak segelap kekasih gelap~


Kisah Disebalik Mata Gua Suka Memerangkap Besi Pelik

Pepagi buta yang tak berapa nak buta gua macam biasa pergi kerja..
Mata gua memang jenis menangkap jer bila kereta atau motor atau besekal yang canggih mangis lalu depan gua..canggih bukan bermaksud mahal pun,tapi lebih kepada kagum dan pelik.
yeke ni ek?
Sampai satu simpang traffic light mata gua menangkap seketul kereta jenis Kompressor c230
gua usha dalam,gua nampak "awek"yang drive free hair dan yang gua tak boleh bla pepagi buta tanpa sinaran mentari "awek" tu pakai spek hitam berbingkai putih,selebriti abis!..
Gua perhatikan pulak disebelah,baru gua perasan ada anak lelaki kecil berkopiah siap.. gua tahu budak tu pakai pakaian seragam sekolah agama!.. tetiba hati gua berbisik separa mengumpat
"tak malu pulak mak dia free hair pi hantar anak dia pi sekolah..anak dia tak tanya ke ek
kenapa mak tak bertudung?"
Dah banyak kali dah gua melihat fenomena sebegini rupa.Mungkin diaorg tak nak anak-anak diaorg sesat macam diaorg,so diaorg pi hantar sekolah agama siap2,mati nanti ada yang pandai bacakan yasin dan berdoa.

Pesanan untuk diri : Gua jugak tak sempurna..tapi gua selalu berpegang pada kepercayaan gua
"lakukan pada org seperti mana gua mahu org lakukan pada gua.."
Gua hormat org tua dengan harapan bila gua ada anak nanti anak2 gua tahu hormatkan gua.


Majulah agama untuk akhirat!

Bila Spotrim Lagi Penting Dari Perut


Gua bukan kena catu air
macam kat Johor..
Tapi gua nak catu nasik!
Duit lunch gua nk beli spotrim!

Nekad!

Bila Angin Gua Rasa Nak Kahwin

Masa gua syok tidur layan mimpi
guling-guling hp gua bagi isyarat getar yang mampu buat gua sedar dari dunia guling-guling.Bila gua tgk jer hp gua memaparkan digit-digit nombor gua jadi malas nk pickup.
gua bukan sombong tapi gua serik,kalu gua pickup pun gua selalu slientkan diri gua
dari bersuara,kenapa? sebab ramai sangat yang suka memgganggu.. mengganggu kalu niat nak mengorat gua tak apa jugak,ni niat nk main-mainkan gua mmg celaka la gua sumpah dalam kepala lutut.
No sama call berulang kali,dan telinga gua menangkap bunyi anak kecil menangis..
Naluri gua kuat mangatakan yang panggilan itu bermaksud baik,lalu gua pickup.
Suara dihujung sana cukup buat gua teringat kawan-kawan gua yang telah gua tinggalkan hampir 10tahun tanpa pernah lagi bersua muka.Kawan masa gua belajar dulu.Tapi gua tetapi ingat suara itu! yap FAUZIAH ALOR GAJAH! terharu campur teruja tak dapat dibendung lagi..esok kami nak jumpa.
Rupanya dia dah kahwin,punya laki ensem mcm gua dan anak lelaki yang secerdik gua jugak.Tempias dari gua la tu.Sumpah aku sangat teruja temankan depa 3 beranak,
walaupun 10tahun tak jumpa sikit pun aku tak rasa kekok..sebab dia adalah kawan.
Gua belikan baju melayu dan seekor penyu kecik untuk anak dia.Untuk mak dengan ayah budak gua belanja saja..lainkali poket gua tebal sikit lagi gua belanja depa baju sutera pulak.
Gua memang gembira sangat

Moral : Gua teringin nak kahwin masa tu gak!

NO PANTIES!


Apa pendapat pasal kampen NO PANTIES pada 14 Feb 2010?

Adakah kampen tu biasa-biasa je bagi korang?
Atau cuma gua jer yang agak ketinggalan dalam bab-bak dunia penuh kemodenan ni..
Atau korang pun macam gua gak yang mengamalkan pemikiran yang sempit..
Apa yang luorang paham dengan perkataan "no panties" tu? bagi apa yang gua pahamla
gua tak pastila betul ke tak,al maklumla gua bongok sikit pasal bahasa omputih ni..
tapi apa yang gua paham yelah jeng jenggggg " tidak berseluar dalam" adakah benar?
untuk apa? senang nak buat apa erk? berak? kencing? atau jimat duit dari beli seluar dalam? Tak "dan" otak gua nak mikir..

Gua umur dah tua..otak mula sempit..
tapi jiwa gua tetap berdarah muda dan panas..

NO PANTIES!

NO PANTIES!

NO PANTIES!

NO MANGKUK!

NO MANGKUK!

NO! NO! NO! NO!



????



Bila gua nak berpesan,luorang jangan degil..

Bila gua nak berpesan,luorang jangan degil..
Baca apa gua nk pesan,tak nak ikut tu lu punya pasal..ok?


Gua minta tolong korang yang beragama ISLAM,
JANGAN sambut HARI KEKASIH esok.

Budaya menyambut hari kekasih pada 14 Feb adalah sama dengan
upacara MENGHIDUPKAN budaya MENEYEMBAH DEWA.



Berpesana-pesan dalam kebenaran.

Kenapa Orang Boleh Berubah?



Kenapa org boleh berubah?
nape org boleh berubah?
knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?

[HARI NI]
cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah....
[ESOK]
ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...

[HARI NI]
bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u..

bila nak jumpa lagi.... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]
bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."

[HARI NI]
Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk...

nak tgk muka, rindu katanya....
[ESOK]
kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking

"oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."

[HARI NI]
kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je.....

sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"...

dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]
usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset,

menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko,

rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara.

[HARI NI]
wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK]
free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover...

ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...

[HARI NI]
kejap2 si dia msg..... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]
8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.

[HARI NI]
kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata

"saya nak peluk awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]
si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu...

malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."

Semua ni pernah berlaku kan ...
dan mungkin sedang berlaku...
inilah hakikat..
susah nak cari seseorang yang memahami...
walau mcm mana pun si dia lakukan..
kita still setia kan ...
walhal, mungkin ada ramai lagi yg leh ganti...
itulah maknanya "SAYANG"....
lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
lagi kita benci, lagi kita suka...
lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan ....
nak wat cam ne....
redha je la..... walau pun terluka..... ....

Kasi Bodek Sikit,Ayat Beb..

Ok pagi ni gua curi masa sikit.
Bos jangan marah-marah,kang kena serangan jantung susah kan orang.
Sila duduk diam-diam.Tak pun sila maen game.

Sini gua nak bagi tips gila boleh pakai punya..
Cara-cara nak suruh BF u all pinang u all yang memegang status GF.

1. Gf mestilah tunjukan sikap yang sematang-matangnya tapi dalam keadaaan cute.
Korang faham tak maksud gua?
Contoh : Kalu lu ternampak budak kecik,lu buat la gaya spontan teruja dan cakap "cutenya!"
budak tu..sambil tersengih,tanda lu pun teringin nak beranak.Dan untuk kelihatan lu matang pulak lu pandaila2 fikir..Gua tak dan nak fikir.sengal.

2. Lu orang mestilah berlakon konon-konon lu dalam keadaan tension,stress,takut,sedih,rimas.
Faham tak dengan lakonan tu? apa? tak paham? ok la gua bagi contoh:
Lu berlakonla yang ada staff tempat lu kerja nak ngorat lu,siap nak gi pinang dah.. untuk kuatkan lagi lakonan lu,lu buat-buatla tanya apa pendapat bf lu kalu lu berenti kerje je..
bulan-bulan mintak duit gaji dari bf lu je.. mesti dia tak setuju punya.Secara otomatik
bf lu rasa tergugat sekarang,biar dia fikir kalu lambat melepas pulak.
Buat lak lu cerita mamat yang nak ngorat lu tu macho mcm gua,poket tebal tak macam gua.Bikin resah sikit.

3. Lu ceritala kat dia mak lu dah tanya bila lagi nk tawen ni.. umur dah bangka.
Contoh: Dear,mak i asyik tanya je bila dear nk masuk minang ni..Mak ckp anak kwn dia berkenan dekat i la..mak i pun berkenan.Pls la dear..mcm mana i nak jawab ni..
Dear.. u sanggup ke tengok i tawen dgn org lain? buat lembik tengkuk sikit.
Tapi gua nk nasihatkan gak,lu nk buat dialog ni kena tengok tempat dan masa gak.Silap timing parah balik kat lu.Gua yakin bila lu ckp mcm ni mesti bf lu sibuk cari jawapan.Luorg tak tahu,
balik rumah jer,sambil kira cicak dia duk pikir apa yang lu cakap tadi.risaula tu

4. Lu buat target umur lu.
Contoh: Dear,i target umur i 24tahun i dah nk tawen dah,tak kirala dengan siapa pun ,janji boleh bagi i makan,didik i dan bla blaaa..
I bukan kemaruk nak tawen tapi i nk beranak cepat,i tak sempat tua sangat lagi anak-anak i dah besar,siap i boleh timang cucu.Time tu la i nk pi pusing-pusing dunia.

5. Soal Putus Haid.
Soal putus haid pun lu kena open tau..gua bukan apa.. Lu bayangkan erk..
Kalu u nak tawen umur hampir-hampir berat ke angka 28,29,30 tahun ni,bahaya untuk lu oarng gadis-gadis.Laki tak pe la.. Lu bayangkan kalu lu tawen umur mcm gua cakap kan tu,
Makan setahun baru lu orang membesarkan perut,mengandung.. tunggu 9bln baru keluar.
Tu baru sorang anak,nak tunggu dia besar umur lu dah hampir 50 tahun.Nak beranak lagi tak boleh dah,bahaya.Nak gi pusing-pusing dunia pun tak larat dah ,sakit lutut.
Bila lu orang tak dapat layan hari senja laki lu orang mulala buat perangai.

Tu la antara yang boleh lu olah bersama.Nanti gua sambung lagi kalu gua ada masa.
Gua tak boleh naip banyak-banyak,jari gua cepat bengkak,gua nak pi bagi makan panadol kejap
kat jari gua,sian dia.



Benda Mampus Yang Menghasilkan Bunyi Kuat dengan Benda Hidup Yang Penakut

Sumpah gua macho dan comel..
Tapi itu belum buat gua kuat untuk hilangkan rasa takut gua,
bila berhadapan dengan menatang alah yang berbunyi kuat.
Contoh mudah bunyi ekzos motor Rxz dan yang sewaktu dengannya.
Bunyi lori,bunyi mesin,bunyi.... ala macam-macamla.
Kalu terdengar je jantung gua mula tak tenteram.
Jiwa bikin kacau.
Otak fikir bukan-bukan.. Kalu terjadi jugak gua tanpa fikir panjang
blaa dari tempat yang menghasilkan bunyi tersebut atau polan yang menghasilkan bunyi
tersebut.Time tu gak gua akan lakukan tekan tubi untuk kembalikan
keyakinan gua kepada tahap "macho" dan "comel" pada paras sediakala.
demi allah gua menipu di atas

Pesanan :Harap luorang tak memekik kat telinga gua.Gua tahu luorg semua baek-baek
macam gua gak..:-)

Gua Baek Tak,bagi lu orang

Lu orang rasa atau dapat rasakan tak yang gua ni baek hati?
Tadi lunch hour gua gi supermarket,niat gua baik.
Nak gi cari menatang yang berbau wangi tu untuk opis gua yang bau kepam ni.
Sumpah gua cuak dengan bau ni..tahu bau ape?taik kucen!
Beranak pinak kat opis ni,siap ada insan murah hati belikan makanan kucen yang ketul2 tu,
ala apakebenda ntah nama gua memang tak pernah amik tahu.Atau gua tk reti nak sebut?
Tak kan la kan.. gua tak la bongok cerdik sangat .
Masa kat supermarket tu gua dah setting minda nk beli yang paling murah walaupun kurang bermutu,sebab gua nak mainla claim2 ni.. gua kan murah hati.cis ayat pesen tak ikhlas tu selalu je ada.Benci!.
Dah pilih-pilih gua jumpala yang paling murah ,yang mcm gua duk pk nak beli.
Rege RM 19.90 tak sampai RM 20 pun..ok la tak murah sangat,tak mahal sangat.
Duk pusing-pusing,jalan-jalan ternampak lak kiwi clean tu.. teringat kat jamban toilet pulak..yang tak de tukang cuci mangkuk dia..adoi.
Tanpa pk panjang gua sental 2,menatang alah tu.. dalam RM 7.90 gak,
RM 0.90 tu selalu ada,pengecil harga la katakan,nasib baik aku bukalan jenis terpedaya sangat
dengan nilai-nilai RM 0.90 atau RM 0.99 ni.
Samapi jer opis gua terus gi toilet,tumpahkan cecair kiwi tu niat nk cuci.Tapi tak selera pulak nak main mangkuk jamban ni.Dah tumpahkan gua bla mcm tu je.
Nasib baik dak opis gua bni rajin-rajin..so depa layang sental.
Sekarang ni bilik wangi,nk berak pun syok

Pesanan : Jadilah pemurah macam gua jangan jadi pemarah macam gua.
Sekian.


Berdosakah Aku

Gua tengah berusaha cut lagu "berdosakah aku"

gua nk lempar kat seseorang lagu tu!

biar gua puas...

Salah Siapa Bila Bila Gua Berahi Pada Makanan?

Salah siapa bila gua berahi pada makanan?

Gua cakap gua nk kurus,nekad gua nk badan ketul-ketul..tapi
nekad gua pun dah jadi ketul-ketul.Salah siapa?
Tadi gua benar-benar bernafsu dengan makanan.Luorg bayangkan
tadi gua oder yong taufu RM12,mee apa ke benda tah gua tak reti.
Baru jer 5min gua gi beli lagi porn corn pulak,bedal kedarah gila banyak!
Salah siapa?

Duit Umpama Kertas Surat Kabar!

Berkerja hingga bengkak jari!
Selama sebulan beramah mesra dengan file-file dan dokumen
demi gaji yang dijanjikan hujung bulan.
Bila time gaji,hati gua berbunga-bunga indah.
Ada macam-macam warna bunga yang kembang.Bila click Online banking.
Tapi bila masuk jer 3hb,muka gua mula memberi isyarat lupakan segala
bunga-bunga sebelum ini!! dan memaksa gua masam kan muka!

Gua mesti/wajib bayar segala hutang piutang gua dgn bank
sebelum orang bank tarik segala hak kemachoran milik gua!
Tolak tambah bahagi sama dengan ciput2..
adehhhhh sodeh betula.

Pesan Mak Gua : Hutang Wajib dibayar walau tidak dituntut.

Maaf Gua Memang Hilang Punca Masa Menaip..Ada Makhluk Ganggu Gua

Bila Lelaki Macho Tak Gunakan Otak Kiri Dengan Baik!

Gua cukup-cukup hangin bila lelaki macho tapi otak ciput!
Otak lelaki boleh jadi ciput dengan banyak sebab.

1) Gila gedik bila lelaki merajuk melebihi paras gula dalam badan.

2)Sakit jantung bila tengok lelaki suka mengugut untuk bunuh nyamuk bila putus cintan

3)Bila keluar berdating segala benang dalam poket seluar keluar untuk berbelanja .

4)Bila dengan kaum lelaki jer,bagi rokok sebatang pun mintak ganti! sial punya kedekut!

5)Bila lelaki mula rasakan dia lagi macho dari MR BEAN.Mulala la ngaku bujang.Buaya!

6)Bila lelaki rasakan poket dia menebal secara tiba-tiba dek kerana loan bank!
(lu hati-hati! ingat tiap2 bulan lu kena bayar,kan naya je bank tarik bini lu..sape suruh wat loan bank wat majlis kawin gempak2?)
7) Bila lelaki sanggup cium besi dari cium bini.Gila kereta terlampau.

Gua Tempang..Ada Gua Kesah? Gua suka Berlagak Bagus

Aku nak tanya pendapat lu semua.
Gua perangai suka berlagak bagus.
Tapi gua memang bagus,sumpah guatipu
Gua bukan sengaja nak tunjuk baik jauh sekali gua nak mengaku
gua xpert bab agama,aliff,ba,ta pun gua boleh terkeliru lagi.
Tapi gua tak sukala kalu terang-terang lu buat salah depan gua dengan
riak muka selamba tak ngaku tu semua salah.Gua tegur sebab gua sayang lu orangla
mangkuk!.Gua betul2 emo bila keluar perkataan "ala time lu buat,lu relex je..tak de pulak lu pikir apa lu buat tu salah..time gua buat lu kutuk sampai mampus! "
Gua terkena dengan ayat ni je gua terus bersumpah dalam hati
"sumpah sampai mati gua tak kan kisah lu nk terjun lombong ka apa.."
Lu buat gua sedar yang gua sebenarnya lagi tempang dari lu.
Gua memang kaki emo,tapi gua bukan kaki pukul.
Ni yang gua nak tanya tadi

perlukah gua teruskan perangai berlagak bagus gua ?

atau perlukah gua lempang pipi gua untuk sedarkan diri gua?

atau gua perlu ....

perlu apa? gua buntu