Pages

Sombong Itu Sedekah



Aku insan biasa yang dilahirkan oleh insan
luar biasa.

Sering kali dikaitkan dengan sikap yang kurang "sihat".
Marah sering menjadi permainan hidup aku.
Kurang sabar sudah jadi identiti diri.
Sombong jugak sering dikaitkan dengan aku.

Sombongkah aku?
Sering kali ungkapan sombong dilemparkan,
kasar menampar jauh disudut hati,berbekas hingga terkesan
parut-parut hitam.

Tapi kenapa mesti menarik balik ungkapan sombong
takala bicara mula berlagu?
Tapi tak semua bicara mampu hilangkan ungkapan sombong
milik insan yang menilai.

Adakala sedih bila sering di label sebagai sombong,
berlagak.
Aku sombong bila aku belum kenali insan itu.
Sebab aku tidak dididik terlalu ramah atau senang diajak
berbicara.
Pesan mak, jangan mudah untuk bercakap dengan insan
yang tidak dikenali.
Aku ingat.Aku peluk setiap nasihat mak.

Aku bukanla seorang yang suka menunjukkan rasa hati aku,
jauh sekali untuk tayangkan resah aku.
Sombong atau tidak aku sila nilai
sebaik sahaja selepas kenal aku.
ok?

Aku akan jadi lebih sombong laku orang berlagak bagus
dan sombong dengan aku.
Aku bukanla orang yang punya hati sebersih kain
kapas.

Sabda Rasulullah SAW,
" Sombonglah kepada orang yang sombong .
Ini kerana sombong kepada orang yang sombong
adalah
SEDEKAH"



Sombong tu apa sebenarnya?
Macam rojak keling kah?
Sedap?

Berlagak bagus pun sikap aku erk?
Bagus sangat ke aku ni beb..
Suka buat perangai nak kena lempang laju-laju ke?
Sedarla diri sikit cik whitebird,ko bukan bagus sangat pun,
dah la muka tak cantik,sekolah tak tinggi,
pinggang tak ramping macam awek aerobik.

Suka pulak tu dengki-dengki erk.
Kalu lunch tu asyik nak tumpang kereta orang je ko kan.
Dasar tak tahu malu.
[sampai hati orang cakap macam tu kat aku]

"Awaslah kamu dari sifat dengki,
kerana sesungguhnya sifat dengki itu memakan kebaikan,
seumpama api memakan kayu.


Kesimpulanya aku tak kenyang dek pujian,
dan tak mati dek kutukan
anda.


Kejutan Yang Bikin Aku Sakit Jantung



Cintaila aku sepenuh hati mu.

Lagi 29 hari aku bakal bergelar seorang ISTERI kepada seorang insan bernama SUAMI.
Hari ini aku terus lupa hari.Aku rasakan hari ini adalah hari RABU.Sungguh aku tak angau,
cuma pemikiran aku terlalu sibuk,line dalam kepala hotak aku ini terlalu sibuk,tak sempat nak
sampai kan maklumat dengan tepat dan cepat.

Tanpa perancangan.

Aku lalui detik-detik penting tanpa perancangan.Semua berlaku tanpa sempat difikirkan.
Dari majlis merisik yang berlangsung 3hari sebelum puasa dan dalam masa yang sama aku ditunangkan.Sungguh. Aku telah bertunang,dalam majlis yang sederhana.Hanya memakai
kurung putih dari material cotton.Alhamdulillah semua selamat dan lancar.

Sampai sekarang aku masih bertanya pada diri benarkah aku sekarang tunangan pada insan
bernama lelaki? Bila melihat jari,aku sedar aku memang telah ditunangkan.

Bila semua tanpa perancangan aku kaget tapi jauh disudut hati aku bahagia dengan kejutan
sebesar ini dari mereka.Sumpah semua berlaku terlalu pantas.

Tiba-tiba aku akan nikah.Semua terperanjat.Termasukla diri sendiri.Ini nermakna target aku sampai.Sebab dalam hidup ini aku ada beberapa target penting untuk dicapai.
Persiapan untuk majlis yang bakal berlangsung pada 27 Nov 2010 sederhana.
Cukupkan mana yang perlu sahaja.Sumber kewangan dari diri sendiri,tapi kalu siapa-siapa nak
sponser silakan. ^_^ v

Bagaimana kehidupan aku nanti?

Aku harap,aku boleh teruskan kerjaya aku,tak dikongkong tapi dipantau sewajarnya.
Biarlah tak serumah dengan orang tua kami.
Bak kata pepatah BIAR BANYAK RUMAH,JANGAN BANYAK SERUMAH.
Takut-takut ada yang terlepas pandang dan akan menguris hati mereka-meraka yang kami sayangi.

Persediaan first night?

Rahsia.hahahaha. Mood gelak jahat.
[Jangan Fikir]

Suami yang bagaimana aku impikan?

Cukupla yang biasa-biasa sahaja,boleh terima kami sekeluarga dan yang romantik.hahaha.
Aku harap kehidupan aku pada bulan depan indah dan menyenangkan hati semua insan.
Dan seterusnya aku impikan bahagia.Kepada bakal suami,harap anda tabah dan sabar
dalam mendidik saya sebagai insan yang bergelar isteri.
Kalu saya terlalu tegas,sila pulas telinga saya. ^_*

..........................

Sekarang semua yang kabur kian jelas.Aku selalu anggap cinta kami cinta semata-mata,tak pernah ada getaran yang aku akan disunting menjadi suri dia.

Aku selalu memanggilanya dengan panggilan DEALOVA,tapi bukan bila dihadapannya.Selalu
melayan lagu ONCE ~ AKU MAU. Lirik tersebut umpama aku yang katakan padanya.

Segala kesabaran aku bakal terbalas.Dalam bercinta terlalu banyak dugaan yang terpaksa aku
lalu.Pernah aku terlalu taksub dengan perasaan cinta sehingga aku tidak mampu berdiri apabila
tahu dia tak bersungguh cintakan aku.Kalu dengar lirik lagi AKU MAU,korang akan faham.


Tips untuk cinta terus bertahan.


~ Jangan selalu ungkap kata cinta dan sayang,takut-takut keramatnya akan hilang

~ Jangan terlalu tunjukkan yang diri kita terlalu mengharapkan kehadiranya.Sederhana.

~ Jangan suka melatah bila mengetahui dia ada kekasih gelap.Cukupla katakan yang
"saya tahu kamu punya kekasih gelap" berkatala dalam mood tenang.

~ Jangan terlalu mengongkong pergerakanya.Lelaki umpama permaiann layang-layang,
mesti dilepaskan tapi bila jauh harus ditarik perlahan-lahan,jangan sampai talinya putus.

~ Tunjukkan contoh yang baik seperti mana kita ingin dia lakukan pada kita.

~ Jangan terlalu bangga atau publickan hubungan kita.

~ Bersederhana, ikhlas dan berdoala agar hubungan kita berakhir dengan perkara halal.




Apalah Gunanya Aku Hidang Sedap-Sedap Tapi Tak Dijamahnya

Apalah gunanya Nikon D90 yang
di impi-impikan sebelum ini,
walaupun kini menjadi kenyataan
tapi aku hampeh buta penggunaanya.

Apalah gunanya telefon bimbit sampai
2,3 dan 4 kalu time membayar bil
telefon selalu gagap tersasul-sasul.

Apalah gunanya duit,
kalu kedekut lebih dari haji bakhil.
Andai duit boleh ku bawa ke kubur,
pasti aku mencari kekayaan mengalahkan
jutawan pokke.

Apalah gunanya cantik,
kalu semua baju kian sendat.
Lemak berlipat-lipat, jalan kian terkangkang.

Apalah gunanya pc yang telah dikuasakan
menjadi power rangers kalu aku tak taip entri petang ini.
Apalah maknaya aku berkerja hari ini kalu tidak
berbelog dan bermuka buku.

Apalah gunanya pekerja macam aku,
kalu tak habiskan elektrik pejabat.


entri cis,cis dan cis
macam sampah!

Aku tension,
aku sangat sibuk,
aku nak gi kursus potogaper







Kalau Berpacaran


Entry pendek.

Bukan isu penyokong-penyokong
Kelantan atau Selangor.
Al-Fatihah untuk arwah.

Sekarang isu putus cinta.
Musim mengawan sudah tamatkah?
Bukan ke baru nak mula?

2,3 bulan yang lepas musim mengawan bagi mereka.
Penuh bunga-bunga cinta
terpapar kat wall mukabuka.

Semua aktiviti diceritakan dan dikongsikan.
Jelek.
Terlalu menayang buah hati masing-masing.
Bergambar bagai suami isteri.
Dedahkan segala kemesraan pada umum.
Luahkan segala kata-kata cinta.

Cis dan cis betul sikap itu.
Bukan aku cemburu,tapi
aku cuak dengan keadaan itu.
Penat mata aku memandang.
Tak pandang ia kawan. Bila pandang cuak lagi.

2,3 hari lepas musim mengawan tamat.
status "single"
wall " tinggalkan aku sendiri"
bermulala dengan kata-kata yang menburukkan
dan menafikan tentang bahagia milik mereka 2,3 bulan
lepas yang sudah.

Bukan aku nak bertepuk tangan.Tapi sikap
itu menampakkan yang diri kita terlalu mudah
diperhambakan oleh cinta.
Sikap menafikan tentang cinta itu juga
sesuatu yang tidak wajar.

Buang semua gambar aku dan kamu.
Tiada lagi istilah sayang kamu sampai mati.
Sekarang lu boleh pergi mampus je yang terpampar.

Hati-hati dalam menitip kata cinta.
Jangan terlalu leka dengan cinta dan terlalu bangga
tunjukan pada umum kemesraan anda itu.
Haram.
aku pesan jer




Aku Bangga Bila Dia Senyum


Mood : Bangga beb!

Sebab : Hadiah saya mampu gembirakan hati kekasih saya.
(hanya seutas jam tangan)

Name Tag Kekasih : Pa..

<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Saya bangga bila saya dikatakan mampu mengembirakan
hati insan bernama ayah.

Kasih ayah ku kelek-kelek,
Kasih emak ku junjung-junjung.

Sekian =)