Pages

Merampas Dan Dirampas

Merampas dan dirampas.
Dua-dua menggunakan perkataan RAMPAS.



MERAMPAS.
Merampas adalah sebutan bagi suatu keadaan dimana hak seseorang di ambik
secara tidak patut,atau bukan dengan perkataan rela.


DIRAMPAS.
Dirampas pulak di gunakan bagi sesuatu keadaan apabila hak kita
di amik oleh orang lain,dengan cara 'licik' atau tanpa kerelaan.

Dalam dua situasi diatas,DI RAMPAS atau MERAMPAS lebih perit?
Tentu sekali yang dirampas kan?
Tetapi pernah tak kita terfikir insan yang dirampas jugak ada kilaf dalam
hal 'barang'mereka dirampas?


Dalam situasi berumahtangga, perkara ini seringkali menghantui sekalian pasangan,
tak kira mudah atau tua.
Dalam rumahtangga dirampas dan merampas sering kali dikaitkan dengan
poligami.Perkara yang perit untuk diterima dengan rela dan redha.




Poligami adalah perkara yang menakutkan dalam rumahtangga.Kenapa berlaku
poligami? Jawapanya ada pada diri kita sendiri.Sebagai isteri tak mungkin
kita canangkan pologami itu sebagai JODOH.
Tetapi bagi pihak yang merampas,mereka suka LABELkan sebagai JODOH.
Perkara yang tak mampu dielakkan.



Semudah perkataan J.O.D.O.H mereka yang merampas menjawab.Kenapa mereka
terima segalanya? Kerana mereka dipihak merampas.


Merampas dan dirampas dua perasaan dan rasa hati yang amat berbeza.
Sukar dia luah dek kata-kata jika kita belum laluinya.Moga-moga diantara kita
tidak ada perkataan merampas dan dirampas dalam kehidupan,amin.



Soal JODOH dia alam percintaan baru sesuai kita mainkan perkataan JODOH, tetapi
dalam rumahtangga,jangan sesekali kita menggunakan perkataan itu sebagai alasan.
Memang Islam benarkan poligami,tetapi sejauh mana anda mampu berlaku adil?



Aku yakin insan berpoligami hidupnya tak damai,kerana terpaksa mencipta alasan
tiap saat dan ketika.Berbohong menjadi rutin harian mereka.
Di mana damai bagi insan ini?
Sebelum ingin bermadu dan dimadu sila fikir 101 kali.Banyak pahit dari manisnya madu.
BANYAK LUKA DAN MELUKAI.
Fikir-fikirkan.




wB:

Jangan bina kebahagiaan
atas
dasar penderitaan insan lain.

Rahsia Kemulusan Kulit

Rahsia Kemulusan Kulit.


Siapa tak nak kulit cantik bersih kan..Zaman sekarang tak kira lelaki
atau perempuan tak kira jantina dan golongan,semua sukakan
kecantikan dalaman dan luaran.



Adakala kita cemburu bila melihat kulit orang lain mulus,pulus,gebu
dan bersih.Betulkan?
Mulala kita nak selidik dia tu pakai produk apa ek,makan vitaman apa?
Memangla benda alah tu semua sedikit sebanyak membantu untuk menyihatkan
kulit kita..Tapi belanja dia agak besar.Untuk beli vitamin setidak-tidaknya perlukan
RM 1++ .00 dalam sebulan.

Ada ke cara mudah dan murah untuk muluskan kulit?
Ada! Tak perlu belanja besar,cuma perlukan kerajinan dan konsisten dalam
hal ini.Nak tahu dengan cara apa?
SUSU TEPUNG! yap! susu tepung.



Bagaimana susu tepung ni membantu memuluskan kulit?
Ok sekarang korang pergi beli susu tepung,bagi yang tak ada susu tepung.
Susu pekat manis tak main ok.Setelah ada susu tepung tu bolehla
korang masuk bilik mandi untuk aktiviti melulur tepung susu ke seluruh badan.
Caranya cukup mudah,korang amik sedikit susu tepung agak-agak dapat lulur satu badan,
dan masukan sedikit air,jangan bagi cair,kepekatan dia ala-ala nestum baby gitu..
pastu korang bolehla start menyental badan korang dengan tepung susu tadi.


Ala macam korang buat lulur la.Dah habis sental korang biarkan la dalam 5min.
Selepas tu korang boleh la bilas dengan air bersih dan mandi macam biasa.
Sedikit melekitkan? sabunkan macam biasa.

Tak susah pun kan untuk dapatkan kulit mulus.Korang lakukan sebulan 2,3 kali dah cukup dah.
Aku lakukan sebulan sekali je.. curi susu Anlene ayah =)
Kulit korang akan jadi putih bersih dan lembut ,kalau korang rajin amal.
So selamat beramal.Modal cuma sedikit susu dan lebihkan rajin je =)



wB says:

Kulit aku licin,korang jangan jeles..
Kalu korang nak kulit macam aku,sila
tiru gaya aku =)

bye

Rasopariso



"Tak perlu mendabik

Dadamu yang sempit
Tunduk bak padi
Semakin berisi
Merendah tiada rugi
Dunia pun senang hati
Larilah ke depan
Mengejar impian
Hitam yang semalam
Jadikan sempadan"


Whitebird :
Benarkah RASOPARISO itu bermakna BAIK BUDI?