Pages

Kecuaian Membawa Padah





Malang Tidak Berbau di Petrol Pump.

Sedih bila bukak akbar,bukak tv dengar berita pasal kemalangan yang berlaku sebab kecuaian.
Mungkin kecuaian diri kita sendiri,mungkin jugak kecuaian insan lain yang angkuh melanggar peraturan.
Sebelum ini dah macam-macam cerita pasal kemalangan yang berlaku sebab kecuaian yang melibatkan pemandu perempuan.Sebelum ni kereta "terbang" di KB mall kelantan.
Sekarang kereta buat driff pulak di pump petrol.
Simpati pada mangsa.Kalu dah tahu mabuk mintak tolongla jangan memandu.
Aku tak mintak saje-saje,tapi mintak tolong nie.
Harap isteri mamgsa bersabar.Dan al-fatihah untuk mangsa.
Korang tengok la cctv di pump minyak tu, bertapa lajunya Kereta Getz tu..


Nota: Jangan terlalu panik bila berlaku sesuatu yang tidak di ingini,cuba bertenang
wahai kaum perempuan.Ingatan untuk aku sendiri jugak


tempat yang aku terselalu lepak






Kali nie aku aku bercerita tempak yang aku terselalu lepak dan fenomena yang selalu lihat.
Demam fesbuk.Bila lepak fesbuk sambil urut muka fenomena pertama yang aku lihat ialah "wall".
Kedua aku akan buka PNC msg sebab aku dengan kawan2 lebih suka bertukar2 cerita di PNC msg.
Sebab? sebab ia PNC.Titik.
Lagi pun kenapa mesti dedahkan segala rasa hati,marah,maki hamun orang kat wall.
Tak baek aibkan orang.Nanti Allah tunjukkan aib kita jugak.
Tak baik gaduh2,serang menyerang,main baling2 bom.Tuhan marah.
Yang boifriend n gurlfriend pulak,jenis gaduh2 miang buluh,merajuk2 itik,siap tulis kat wall.
Ape cer ni beb? fesbuk ni bukan diari cintala.Aku tahula hak korangkan,tapi malula sikit bila gaduh korang sibuk dedah2 keburukan pasangan masing-masing.Tapi bila elok balik korang sibuk pulak puji2 segala.Tak paham aku.Nak katakan yang korang semua budak2,umur dah besar panjang dah layak pakai name tag mak orang dan bapak orang.Abis bab tu.

Korang guna fesbuk untuk ape erk?
Aku pulak guna fesbuk untuk berinteraksi dengan kawan2 yang jauh.Tapi suka guna PNC msg mcm aku ckp tadi.
Aku gak gunakan fesbuk sebagai cara untuk menjejak kasih.Memcari kenalan yang terpisah.
Lain2 aku tak layan.Game2 tanam sayur segala aku tak minat.Macam budak kecik,lagipun aku tak ada masa untuk itu semua.Aku seorang pekeje yang amat sibuk.Sila jgn geli

Selain muka buku baca facebook ,aku suka berskype!
yap! aku suka skype sebab tak ramai org guna dan org tak mudah kenakan kita.
Aku gak selalu berdrama depan webcam dengan kekawan.Suka.Bersembang2 sampai lebam.
Seronok.
Aku tak suka YM sebab ym banyak orang dah salah guna,dan mudah untuk orang hack.
Lagi pun ym boleh guna banyak nickname,memudahkan untuk orang n kenalan membuli kita.
Tak suka.Aku tak layan ym.sila jgn myampah

Selain tu aku suka sangat lepak forum.Lebih2 lagi forum pasal Photography.
Sebab aku suka bergambar dan suka amik gambar.Aku minat sangat.
Selain forum pasal gambar,kamera,teknik2 editing aku jugak suka lepak forum pasal artis, tapi sekadar pemerhati bukan sebagai pengomen.Aku suka tengok mereka2 dressing beb.Cun.buruk.
Jugak soal agama,kehidupan dan macam2 yang menarik.http://www.cute-smiley.com

Pemilik Kereta Yang Memakai Name Tag TAY 1

Mood menulis,bercerita tak semegah BMW,dan tak sekacak Caldina.Penat dibadan masih lagi berbisa.

Tapi nak jugak luahkan kepada somebody iaitu incik Caldina
yang aku terlalu meminati kamu.
Sungguh.Benar.
Walaupun aku tak mungkin dapat sentuh kamu.
(mungkin?)
Tapi izinkan aku mencuri sedikit kenangan bersama kamu
sekejap erk
http://www.cute-smiley.com
Ok.Thanks erk.

Buat si BMW,aku suka tengok kamu segak,gagah berani.
Tapi aku tak jatuh cinta pada kamu,kerana
kamu memakai name tag BMW.
Kerana kamu jugak pernah
http://www.cute-smiley.com
hati aku.
Sebab patah hati
.
.
.
.
sebab aku tak berduet untuk peluk kamu.
titik.


okla..cukuplah dulu aku merapu.

nota: Aku berharap sangat2 dapat jumap
kereta yang memakai NAME TAG
TAY 1






Lu Nak Ke Pakai Name Tag "Andaratu?"





Nak luah nie..
Suka ada,
marah ada,
menyampah ada.
macam-macam da nie

Nape "orang" suka sangat tanya soalan ni
"eh,u bila nak kawen?"
umur u tengah manis tu,elokla kawen cepat,
kang takde orang nak u sanggup ke pakai
name tag "andaratu"?
http://www.cute-smiley.com

Yang aku duk heran tu,yang tanya aku pun,
masih bujang tarang tanggg lagi..
Ape cer beb?

Bila aku jawab tunggula dulu,belum sampai seru,
belum ada jodoh,belum puas membujang..

Jawapan aku tu boleh pulak dikatanya salah.
Fining!
http://www.cute-smiley.com

Ada pulak yang pesen nie,
"eh, u nak kawen erk?
bila aku jawab takdela,belum lagi..
nape?
kang dia jawab ala u ckpla..u nak kawen kang?
Yang pesen ni paling aku malas nak layan.
Kalu jawapan aku depa duk paksa dari tidak jadi
ye..memang nayala beb.
Bagus lu tak tanya gua!.
http://www.cute-smiley.com

Ada jodoh,sampai seru kang aku
kawenla..aku jemput korang gak.
Sabar erk,sebelum tu lu pi la cari pasangan
gak dalam rancangan Cari Menantu pun ok
http://www.cute-smiley.com

Aku Terlebih Bahagia Pagi ni.. Jangan Sampai Hospital Bahagia Sudaaa

Pagi ni sangat bahagia,menyedut udara sambil hidung bermanja dengan hingus.
Kejap lagi mahu http://www.cute-smiley.com ruang pejabat.
Walupun tak sihat tapi aku bahagia..sempat http://www.cute-smiley.com jugak.
Sekarang tak boleh lagi merayau dengan http://www.cute-smiley.com cuaca tak menentu.
Petang-petang pun dah tak boleh main http://www.cute-smiley.com sebab demam masih menyerang.
Tapi boleh buat ni lagi http://www.cute-smiley.com jugak http://www.cute-smiley.com tapi hidup jadi agak suram.
Kang bagus kalu boleh lakukan aktiviti ni http://www.cute-smiley.com.Bila sakit semua aktiviti tergendala.Tapi aku tak kan merungut sebab aku tahu ni salah satu cara aku kurangkan dosa yang terkumpul.Kejap erk dia call http://www.cute-smiley.com .Erm dia call hanya untuk membebel.Boringla.Asyik cerita pasal ubat,jual ubat,beli ubat,makan ubat.
Sebelum nak kalukan aktiviti pertama tadi aku kena gi shopping dulu. http://www.cute-smiley.com.

http://www.cute-smiley.com

[HR] Gaji Sikit,Otak Lambat Pickup.


Petang ni aku nak luahkan kekeliruan,ketidakpahaman dan dengan segala kata yang bermaksud tidak.

Ok.Aku tk pastila sama ada aku yang jenis tak laju berfikir atau diaorang yang tak pernah berfikir.
Ok sekali lagi.Diaorang yang aku maksudkan adalah manusia di department human resources dan admin.
Ok,berbalik kepada kenapa dan apa yang cuba aku persoalkan.Logik ke seorang pegawai HR [human resources] mempertikaikan soal gaji? ok relex dulu.Aku reka sebuah ceritala, bagi mudah difahami,kalu tak faham jugak korag boleh lempang aku laju-laju kerana gagal menerangkan dengan berakal.

Ni aku nak cerita,korang baca erk..

Pada suatu hari aku menghadirkan diri untuk disoal siasat untuk menjadi artis dibawah naungan KRU.ok.4 orang penemuduga yang semuanya terdiri dari orang-orang HR.Semua yang buta soal seni,tone,dan segala berkaitan kesenian.semua itu dusta.Situasi biasa sebagai calon yang bakal ditemuduga oleh orang bijak pandai,tentu sekali hati berdebar-debar.Segala surah sudah dibawa.Tiba masa aku dijemput masuk oleh seseorang.JAntung makin berdebar,melihat penemuduga segak bertali leher.Bermuka kerek tak berapa nak kacak.

Setelah berkenalan tak sampai 2minit suku.Diaorang berempat mula memaksa aku untuk bercerita segala-galanya sehinggakan aku jadi malu.bohong.
Aku malas nak cerita panjang-panjang tapi aku tertarik dengan pertanyaan dan info yang di beritahu kepada aku.Dialog bermula

HR : cik i,cik i tahu tak berapa gaji yang kami tawarkan?

Cik i : kurang pasti..

HR : cik i ,agak-agak berapa?

Cik i : ermm maybe RM ++++ jer kot

HR : Meleset jauh tu cik i..

Cik i : tersenyum simpul..[dalam hati dah berperang,gila babas murah!]

HR : kami tawarkan gaji yang rendah sahaja,mcm mana?

Cik i : senyum lagi

HR : cik i,gaji u lagi tinggi dari gaji yang kami tawarkan,kenapa cik i apply kerja di CO kami?

Cik i : Saje mencuba angin di Co yang mempunyai nama yang gagah dan sihat!.

HR : gaji yang kami tawarkan tak berbaloi dan tak mungkin untuk cik i boleh survive hidup cik i.
Kami tak yakin cik i atau calon lain boleh survive kehidupan dengan nilai gaji yang kami tawarkan.Walaupun jawatan yang tinggi tapi nilai gaji kami masih rendah.Dan bla bla bla

Cik i : senyum sambil menyumpah [ gila punya HR siko aku pulak]

Ok,la sempai situ je dulu pasal tu cerita itu.

Keluar je dari bilik tu,aku terjah kawan aku yang telah melibatkan diri dengan CO tersebut.
Aku tanya soal gaji dengan jawatan yang ditawarkan.Rupanya benar.
Sial gila murah.Nak makan pasir?.

Aku,tak dan berfikir apabila seorang HR boleh mempersoalkan soal gaji yang terlalu rendah, tapi kenapakah Hr tidak amik tindakan untuk mengatasi masalah tidak boleh survive tersebut.
Sedangkan seoarng HR boleh membuat proposal untuk kenaikan gaji.
Koreang bayangkan seorang HR boleh bercerita soal ketidakcukupan gaji tapi masih tidak bertindak.Tak ke lambat fikir tu..
Korang faham tak cerita aku tu? "Aku" tu bukan bermaksud aku tau.



Hati Gersang Panas

Menu Tengahari 22/3/2010

Nestle Bliss Low Fat RM 4.39
Fruit RM 4.44
Jacob Weetameal RM 3.50

Total RM12.33

Ni bukan n program diet,bukan untuk membuang lemak-lemak yang manja dibadan,
tapi sebab hati sedang marahkan
bos!




Sekian api kemarahan .

Pesanan dari mak : kemarahan tu berunsur dari api..
dan setan itu berjadi dari api.

5 Yang Kita Cari


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2-
فلوس بالملاين
2: Duit yang banyak

3-
صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4-
اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya

5-
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan
--------------------------------------------------------
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
Sabda Rasulullah saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
~~ Sampaikanlah daripada Rasulullah saw itu walaupun satu ayat~~

"eh,dear tali bra honey terbukala...pls pasangkan

Mood menulis : Damai + Gelak Sinis Kepada Seseorang


Semalam adakan pesta buih kat satu lokasi yang terpaksa dirahsiakan demi mengelakkan dari insan yang mungkin cuba-cuba untuk memesrakan diri dengan pesta buih.

Pesta yang seronok!
Bukan lucah!

Pesta untuk orang yang ingin mencari damai dunia.Ingin meringankan bebanan fikiran.Sesuai untuk insan yang sedang dilamun ombak "kebodohan".
Tapi kebodohan itu bukanla bermaksud aku suka makan otak udang!
Udangla sesiapa yang mengudangkan aku.
Tak tergamak rasanya untuk aku udangkan kawan-kawan,walau hakikat mencari sebuah kehidupan.Terasa hina bila mengudangkan perkataan sahabat kerana kepentingan peribadi yang tak seberapa hebat itu.Keji.

Korang pernah tak mengudangkan sahabat atau korang diudangkan oleh insan yang bergelar kawan? Aku rasa ini soalan biasa tapi aku yakin cerita disebalik itu yang luar biasa.

Kawan walaupun mudah dicari tak seperti perkataan sahabat,namun perkataan kawan itu jugak mempunyai kekuatan yang halus.Aku lebih suka gelarkan kawan pada insan yang baru aku kenali,dengan penuh keikhlasan sila percayakan aku disini,dan cuba menjadi dan berperanan seperti seorang kawan biasa yang aku kenali bertahun-tahun.Tapi hari ni,aku mula gelarkan orang yang baru aku kenali sebagai insan singgahan yang tak pernah berstatus dalam diri aku.Aku bersebab.Aku tak keji,tapi aku kedengaran agak kejam disitu.Biarkan.

Ok,berbalik pada pesta buih tadi.Sedang asyik melayan perasaan,menikmati setiap nikmat yang terhidang hati jadi gundah,perasaan mula gelora.Kenapakah?
Disini tiada insan berbogel,tiada insan menyeksikan diri dengan mendedahkan segala bonjol-bonjolan yang dimiliki.Setelah diperhatikan,diusah,di intai memang tiada pun insan yang boleh menaikan gelora dihati.Tetapi mengapakah sekali lagi hati aku bebicara disitu.Pelik.

Aku insan yang mudah geli.Takut dengan "benda" yang lembik.Mungkin sebab itu kot hati aku mula gelora,otak aku mula fikirkan yang bukan-bukan.Terasa ada sesuatu yang seolah-olah mengesel-gesel dibadan aku.Celaka.Permainan kotorkah.Atau "binatang" apakah yang cuba mengoda keimanan aku.Perlukan aku melayan perasaan seperti anak muda lain.Asyik dengan dunia sendiri hinggakan tanpa sedar membiarkan tali bra biru yang berrenda-renda hanyut membelai badan aku! sungguh celaka dan lalai insan yang memiliki tali bra biru berenda-renda tersebut.Kerana tali bra yang hanyut tersebut membuatkan aku melayan otak berdialog begitu lama.

Aku,nasihatkanlah pada si gadis-gadis yang suka sangat pakai bra yang pesen tali bole buka tu,
tolong jaga tali bra korang elok-elok.Jangan ada kejadian sebegini lagi.

"eh,dear tali bra honey terbukala...suara merengek,tolong pasangkan sekejap dear.."
Lokasi kejadian : Restoran mamak berhampiran Seri Putra.

"bikin keras saje "


Jari Tengah Bersimbol Bulat

Bila berkerja dengan rakyat dari negara china..

Selalu menggunakan bahasa isyarat berikut
yang sangat digemari,pantas dan cekap.

Isyaratnya..
*
*
*


*
*

*
*

*
*



*
*
Angkat jari tengah dengan menggunakan tangan kiri,
dan membuat simbol bulat menggunakan ibu jari dan jari telunjuk di tangan kanan
dan dengan pantas memasukkan isyarat jari dari tangan kiri ke isyarat tangan kanan.

Sopan bukan?

Tahukah anda apakah maksud menatang alah tu?
Sila pas jawapan pada aku jugak,andai kamu pandai!

Mat Rempit Bertempik Dijalanan!

~Bismillah~

Masa aku menaip ni,hati dan perasaan aku dah co0l,dari segala sumpah seranah kepada sekelompok mat motor di Terengganu.Tak melampau kalu aku labelkan sebagai KURANG AJAR.
Aku bukan sengaja melabelkan mereka dengan perkataan tersebut.Aku punca cerita yang sering kali berulang,berlaku.

Semalam,hari sabtu menjadi hari minggu bagi penduduk di Bandaraya Terengganu.
Aku salah seorang insan yang menetap di Kuala Terengganu semalam.
Aku juga ingin mengambil kesemua peluang ruang masa untuk di isi dengan aktiviti beriadah.
Menghilangkan penat lelah di otak,serabut dihati.

Petang sabtu,aku keluar dengan sekuter egoberwarna merah aku untuk ke track untuk jogging.
Sampai ditrack aku ditemani seorang kawan memulakan aktiviti beriadah.Jogging.Berjalan.Melompat.Mengumpat.Hampir sejam kami berjogging,kami berdua mengambil keputusan untuk pulang setelah jam menunjukan angka 7pm.Aku pun start sekuter ego aku untuk pulang ke rumah aku.Damai.Hari dah petang.

Sampai satu simpang jalan utama Kuala Terangganu - Kuala Berang perasaan damai tadi mula hilang.Mata mula menangkap ratusan motor mula berkumpul sambil melakukan pelbagai aksi berani mati.Deruman enjin motor membuatkan aku ketakutan.Aku sememangnya alah pada benda yang menghasilkan bunyi yang kuat.Keadaan disepanjang jalan menjadi kelam kabut dengan mat rempit yang menunggang secara tidak berhemah dan menunggang sesuka hati melawan arus.Suasana kurang ajar tidak hanya berakhir disitu dan dengan cara itu.

Bayangkan,mat rempit mula menujukkan sikap berani mati dan nyawa tiada harga, apabila mencabar pengguna jalan raya yang lain dengan melanggar lampu isyarat yang memberi isyarat jalan untuk membelok ke kiri atau kanan ,tapi dihalang oleh mat rempit dengan menunggang tanpa memikirkan erti lampu isyarat yang bertukar merah di jalan lurus. Kelihatan kereta-kereta mula menperlahankan kenderaan masing-masing mungkin kerana memikirkan risiko yang bakal diterima andai meneruskan perjalanan.

Disepanjang jalan umpama berlangsungnya rakaman filem lagak ngeri.Sungguh menyedihkan apabila melihat "gadis-gadis" sanggup bertenggek diatas motor seperti merelakan nyawa mereka menjadi tarungan.Kenapakah "gadis-gadis" secantik mereka tidak menggunakan kepala otak untuk berfikir? Kenapa mereka lebih suka menggunakan kepala lutut untuk berfikir dalam melakukan tugasan harian.Adakah salah ibu mengandung? Ada salah anak berlagak bangang?

Kejam ke kalu aku mendoakan agar mat rempit yang meyusahkan pengguna jalan raya yang lain denagn medoakan agar berlakunya kemalangan semasa mat rempit menunggang motor menggunakan satu tayar dijalan.Gila Kurang ajar.Andai Tuhan tetapkan mereka terlingkup, mencium jalan sumpah aku akan tolong gelak!...

Anak melayu kita sering silap tempat menunjukkan kelebihan,keberanian.Kenapa tidak buktikan melalui cara yang meguntungkan diri sendiri?..

Majulah kepala lutut mereka demi mencium jalan!

Kakitangan Aku yang Berjasa

Sini 'aku' nak tanya korangla,
korang pernat tak sibuk tahap gaban? tak kirala sebagai suri rumah atau pun sebagai kuli pejabat macam aku ni,yang penting ada perkataan sibuk terlampau hingga kaki juga dipaksa untuk bertugas!

Sumpah! perkara diatas aku tak bohong.Aku alami sejak kebelakangan ni.Serius aku terpaksa memaksa kaki aku untuk berkerjasama dengan aku.

Kalu korang boleh tengok kedadaan keadaan aku mesti korang simpati.
Sungguh simpati.Dengan perut menyanyi lagu keroncong tangan dan kaki masih lagi bersemangat menjalankan tugas yang diamanahkan.Disitu nampak aku ikhlaskan berkerja kerana ALLAH.
Kalu aku tak cakap macam tu,sape lagi nak cakap kan.. Nak nanti si ima gediz, si kerek comel ,atau si cun melecun? haram tak de nya..

Aku jarang-jarang sibuk tahap gaban macam ni.Sebab sebelum ni aku lebih suka menyibukan diri dengan perkara-perkara yang lebih baik dari sekarang!.

Kaki! cepat jalan ke mesin potostat!
Begitula cara aku memaksa kakitangan aku berkerja.Kaki aku pulak memang patut di berikan pujian,dan upah yang setimpal.Tadi kaki aku telah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas dengan menyepak meja bos yang suka melesapkan diri!..
Kaki aku menjalankan tugas tersebut semasa ketiadaan bos.Aku tabik la dengan kaki aku yang rajin dan penuh kerjasama ni..Berani sungguh.

Okla aku nak sambung buat kerja lagi..
Audit nak datang ngorat aku! Benci!Soal menyoal lagi dan lagi nanti.
Apa guna?


Cerita : Aku tak suka ulang benda yang sama dua,tiga,empat puluh kali!
Aku tak suka paksa diri atau paksa diri orang.
Sila Hormati.
Sekian.


Main Carut-Carut Boleh?

Aku nak marah dan mencarut boleh?
Aku peduli ape orang nak cakap.Silakan..
Ape yang aku tahu darah aku naek melepasi ketinggian aku sekarang ni..
Bengang,bangang,bodoh,bengong!
Cukupla aku bagi 4B petang ni pada die tu.....

Sekian.

Mahu makan penampor?

Mood kerja macam haramjadah.
Pergi kerja bawa sekuter bawa 60km/j, sama laju dengan kura-kura joging.
Aku ngeri siot bawa moto laju-laju.
Sampai pejabat on pc.tengok email.selak forum.belek paper.pangkah.
Ada makhluk tegur aku kelihatan sedikit kurus.yeke?.kalu benar baguslah.jangan perli aku sudah.
melangkah lagi ada insan berkata,eh cantik betul kontek lens kamu.benci! woit makhluk jgn perli aku,kalu kamu tak mahu makan penampar.garangkan?.katanya mata aku cantik berwarne koko.
Mangkuk punya orang!ni mata ori punya kaler la bro.sudah,pi main sana bosan aku tengok.
Jangan biarkan perkataan haramjadah pujian kamu bertukar menjadi lagi indah.Aku tak mekap.
Mekap abis.Malas.Paham.
Entah apa yang taip pun aku kurang pasti.
Yang pasti moral aku down.Sekian.



Harapan: Aku harap mlm nanti ada insan superman yang sudi nyanyikan lagu "selamat Malam" untuk aku!

Ku Terdiam Bukan Bisu

Apa erti KECEWA?
Erti KELIRU?
Erti bagi LUKA?

Blur,blur dan blur..
Bila kita terlalu inginkan kesempurnaan,
kita pasti diuji dengan kepincangan.
Bila kita terlalu ingin memikirkan sesuatu yang terbaik,
kita seringkali hilang punca berfikir..
Sehinggakan apa yang hendak difikirkan pun kita
tidak pasti..banyak sangat sampai satu pun kita tak
mampu kuasai.
Bila kita terlalu ikutkan hati,
saat itu juga hati kita mati dari dunia sebenar.
Buta menilai,
buta dalam menimbang tara segala yang patut.
Bila kecewa menguasai,
hati membatu keras,bukan bermakna kental,
tetapi lebih kepada putus asa.


Bila anda kecewa tepuk dahi..
bila anda kecewa beginilah caranya..
bila anda berduka tepuk dahi..
bila anda bersedih tepuk dahi..

*******************
Tiba-tiba engkau hadir..
tiba-tiba juga engkau hilang..


Jam 2-3 Pagi Start Siram Pokok = Gilos!

Bangun pagi semangat baru.Malam tadi tidur dalam keadaan cantik berbentuk hati.Pepagi lagi bangun bancuh susu untuk anak tekak.Pastu bersihkan diri mengadap Dia yang satu.Berdoa mintak damaikan hati.Mintak ikhlaskan apa yang patut dilepaskan.Mintak dijauhi dengan perkataan derhaka.Mintak dekat dengan perkataan yang positif.Kemas katil bercadar pink!. Amik towel pink!.ke dapur,tengok berselerak takut-takut orang akan label anak dara pemalas kotor macam tikus.Kemas dapur.Basuh pinggan mangkuk ayun.Siap.Amik gelas telan multivitamin.Bukak lampu kamar mandi.Mandi,manjakan diri,suka sangat.Setengah jam berlalu.
Capai jeans levis yang gila lusuh,amik baju giordano lusuh jugak.Pakai.Calit lip sikit.Tepung sikit kat muka.Sembur ridsect sikit bagi wangi.Kuar rumah.Gi keje.Breakfast.Otak serabut.Tapi penampilan mesti kemas.Sopan.
Perasaan kecewa masih kuat bertapak.



Kalu Korang Kat Tempat Aku,Aku Yakin Korang jugak Seperti Aku...

Luka perasaan sendiri demi kekasih hati?
berbaloikah?
Hati kekasih yang tak mungkin boleh gua beli kat pasar di Ulu Kinta.
Perasaan yang tak mungkin gua boleh pupuk untuk membentuk hati yang
sempurna.
Gua pasrah menjaga hati dia dan mengikut nasihat seorang "sahabat halimunan"
Tak semua orang miliki tuah!.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
termasuk gua!
tersangat down!