Sebelum api amarah muncul,apa kata kita sediakan beberapa bahan untuk jayakan eksperimen ini.
Bahan-bahan: 1 keping kayu atau playwood 1 "ketul" tukul 5kg paku
Setelah ketiga-tiga bahan diatas berjaya disediakan dengan jayanya,saya dengan ringan lidah ingin tuturkan ucapan tahniah untuk anda.
__________
Sebelum itu semua orang tahukan apa itu marah. Marah adalah satu emosi yang berapi. Sikap marah dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa perlu belajar atau mencarinya.Sikap marah seringkali dikaitkan dengan perkara- perkara yang kurang sihat dan merugikan.
___________
Berbalik pada bahan-bahan diatas tadi, kenapa saya senaraikan bahan-bahan tadi untuk disediakan oleh anda dan saya sendiri?
ok,saya ceritakan serba ringkas. Kita simpan kayu di tempat yang mudah untuk kita nampak dan gunakan.Sebagai contoh,pakukan pada dinding belakang rumah mahupun bilik tidur. Kegunaan paku dan tukul pulak adalah untuk memaku kayu tersebut. Bukan memaku kayu tadi untuk digantung pada dinding,tapi memaku sepucuk paku apabila kita marahkan sesuatu.
Tiap kali marah,luahkan pada paku,tukul dan dinding tersebut, pakula sekuat hati,ketuklah berulang kali, lepaskan segala amarah pada paku dan dinding tersebut.
Dalam masa sebulan atau lebih lama setahun, anda kiralah berapa pucuk paku yang tertanam pada kayu itu.Itulah kekerapan sikap marah anda.
Selepas itu cuba cabut kembali paku-paku yang telah dipaku. Lihat kesannya.. Semestinya berlubang sana sini kesan dari paku kemarahan kita. Bolehkah anda kembalikan rupa bentuk kayu seperti sediakala?
Sikap marah sering merugikan kita. Apabila marah kita banyak melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan,kata-kata yang tidak enak diucapkan.
Fikir-fikirkanlah.
Moral : Sesuatu keadaan tidak akan kembali seperti sediakala.
Sebelum Iman Syafie pulang ke Ramatullah,beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya serta umat Isalam.Beliau meninggalkan 10 wasiat berikut:
"Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara."
PERTAMA: Hak Kepada Diri. Iaitu: Mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: Hak Kepada Malaikat Maut. Iaitu: Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal,mendapatkan maaf daripada orang yang dizalimi,membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA: Hak Kepada Kubur. Iaitu: Meninggalkan tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: Hak Kepada Munkar dan Nakir. Iaitu: Tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat dan menasihati.
KELIMA: Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) Iaitu: Menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
KEENAM: Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentasi Neraka Pada Hari Akhirat) Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat,warak,suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: Hak Kepada Malik ( Malaikat Penjaga Neraka) Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT,berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
KELAPAN: Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu: Berasa reda kepada qada Allah,bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: Hak Kepada Nabi SAW. Iaitu: Berselawat ke atasnya,berpegang dengan syariat,bergantung kepada as-sunnah (hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihab dari Allah.
KESEPULUH: Hak Kepada Allah SWT. Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah manusia dari keburukan,menyukai ketaatan dan membenci kemasiatan.
Sikap Pihak Polis Faktor Berlakunya Kemalangan Jalan Raya
Situasi 1
~ Aku ceritakan pengalaman aku sebagai seorang pengguna jalan raya di Bandaraya Kuala Terengganu. Korang bayangkanlah hampir setiap pagi di laluan yang sama, ditengah kesibukan pengguna jalan raya mahu sampai kedestinasi masing-masing,pihak polis duk buat kacau, mengganggu laluan pengguna. Memang kena makila kalu macam ni. Pagi tadi aku stop la kat satu lampu isyarat ni,dah dia merah kan. Dari jauh aku dah terdengar bunyi siren jauh-jauh nun. Aku memang jenis takut sikit dengan bunyi kuat ni, mudah terkejut jugak. Korang bayangkanla berapa banyak bilangan motosikal,kereta, lori,bas yang terkumpul menunggu lampu bertukar hijau. Sekali hijau,semua orang tekan minyak.Sama jugak motosikal. Yang buat aku rasa nak maki polis tadi kerana,masa semua tekan minyak,dia pun tekan minyak serbu ke tengah-tengah bagi arahan supaya kami-kami yang macam lembu laju ni bagi lalu untuk dia. Aku sempat tengok situasi yang seorang pakcik hampir dilanggar oleh kereta pihak polis tadi.Mungkin pakcik tu terkejut kot,tetiba ada kereta menghalang laluan. Ini semua faktor berlakunya kemalangan la bongok! Berpada-padala sikit jam 8 je sibuk ganggu org.Kami ni bayar roadtax la beb.
Situasi 2
~Bila pihak polis gatai nak turun "padang". Sengaja pasang kon yang hampir membahayakan pengguna. Bila nak check lesen,depa ni tak reti senyum tu aku tak kisah pun, tapi silala beradab sikit beb.Pernah terjadi kat aku sendiri, nak kuarkan lesen tu agak lambat sebab sukar nak keluarkan dah terlekat dalam wallet,boleh pulak dia sound aku,cakap aku lembap.Aku bagi dia seketul ayat dibawah ni. "Apa incik ingat saya lembap sangat ke,kalu bukan sebab ada halangan tak la saya lambat-lambatkan,tak kuasa nak tengok muka incik tau!."
Situasi 3
~Pihak polis pilih bulu. Bila kereta besor parking salah tempat depa buat buta tunggul jer, tapi bila kancil jer depa sebat dengan bagi surat saman. Dalam surat ayat macam hampeh. "kami menerima aduan kereta bernombor BAB I telah mengganggu laluan" Situasi ni pun aku pernah perli pihak polis. "Tak kan kereta kecik jer yang mengganggu,kereta besar depan ni pehal?" Depa terus bla.Perangai macam kambing!
Sebelum ini aku tak pernah pun belek-belek benda dalam akaun nuffnang aku ni.
Nak dijadikan cerita,pagi tadi sambil korek idung aku tergodek-godek pulak nuffnang ni. Aku memang teruja gila tengok duit dalam akaun aku ni. Memang lepasla nak beli seluar dalam 3 helai sepoloh ringgit. Jangan nak mimpi dapat beli seluar dalam maxi brand triumph.
Bila aku teruja,mesti aku sangat suka. Bila aku suka mesti aku sedang teruja. Dah perangai aku.
Aku belek lagi part keywords. Sekali aku mata aku macam mata ikan lolong, nak cerita sikit punya luas aku celik mata ni.
Korang tahu tak apa mata aku tengok? Hang pi tekan-tekan gambar di atas nung.
Aku pun tak tahula siapa punya kerja rajin sangat cari benda tu sampai tersasar ke blog dara aku ni. Kang dah tercemar maruah blog ni. Aku belum pernah pulak buat blog dara ni sebagai blog prono.
Tapi kalu korang rajin, korang carila kat shoutmix aku tu,ada satu link blog lucah yang makhluk tu tegur,so aku ni atas dasar kawan-kawan maya pi la klik link dia, Sekali keluar semua prono-prono.
Korang cuma kena pilih jer nak tengok yang mana satu. Ada yang... Ala malasla nak cerita,malu.
Berbalik pada makhluk yang cari lurah kat blog aku ni, apa makhluk yang cari tu tak tahu nilai ke, ni blog bersihla.
No lurah,No tetek!
P/S : Jangan dekati PRONO ,kerana prono akan hampirkan diri kamu dengan ZINA
Semakin hari harapan semakin segar, Segar apabila sering disiram, Indah apabila putik mula muncul, Putik tidak pernah tunjukkan dirinya akan berbunga, Tapi hati selalu yakin, Mungkin belum masanya.
Hati masih mangharap. Terlalu yakin dengan harapan.
Hari ini hati mula berbisik, Hati tidak mahu lagi memeluk perkataan itu. Hati seakan pasrah. Tetapi tetap merasakan keperitannya.
Hati selalu degil. Tak pernah ambil peduli nasihat. Hati lupa yang dia tak perlukan harapan. Hati lupa, Kerana harapan dia akan hancur.
Saat hati mula mengeluh, mungkin kian penat, mungkin makin sedar, mungkin sudah letih menunggu.
Hati, dengarlah kataku, Berhentila mengharap.. Berjalanla tanpa henti. Melangkahla penuh yakin. Jauhila sikap merosakan hati.
Hati, Dengarla nasihatku, Janganlah pernah mengeluh. Sikap mengeluh mu akan melunturkan kasihnya.
Hati, Dengarla.. Aku berbisik padamu tiap saat. Hati.kamu mesti yakin.
Hati, yakinlah pada aku. Bukan perkataan mengharap itu.
Hati, kembalila padaNya. Yakinlah Dia akan tolong ubati kamu. Jangan mengeluh!
Nota :
Ketika hati sering mengeluh dengan dugaan dan masalah yang di kurniakan, tanpa kesabaran hanya merungut, sedangkan untuk menyelesaikan masalah tersebut semudah membuka ikatan tali.
Yang ni pulak aku syakla, tuan dia terlalu manjakan dia sgt.. main bagi makan jer.. last-last obes terus. Tuan dia pun macam tak larat jer dukung dia.
Yang ni pun obes.. tapi bagi aku chubby .. comel.
Si anjing ni pun aku tengok semput gila jer. Nak kejar pencuri pun tak larat ni..
Patutlah semua zirafah jaga badan.. buruk benor kalu obes..
Si Arnab ni comel jer kalu chubby..
Beruang ni pulak tak cun langsung.. muka gila semput jer aku tengok..
Ni pulak orang yang tak berapa ada kerja.. Buatnya terlanding atas kepala budak tu tak ke naya.. Si mak budak pulak sanggup pulak bagi anak jadi model.
Ni pulak aku no comment..
Yang ni korang test mata korang,try tengok dari jauh.. Korang tengok la apa yang korang nampak
Kawan : Saya harap saya akan meninggal dulu sebelum kamu.Sebab susah saya nak cari kawan sebaik kamu nanti.Susah saya nanti.
Ayah : Soal kematian kita tak boleh jangka.Dalam islam benda tu satu keyakinan,mati itu pasti.Entah-entah saya yang meninggal dulu.
Kawan : Jangan! Saya selalu harap saya akan meninggal dulu.
Perbualan terhenti disitu..
Petang semalam ayah sampaikan khabar kematian kawan baiknya.Kematian yang mengejut,tanpa sakit. Lusa kawan ayah janji nak jumpa ayah. Tapi tak kesampaian. Walaupun berlainan bangsa,tapi kata ayah dia tak pernah cemburu melihat rezeki ayah adakala melebihi dia. Tak pernah lokek soal duit dan ilmu.
Saya melihat kesedihan dimata ayah,walaupun tak menangis tapi saya tahu dia sedang bersedih.
Saya jugak melihat ketulusan dua insan ini berkawan. Ikhlas.Itu penilaian saya buat ayah dan sahabatnya. Walaupun ayah agak islamik tapi dia terbuka.
:: Ayah cakap impian dia jadi kenyataan untuk "pergi" dulu sebelum ayah, selepas ini mungkin giliran ayah ::