Pages

Fesyen Tudung Hari Ini

Perempuan dan kecantikan itu sebati.
Setuju?

Sekarang musin semua orang nak bertudung.
Bagus.

Dari yang memang bertudung,menjadi makin suka bertudung,
dan dari free hair rasa nak pakai tudung.
Bagus.

Perempuan bertudung sekarang menjadi perhatian jejaka,
ayu katanya,lemah lembut tingkahnya.
Manis.

Tetapi sejauh mana kita menuruti hukum syarat
dalam bertudung?

Bertudung,tapi berpakaian seakan bogel,
Pakai baju menampakkan segala lekuk dan bonjol
pada badan.Aku jugak sering tersasar.
Rugi.

Kain tudung dah besar,dan panjang berjela-jela,
tapi masih tak mampu menutup bahagian dada.
Kenapa?
Sebab banyak sangat dililit-lilit sampai nampak ngeri.
Berseluar fit bukan main,kuat pengaruh barat dalam berfesyen.
Berfesyen tak salah,jangan marah aku bila aku taip seperti ini,
ini hanya permerhatian aku,aku juga tak sempurna.
Fesyen barat banyak menjerat umat Islam hari ini.

Bertudung sebab fesyen jadikan kita lalai
dalam menurut hukum sebenar bertudung.

Anda rugi,aku pun rugi.
Aku tersasar anda mungkin juga tersasar.
Aku berdosa kerana tudung,anda juga mungkin ia.

1 comment:

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)