Pages

Test Drive Clarks

Kisah “test drive” kasut.

Kisah ni berlaku dua minggu yang lepas lagi sebenarnya.

Curi tulang dan curi masa adalah perkara biasa terjadi dalam kehidupan seharian aku selama bergelar pekerja.

Keji dan kejam kan aku ni.

Sebenarnya aku ni peminat kasut,sebab tu nama blog aku pun SEPATULAKASUT pink.Sedikit karut pada nama blog tu kan,tapi aku tak kisah.

Nak dipendekan cerita aku pergola ke butik kasut clarks, dengan memakai kasut clarks pemberian hantaran dari incik suami pada hujung bulan lepas.

Kasut tu masih baru okeh.

Sampai jer butik tu ada pelanggan cina dua orang.Sorang muda dan sorang lagi dah berumur,mungkin mak dia.Mereka ralit mencuba satu persatu kasut dan sandal.Aku pun tanpa buang masa terjah satu kasut yang adak simple dengan design baru,harga bole tahan la dalam RM 4++,aku pun amik dan “test drive” kasut baru dan meninggalkan kasut milik aku ditepi.Penting untuk “test drive” sesuatu kasut yang ingin dibeli bagi memastikan ia selesa dikaki kita.

Kasut tu memang betul-betul kacak dan selesala,tapi kau tak beli pun lagi,kekurangan kuasa wang la pulak time tu.

Nak dijadikan cerita,sesudah “test drive” kasut tu aku pun ingin mengambil balik kasut milik aku yang aku tingglkan ditepi tadi,Haip mana! Mana ??

Aku bertanya pada jurujual yang jaga disitu,mana kasut milik aku? Dia cakap ENTAH.gila keji jawapan dia.Aku dah mula cuak.Amik masa berfikir dalam berapa saat dengan lepak dikerusi tempat “test drive” kasut..tetiba ternampak!

Hey! Itu kasut milik aku la beb! Kat mana? Tu har atas tempat ko display kasut tu tu la.. asal ko taruk kasut milik aku kat situ beb?

Adoi.. agak-agakla nak display kasut aku tu pun.. dah tak berkilat tu beb.

Aku pulak yang malu,sudahnya aku bla macam tu jer,nak beli memang aku takde duit pun time tu..

Aku agak tu semua kerja cina tu dengan anak dia tadi la,sebab dah rabun-rabun ayam tapi kasut mahu brand dan selesa =)

Pesana Burung Putih:

Alah membeli menang memakai,poket rabak boleh jahit.

4 comments:

  1. muahahha..nasib baik kasut hantaran..klu x, wat tak tau je laaa...leh balik ngn kasut baru

    ReplyDelete
  2. hehehehe tu la pasal
    wb

    ReplyDelete
  3. kasut ko tu darah manis lg kot..tu kne display..weh tade entry kawin ko ke.,,dah la tak ajak aku...ape punye mak tiri.,..haha

    ReplyDelete
  4. dear odah ~ cis kasut pulak berdarah manis.. bukan

    mak tiri hang ni ke? beb sorryla tk jemput,sbb i

    u,tk kan datang punya =) hehehehe.. tapi kalo

    hang kawin jgn tk jemput i pulak,pang laju2 kang.

    http://sepatulakasutpink.blogspot.com/2010/12/aku-berjaya-bergelar-isteri-mode-smile.html

    ni je yang ada.. segan nak taruk banyak2.. lagi pun time update ni pic x siap lagi,ada pd photog

    wB

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)