Pages

BN Youth Job Fair 2011


Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda?
Jom serang PWTC.



Mencari pasangan hidup tak seperit mencari pekerjaan pada zaman sekarang.
Kalau nak cari pasangan hidup tak la terlalu tertekan sebagai mana mencari sebuah
pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan setimpal pulak imbuhan gajinya.
Soal kelayakan bukan persoalan bagi rakyat Malaysia sekarang ini,kerana
dah berlaku lambakan orang bijak pandai dalam Malaysia.




Tetapi kenapa masih ramai graduan menganggur?
Adakah mereka ini terlalu memilih perkerjaan?Terlalu mementingkan imbuhan
semata-mata?
Aku rasa agak wajar kalu mereka SEDIKIT mementingkan imbuhan,berpadanan
untuk mereka membayar balik segala pinjaman PTPTN mereka semasa belajar dahulu.
Berpadanan untuk memberikan keselesaan pada mereka dan ibubapa mereka.
Tapi janganla terlalu demand sangat,sampai anda sendiri tak dapat sebarang hasil.
Rugi kan..




Aku sendiri pernah stress dalam mencari pekerjaan yang sesuai dan setimpal dengan
kelayakan.Adakala aku terfikir jugak kenapala susah sangat orang malaysia nak
dapatkan perkerjaan.Kenapa di utamakan orang asing.
Hari itu aku hanging soal gaji pembantu rumah,aku tak nafikan keringat mereka
dalam menguruskan kerja-kerja rumah.
Tapi adilkan mereka,makan,tempat tidur semua free,tapi macam aku ni semua berbayar.
Rumah,makan,minyak kerete untuk ke tempat kerja.. Mereke dapat free je.. tapi masih di bela.





Program BN YOUTH JOB FAIR yang sedang berlangsung sekarang di PWTC,
bapak ramai orang serbu.Semalam aku tengok berita,statistik no bagi kekosongan
jawatan yang ditawarkan adalah 20 ribu kekosongan sahaja, tapi kehadiran
manusia yang mengharapkan pekerjaan adalah 500 ribu !
oh my god!!
Bernasib baik kah kita? Sama-sama doakan rezeki memasing.



Jelas,peluang yang ditawarkan masih belum mampu menampung kehendak yang
meminta.Tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar pengganguran sekarang.
Berusahala lebih gigih.



Apply kekosongan dengan kelayakan yang berpatutan. Jangan la korang mintak driver bas,
tapi guna ijazah pulak,terang-terang kena reject.Depa tahu nilai gaji tak padan dengan
kelayakan korang.Dengan itu pandai-pandai la korang ek.Cakap orang bijak pandai =)



Apa-apa pun jom la serbu PWTC sesama.
Jumpa di sana ek =)




whitebird says:
Rezeki di mana-mana,cuma perlu dicari.

1 comment:

  1. aku pn skang keje mnyimpang jauh dr ape yg aku blja...tp takpe...jnji aku ade kje...kan3...

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)