Pages

Siapa Kamu Mahu Terjah Aku?

Sepi,
Sunyi,
Nyaman.
Suasana pagi ini.

Kotak fikiran sering bergerak,memaksa aku untuk terus mengingati.
Cebisan hati tak sudah-sudah menasihati,JANGAN,jangan dan JANGAN!.

Jari kian galak untuk terus menari di dada keypad usang.
Mata kian tertutup akibat tak sanggup lagi menatap,baris kata yang terdedah.

Tika sujudku,otak masih kukuh memikirkan soal dunia,
hingga salam ku berakhir dengan kebuntuan soal hidup.

Berani kamu terjah kotak fikiran aku!
Berani kamu gongcangkan karang di dasar hati ini?
Siapa kamu untuk aku?
Siapa aku untuk kamu?
Bagaimana sudahnya cerita ini?
Jelaskan,terangkan,huraikan biar aku tenang.

1 comment:

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)