Pages

Mendidik Sejak Dalam Kandungan


Anugerah Allah Taala kepada perempuan salah satunya adalah, melalui pengalaman kehamilan.


Apabila saat kehamilan berlaku, peranan bakal ibu dan ayah amat penting dalam mencorak kehidupan dan peribadi anak yang dikandungan.
Mendidik anak tentang akhirat dan dunia menjadi tanggungjawab bersama. Tetapi tidak dapat dinafikan hubungan anak dalam kandungan lebih akrab dengan ibu.Segala aktiviti dilakukan bersama-sama.Senonok punya teman tiap masa. Skype Emoticons baby.


Pengalaman pertama bakal bergelar ibu buat aku teruja,dan cuba sebaik mungkin dalam mendidik anak kami.Cuba tunjukkan segala tingkah laku dan gerak langkah yang terbaik untuk dicontohi.Selain selalu bercakap dengan anak dalam kandungan dan dengarkan ayat-ayat suci,aku jugak ada berusaha mengamalkan beberapa perkara tersebut,
nak tahu ape? hehehehe malu pun ada nak bagitahu, aku ajarkan anak dalam kandungan ini dengan A B C dan 1 2 3 Skype Emoticons selain cuba terapkan perkara dibawah sebagai amalan.







Lokasi : Tempat Kerja

Buku Kedua Tempoh kehamilan.
Bakal ibu selekeh dan bermata panda,dek kerana tak cukup
tidur.






Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

Skype EmoticonsBagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
Skype EmoticonsIbu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Skype EmoticonsIbu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
Skype EmoticonsIbu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
Skype EmoticonsKetika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.












1 comment:

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)