Al maklumla hari ni baru start bekerja setelah 3 hari berehat untuk meraikan "Hari Pekerja".
Aku keluar ke pejabat pos agak awal,iaitu 12pm,sebelum waktu lunch.Saje tak mahu kacau waktu rehat aku.Dasar waktu rehat sendiri berkira,walaupun waktu kerja aku banyak goyang kaki. =)
Sampai di pejabat pos jam 12.10pm.Kelihatan orang agak ramai.Melangkah ke dalam jer,terus rasa mengantuk sebab orang ramai gila babas.Dia orang pun macam aku gak tu,segala urusan perlu disegerakan.Aku ke pejabat pos pun sebab nak beli [ beli ke buat erk?] POSTOL ORDER RM 250 untuk bayar kompoun kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.Dasar selalu lupa bayar income tax!.
Malas nak buat Bank Draff.
Setelah menekan no giliran,aku melilau untuk cari kerusi kosong.Hampa.
Dalam 15min gak aku berdiri naik lenguh kaki aku ni.Semua benda dalam pejabat pos aku baca bagi hilangkan boring dan tidak mahu kelihatan bodoh disitu :p
Setelah mendapat kerusi aku belek-belek hp,buat-buat buka msg.Alahai boringnya.Takde sape pulak nak msg aku time tu.Simpan hp.Duk diam-diam.Menguap.Betulkan kedudukan ponggong agar lebih selesa.Menguap lagi. Bangun kejap,jenguk2 kaunter.Banyak... Sampai 13 kaunter. Tapi sayang banyak kosong dari bertuan! yang berkerja cuma 3 kaunter!
Awek-awek kat dalam tu siap boleh tergedik-gedik lagi ajak kawan yang bertugas sembang.
Sikap buruk yang tak sepatutnya didedahkan.Menyampah!
Tengok jam dah 1.05pm. Damn!! banyak gila masa terbuang.
Banyak main betula depa ni.Aku tahu dan aku boleh melihat dan menilai,mana yang benar-benar busy dengan yang sekadar buat-buat muka cemas macam busy gila.Dasar suka gelak-gelak sampai lebam la depa ni.Naya la amaik masa 1jam untuk buat postol order beb.
Nak tak nak terpaksa gak aku tunggu.
Tepat jam 1.30pm no bertuah aku mula dipanggil.[mesin]
1122, kaunter 13..
Cepat-cepat aku ke kaunter,dengan muka gila tak puas hati.Buruk gila rupa aku time tu kalu korang bagi cermin pun aku takut nak tengok.Ngeri beb bila aku marah. :p
Satu suara yang tak berapa nak lunak sapa aku
"ye,sayang boleh saya bantu?"
aduh terus sejuk hati aku dengan sapaan sayang dan senyuman manis cik kak tu.. dah la cantik,sopan pulak teguran tu.Siap berbaju kurung pink lagi.Aku terus senyum dan cakap mahu buat postol order..
"bape kamu mahu sayang?"
RM 250, sambil senyum manis.
Saat tu jugak aku akui teguran dan senyuman manis yang ikhlas mampu menyejukkan hati yang
panas.Urusan tu tak sampai 3min pun beb.. tapi aku dah buang masa 1jam lebih dalam pos opis tu.
Awek2 dalam tu harap muka je cun sikit tapi sekadar kuat sembang podahhh..
Nota : Kuantiti tidak penting disitu,tapi kualiti yang utama.
berurusan tmpat2 mcm neyh..
ReplyDeletewaktu kita tgh xda masa..
mmg bikin panas hati lah...
tp bila kena layanan mcm tuh...
xda la juga panas hati habes..
sejuk gak sikit
adreynieelisya ~ tu lah pasal amik masa berjam2 tu..
ReplyDeletetapi dek teguran sopan dan senyuman ikhlasan buat hati cair gak =)
Tu la dier, the art of customer centric... haaa jgn tak tau!
ReplyDeletesis button =)
ReplyDelete