Pages

Rombongan Cik Kiah

Pagi ni gua nak merapu sikit.
Sebenarnya penat gua belum pun hilang.. perjalanan gua tak jauh pun
setakat Kuala Terengganu ke Bukit Istana Kuantan jer.. dekat je beb..Gua ikut rombongan sambut menantu sedara sebelah bapak gua... ni gua nak cerita sikit.
Sekarang gua tak percaya langsung dengan orang cakap kereta besor ni tak terasa sangat penatnya kalu travel. Semalam gua bergaya dengan kereta Toyota Alphard makcik gua.
Memula naik gua teruja beb..yelah gua kan anak penoreh getah jer..Sekali gua tumpang kereta orang pun dah buat gua rasa teruja sampai tak terasa nak kencing atau berak.Sumpah gua tahankan jer.Tetapi gua tak paus hati sangat la..
Bas yang bawa rombongan lagi laju dari kereta yang gua naik,apa cerita?
Gua sound makcik gua "apa ni auntie bas lagi laju ni"
Makcik gua balas " tak boleh laju2 sangat,nanti kena saman,uncle kamu bising..bas tak pe la company yg bayarkan.." cis sumpah gua dalam hati
"kereta besar2 pun tak boleh bawa laju tak guna gak..baik gua layan motor je kalu macam ni.
Lagi pun kata makcik aku jalan jem..nk ni.Sumpah gua cakap gua tak puas bawa slow2 kalu kereta besar ni..tak boleh nk test powerla.Penat pun terasa jugak.
Dahla pasal kereta tu,gua bukan mampu milik pun nak sembang panjang2.
Ni kisah sesampai jer gua dan rombongan cik kiah ke rumah kenduri yang gua cakap tadi tu,
terkebil2 mata gua melihat keindahan sang pengantin diatas pelamin.Cantik siot pengantin perempuan tu,yang laki lak nampak sedikit muda.Kenduri kahwin adik ipar sedara gua ni dibuat serentak dengan majlis sambut menantu sepupu gua,sepupu gua pun tak kalah,cantik diandan..
seri pengantinla katakan.Sepupu gua bisik kat gua,adik ipar dia tu sekolah lagi..tingkatan 2!
gua melopong! macam mana boleh kahwin? tanya gua kebodohan.. siap gi mahkamah..
Gua malas nak taip panjang tak elok untuk kesihatan jari gua,takut kasar pulak nanti.
Tapi sumpah gua terpegun siot,budak tu cantik + gedik,macam anak mami.Gua ada gambar tapi gua takut nak upload,lagi pun takut lu orang terpikat naya.

Moral : Hargaila kereta anda walaupun sekecil kancil!
dan sokongla inspirasi kerajaan,banyakkan peraturan canangkan sosial.
( utk budak tu selamat pengantin baru!..baik luorg kawin dari lu org canangkan sosial)

Fenomena

Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk.

Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.

Gua Nak Ulas,Tapi gua Takut Kantoi

Banyak benda gua nak ulas..
tapi sumpah gua takut.. Gua ngeri dengar pasal blogger
kat berita semalam..

gua hold dulu la pasal ulasan tu..

Awek Kangkang.

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…

“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT!! Ini, nak pergi KANGKANG… nak pergi KANGKANG… Haishhh!!!~”

"waaaa ramainya telur ayam lu "

Apa gua nk ceritakan ni kisah benar yang gua dengar sendiri dengan kepala lutut gua
,secara intip-intip.
Masa gua kemas-kemas bilik gua yang bercadar pink,gua terdengan suara perempuan cina.
Tapi gua tak pelik sangat pun,sebab sebelah taman tempat gua tinggal memang tempat
tinggal kaum cina.
Gua selalu perhatikan yang cina-cina ni suka makan ayam kampung,telur ayam kampung
dan segala-gala yang ada perkataan kampungla.
Dalam banyak-banyak perkataan cina perempuan tu gua hampir nak terjun tingkap
gelakan cina tu..
Dialog ni terlagi bila makcik sebelah rumah gua gitahu cina tu
"ayam aku tak balikla..puas dah aku seru tak balik2 jugak.."
Cina tu tanya balik
"agak-agak ayam tu balik pukul berapa?"
Makcik tu diam jer kot..sebab gua tak dengar jawapan dari makcik tu..
Dah reda gelak gua yang macam setan tadi,gua teruskan dengan mengemop lantai bilik gua.
Penat siot mop lantai ni.
Tetiba pulak gua dengar cina tu cakap " mek telur ayam kampung ada ka?"
Makcik tu cakap adala.. gua fikir makcik tu tunjukan bakul telur dia kot
lu tahu apa ayat yang cina tu gunakan "waaaa ramainya telur ayam lu mek..."
Otak gua mula bagi isyarat gelak setan lagi,tapi gua tahan dulu sebab bilik gua hampir sangat
dengan tempat dialog tu berlaku.
Hilang terus penat gua mop lantai,thanks makcik,auntie,uncle cina.
Apa2 pun gua tabik spring la sebab dia pandai cakap melayu tapi gua tak pandai cakap cina


Kejar "SESUATU"

Luorang pernah tak terkejar-kejar mencari "sesuatu"?
Dalam konteks sesuatu tu sendiri lu org tak tahu apakah
sesuatu itu?Gua sedang alami.
Sakit ooo tak tahu nak tuju,tak tahu nak gapai.
Gua buntu...

Sape-sape yang baik Hati

Gua,baru dalam dunia blog.Ada sape2 sudi ajarkan gua bahasa
puitis menarikan jari dikeybord usang gua?
Gua akan bagi luorang aiskrim vanilla.
ok?