Pages

Menu Otak Kerbau!


Salam semua..

Hari ni nak tanya pasal kerbau,boleh?
Semua kenalkan binatang apakah kerbau itu.


Kerbau ni pun terdiri kepada dua kategori kan,satu katogeri liar dan satu lagi
katogeri belaan.
Tapi orang sekarang semua guna kerbau belaan kan untuk buat kenduri kendara.


Kalu aku tanya korang,selain daging kerbau apa lagi orang makan?
Yang orang lain jarang makan,atau mungkin tak pernah di makan orang.
Siapa-siapa ada pengalaman menarik bolehla kongsi.


Macam aku pernah lalui saat TERKEJUT BERUK, bila tengok orang masak
OTAK KERBAU! seketul macam otak manusia,siap nampak ketul-ketul,berurat macam
usus tu.Sumpah geli tekak aku.Aku bukan nak perlekehkan makanan itu,tapi aku memang
betul-betul terperanjat lihat hidangan itu.
Selain dihidang OTAK KERBAU,LIDAH DAN MATA jugak jadi hidangan istimewa.
Memang aku akan ingat sampai matila hidangan itu.
Aku tak sentuh sikit pun hidangan itu. Kalu kalu orang NAK TRY tak hidangan tu?





whitebird says:

Hidangan belangkas sedap ke?
bukan makruh ke?


BN Youth Job Fair 2011


Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda?
Jom serang PWTC.



Mencari pasangan hidup tak seperit mencari pekerjaan pada zaman sekarang.
Kalau nak cari pasangan hidup tak la terlalu tertekan sebagai mana mencari sebuah
pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan setimpal pulak imbuhan gajinya.
Soal kelayakan bukan persoalan bagi rakyat Malaysia sekarang ini,kerana
dah berlaku lambakan orang bijak pandai dalam Malaysia.




Tetapi kenapa masih ramai graduan menganggur?
Adakah mereka ini terlalu memilih perkerjaan?Terlalu mementingkan imbuhan
semata-mata?
Aku rasa agak wajar kalu mereka SEDIKIT mementingkan imbuhan,berpadanan
untuk mereka membayar balik segala pinjaman PTPTN mereka semasa belajar dahulu.
Berpadanan untuk memberikan keselesaan pada mereka dan ibubapa mereka.
Tapi janganla terlalu demand sangat,sampai anda sendiri tak dapat sebarang hasil.
Rugi kan..




Aku sendiri pernah stress dalam mencari pekerjaan yang sesuai dan setimpal dengan
kelayakan.Adakala aku terfikir jugak kenapala susah sangat orang malaysia nak
dapatkan perkerjaan.Kenapa di utamakan orang asing.
Hari itu aku hanging soal gaji pembantu rumah,aku tak nafikan keringat mereka
dalam menguruskan kerja-kerja rumah.
Tapi adilkan mereka,makan,tempat tidur semua free,tapi macam aku ni semua berbayar.
Rumah,makan,minyak kerete untuk ke tempat kerja.. Mereke dapat free je.. tapi masih di bela.





Program BN YOUTH JOB FAIR yang sedang berlangsung sekarang di PWTC,
bapak ramai orang serbu.Semalam aku tengok berita,statistik no bagi kekosongan
jawatan yang ditawarkan adalah 20 ribu kekosongan sahaja, tapi kehadiran
manusia yang mengharapkan pekerjaan adalah 500 ribu !
oh my god!!
Bernasib baik kah kita? Sama-sama doakan rezeki memasing.



Jelas,peluang yang ditawarkan masih belum mampu menampung kehendak yang
meminta.Tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar pengganguran sekarang.
Berusahala lebih gigih.



Apply kekosongan dengan kelayakan yang berpatutan. Jangan la korang mintak driver bas,
tapi guna ijazah pulak,terang-terang kena reject.Depa tahu nilai gaji tak padan dengan
kelayakan korang.Dengan itu pandai-pandai la korang ek.Cakap orang bijak pandai =)



Apa-apa pun jom la serbu PWTC sesama.
Jumpa di sana ek =)




whitebird says:
Rezeki di mana-mana,cuma perlu dicari.

[Nuffnang] Aku Pun Nak Masyuk



Salam pembuka bicara pagi ni.
Selalu tak bersalam pun ek..=)


Jom cerita pasal pendapatan anda hasil dari berbelog.Tak kirala
pendapatan anda dari sumber iklan tajaan mana sekali pun.
Berapa banyak dah anda semua dapat hasilnya,dan apa yang telah anda
semua buat dengan duit tu.


Ok,macam aku sendiri berbelog memang tak lama sangat pun,
masih memegang gelaran hingusan lagi tentang dunia blogging ni.
Sejak mula join dunia blog,tak pernah pun otak aku ni terfikir
dengan berbelog boleh hasilkan duit.Tak masyuk tapi sedap-sedap rasa.
Sekarang semua telah berubah.Rupa-rupanya boleh masyuk dengan hanya berbelog?


Bagaimana boleh masyuk?Mestila mempunyai entri yang berguna pada orang yang
membacanya.Masa aku pulak blog dah rupa diari,sapo nak baco eh?
Tapi aku je aku tengok belog rupa diari tapi follower riban riban jugak.Comment mencecah
rempah ratus jugak.Nape ek? adakala aku perhatikan blogger yang belog macam diari
punya follower ramai sebab cara mereka yang pandai tarik perhatian,seperti
setiap entri haruslah tempek gambau muka dia yang lawo-lawo.Dah itu kelebihan dia =)




Aku sendiri pun paparkan iklan dari NUFFANG, tapi belum pun
merasa duit dari nuffnang ni.Sejak minggu lepas ada 4 BE dalam akaun nuffnag, tapi
duit tak mencanak pun,mungkin sebab aku tak ramai follower,dan entri aku tak best.
Tak berbakat menulis la katakan.Tak pandai tarik pembaca jugak.
Yang masuk pun tak tolong klik kan iklan aku jugak sob sob sob..
Tak ada paksaan la sayang.Niat aku berbelog memula dulu pun sekadar suka-suka je,
tapi bila tengok orang lain masyuk,aku pun nak jugakkkkkk.
Masalah betol la.


Aku jugak tak berapa faham sistem nuffnang ni :P
Faham-faham ayam je. Kepada korang sila la klik iklan i tus.. i pun nak masyuk
macam u alls gaks.. =)



Whitebird cakap:

anda berbudi aku boleh merasa =)
peace


Kebaikan Yogurt Untuk FARAJ?



Bercerita tentang kebaikan makanan 'ringan'.
Yogurt pun aku katogerikan sebagai 'ringan' okeh.

Semua tahukan binatang apakah
YOGURT ni?
Aku yakin semua orang tahu,lebih-lebih lagi
gadis-gadis dan perempuan yang sedang amalkan
DIET.

Yogurt adalah sejenis susu MASAM,yang mengandungi
BAKTERIA baik.
Memakan yogurt mampu menambah bakteria baik dalam sistem badan
manusia dan menolong proses pencernaan.Selain itu
ia mampu mempercepatkan proses buangan sisa makanan yang
terdapat dalam badan kita.

Yogurt jugak baik untuk tulang belulang kita.Kerana
KALSIUM yang terdapat dalam yogurt itu sendiri.
Untuk gadis-gadis yang sedang ON DIET pengambilan yogurt
adalah pilihan terbaik dan terbijak =) kerana sifat yogurt yang rendah lemak,
berbanding susu.

Jangan tak tahu yogurt jugak baik untuk kesihatan
FARAJ!
Tak percaya sila rujuk atau bertanyakan Doktor anda
sekarang.

Aku sendiri amalkan menyapu yogurt pada
keseluruh muka dan leher pada waktu malam.
Tapi ingat jangan main ceduk guna jari,nanti bakteria jahat pulak merebak
kedalam yogurt tadi,masa nak apply tu korang ceduk guna sudu
yang disediakan,dan gunakan bekas lain untuk aktiviti menepek yogurt
pada muka dan leher,selebihnya korang simpan
masuk peti ais. Esok guna lagi.
Untuk kulit yang cantik silala amalakanya,
aku yakin tak rugi...
Boleh jugak sapu pada tut perempaun yang mengalami masalah
kegatalan dan keputihan.Yang ni aku belum try .



Pesanan Dari Whitebird:

Utamakan kesihatan diri
BUKAN
kecantikan muka semata-mata.

Peace!

Tag [Seunik Nama Ku ]

Dah lama gila tak kena TAG, ari ni
si OD tag aku pulak.. ok fine
aku join =) walaupun
aku pemalu gila dan takut dengan syarat
gambar tu ..

Ini syarat2 contest beliau:

1. Buat satu entry bertajuk "Contest Seunik Namaku"

2. Mestilah jadi followerteratak buruk zie ni ek..kalau tak nak pon tak pe.
tiada paksaan..tapi kalau terlepas sebarang update jangan salahkan zie OK..

3. Letakkan banner yang comey kat atas tu dalam entry korang OK..

4. Letakkan 1 picturekorang yang paling comey/hensem. Pastikan tu picture korang Ok jangan letakkan
picture orang lain plak.

5. Then, korang bagitaulanama korang yang sebenar..Lepas tu cerita la apa-apa pon mengenai nama korang & apa yanguniknya/istimewanyakorang.

6. Tag kan 3 orang kawan-kawan korang & pastikan dia tau OK..

7. Last sekali jangan lupapostkan link korang kat ruangan komen entry ni..


SYARAT :


PERTAMA buat ENTRI
Aku sedang buat la ni =)


KEDUA:
Dah follow dah =)


KETIGA



KEEMPAT

Terpaksa tutup mulut,pic semalam
masa lik dari kenduri,belum sempat gosok gigi =)

LIMA
Nama aku tak la seunik mana pun.Tapi aku rasa tak ramai yang
punya nama macam aku.
Nama aku Ika Lidayana.Tak percaya
meh sini tengok ic aku.
Kalu tak percaya jugak,anda bijak.Nak kena sekeh kepala ke har?
Apa yg uniknya nama aku ni sebab aku
tak guna nama tu pun

orang panggil aku WHITEBIRD =)
sekian

ENAM
Tag 3 orang..
erm sape nak join sila kan la ek =)

KETUJUH
Post link entri ni.
Ok Done!


Teruna Dan Dara


Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: Mahukah kau menciumku?

Teruna: Ya!
Dara: Sayangku....!




Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas


Pernah Makan Daging Landak?



Kisah balik kampung hujung minggu baru-baru ni.

Mood teruja tak habis lagi.
Pagi Jumaat jemput incik suami kat airport,petang dalam pukul 3pm gerak balik kampung.
Kampung kami jauh nun disana =) di Bandar Ikan Patin,iaitu Temeloh Pahang .

Kena teruja sangat nak balik kampung ni har?
Sebab aku memang suka travel,lagi pun kampung aku dah tak rupa kampung dah pun,
10 min dah sampai town.Dah tak damai dari bingit kenderaan menjerit tiap masa.

Dalam perjalanan memang hujan agak lebat.Sampai highway mata mula merakam kemalangan
,sepanjang perjalanan mata aku merakam 7 kemalangan kesemua kemalangan tersebut
adalah kemalangan terbabas sendiri,ada yang masuk longkang,yang hampir terjun gaung pun ada.Mintak jauh dari semua tu.

Sampai je di kampung hati dah mula rasa sayu.Sunyi.Sejuk.Gelap.
Ini kali ke3 aku balik ke kampung incik suami.Tiap kali balik dapat rasa pelbagai
pengalaman indah.Ada jugak yang pahit =)

Kat sana aku dapat tengok bagaimana proses nak buat lemang,dodol kukus,nasi manis
dan macam-macam lagi yang dapat tengok.Suka.Penat.

Yang paling best incik suami bagi peluang aku ikut makcik dan akak ke LADANG GETAH dan SAWIT.Teruja beb.. bonceng motor bersama makcik memasuki ladang memang
mencabar gila la,dengan licin dan becaknya,tapi serius aku cakap suasana sejuk gila
dikelilingi pokok-pokok,mahu putih melepak aku kalau duk sini lelama.

Aku ke ladang pakai JEANS,berbaju T lengan PENDEK.berSELIPAR jepun.Langsung
tak kena tempat.Malas nak salin baju dah..takut kena tinggal =)
Masa syok melihat keindahan alam,tetiba aku rasa motor tu seakan meluncur laju semacam
sekali pandang kedepan ada lopak air apa lagi motor tanpa di suruh terjun ke dalam lopak air,
kami berdua pun jatuhla bagai nangka buruk!
Makcik cakap aku menjerit kuat gila.Serius aku takut beb..

Kat ladang gila banyak nyamuk,merogol lengan dan segala tempat.Penat beb aku halau nyamuk
yang datang merogol sampai bengkak lengan aku ni,last-last aku biarkan je la,kasi chan dia menghisap puas-puas.

Sejam di ladang cukup buat aku rasa perit dan berfikir macam manala mereka-mereka
berkerja di ladang..

Samapi di rumah semua pakat gelakkan kami yang berlumpur,lengan bengkak kemerahan.
Incik suami pandang lain macam.Serius takut pulak tengok dia,bagai marah.Tapi tak pun..
Simpati pun tak kot =(

Semasa mahu mandi dengan jelas kelihatan lebam-lebam pada peha dan dengan,kena
hempap dengan motor.Peha terasa pedih,sekali tengok ,luka sudah =(

Tapi pengalaman begitu mana mahu cari kan.Apa pun aku seronok balik kampung.



Whitebird tanya :
Korang pernah makan daging LANDAK?

Cara Simpan Baju dan Tudung Yang Dah Di Iron


Entri ni aku create kira berantai dengan
entri dari blogger si nashays =)


Yang dah siap iron


Cara simpan baju yang berkesan dan menjimatkan ruang..

Memula gosok kesemua baju yang kita nak pakai untuk ke kelas atau kerja,
kira stok seminggula.


Pastu gantung kain yang dah di iron pada hanger.
Kembali iron baju,pastu gantung bersama kain tadi.
Ok,siap.Kalu yang pakai tudung pulak,teruskan
dengan iron tudung.


nashays tudung bawal masih mendapat tempat tau =)
Sesudah iron tudung,lipat seperti kita hendak pakai tudung tu,pastikan
hujung dia sama panjang semasa nak pin kan tudung bersama baju tadi.

Gantung tudung pada ruangkan ni

Kan dah jadi satu set.
Senangkan nak simpan..



Ok,siap untuk di simpan dalam almari.

Ini cara pertama untuk simpan tudung.

<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Dan yang ini pulak cara kedua untuk simpan tudung.
<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>





Sekian terima kasih
=)