Pages

Aku Berjaya Bergelar Isteri : Mode Smile:




Aku berjaya memeluk perkataan ISTERI
kepada seorang SUAMI
dalam hidup.


27 November 2010
aku telah di ijab kabulkan dengan sekali lafaz
dihadapan insan-insan kesayangan,
dan tulang belakang kepada kehidupan
aku.

Majlis aku serba ringkas.

Dalam majlis akad nikah aku mengenakan
kurung moden rona putih bersih,
dan mengenakan tudung Fareeda dari rona
putih dan light pink.
Warna kegemaran



Dan untuk acara makan beradab aku mengenakan
kebaya Indo dari rona kelabu pekat.
Kelihatan gemuk gila!



4 December 2010
Majlis Bertandang
Mengenakan rona Gold.
Warna kegemaran suami





~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah
Kehidupan aku tak banyak yang berubah
cuma kalu bab membasuh baju jer la yang ketara,
makin banyak jer la.


Gambar-gambar kenangan yang dibidik
oleh tiga photography masih belum siap.

Ini semua ehsan dari photog-photog
yang terlebih pro =)
Mutu Gambar pun kurang rasa sikitla,
tak sempat nak edit.Sangat busy sekarang =)




Denda Dari Incik Pos


Aku seorang yang kedekut?

Tak pernah terfikir dek akal aku ni.
kad-kad yang aku layangkan bersetem
RM 0.30 Sabah Sarawak aku taruk
RM 0.60,dicop DENDA ada
yang didenda RM 1 dan RM 0.60.

Malu pulak rasa diri aku ni.
Manala aku tahu..
selalu cukup jer setem RM 0.30
untuk sekeping kad.

Kepada kawan-kawan yang
dapat cop DENDA aku mohon
maaf ok.
Bila lagi korang nak belanja aku kan yang
duk jauh-jauh ni.
Duit banyak-banyak tak kan la nak
kecoh kan bayar DENDA =)

Pos Malaysia,
dah naik kan harga ke ek?
Ada siapa-siapa tahu tak?
lalalalalaal

Terima Kasih Sayang Sudi Lukakan Saya


Dua ungkapan ringkas.

Maaf

dan

Terima kasih.

Ungkapan ringkas yang sukar diucapkan.
Tetapi andai
diucap dengan ikhlas dan tulus
mampu mengubah
keadaan dunia hari ini.
..................................

Maaf.
Maaf adalah satu ungkapan yang dilontarkan sekiranya kita
telah melakukan kesalahan dan menyedarinya.
Perkataan maaf jugak boleh dilontarkan untuk selamatkan
sesuatu keadaan.Perkataan maaf bukanla hanya digunakan
tika melakukan kesalahan.

Ungkapan maaf senang diungkap,tetapi sejauh mana
perkataan itu berfungsi sepatutnya dan selaras
dengan ungkapan tersebut?
Tak semudah itu kita ikhlas dalam memainkan perkataan
maaf tersebut.

Aku salah seorang dari anda semua yang tidak berjaya
mengikhlaskan diri dalam ungkapan maaf.
Walaupun sering kali pujuk hati maafkanlaa..
Sedangkan nabi maafkan umatnya..
Inikan pula aku.
Sukar untuk aku bersihkan hati sesuci anda semua.
Tapi aku sering kali memcuba.

Orang yang sukar memberi maaf
selalunya hatinya kotor.


Percaya atau tidak,
dunia mampu aman dengan ungkapan maaf.


Bagaimana dengan anda?

.........................................................

Terima kasih.
Ungkapan keramat.
Jarang-jarang orang mengamalkan ucapan tersebut.
Tetapi ada insan yang mengamalkan ucapan tersebut
dalam segala urusan hidupnya.
Anda sangat bagus!
aku puji.

Tetapi tak kurang juga yang kurang reti bahasa.
Sukar ucapkan terima kasih.
Dasar tak tahu bersyukur betul.
Anda jangan ikut jejak mereka yang lokek
dengan ucapan terima kasih okeh.
meraka itu sangat la tidak bagus dan kurang moral.

Jadila macam aku,
selalu ucapkan terima kasih kepada kawan
walupun aku yang belanja.
Agak kebengongan terlebih bagus disitu.
Tapi sikap itu bagus hape.
Sila jangan kutuk.

........................................................

Jangan sesekali kita lokek dengan dua ucapan diatas.
Selagi kita tak cuba bersihkan hati,selagi itulah
hati dan jiwa kita resah.

Memanglah tak semudah itu kita
nak ungkap dan ikhlaskan hati,tapi
apa kata kita cuba..

Mulai sekarang kita cuba..

"Terima kasih kerana sudi
lukakan hati aku sayang "

[cakapkan pd bf/gf anda]


"Aku berjanji untuk ikhlas
dan
bersyukur
dalam kehidupan ini"

Janji ek.. tak baik mungkir tau



Sombong Itu Sedekah



Aku insan biasa yang dilahirkan oleh insan
luar biasa.

Sering kali dikaitkan dengan sikap yang kurang "sihat".
Marah sering menjadi permainan hidup aku.
Kurang sabar sudah jadi identiti diri.
Sombong jugak sering dikaitkan dengan aku.

Sombongkah aku?
Sering kali ungkapan sombong dilemparkan,
kasar menampar jauh disudut hati,berbekas hingga terkesan
parut-parut hitam.

Tapi kenapa mesti menarik balik ungkapan sombong
takala bicara mula berlagu?
Tapi tak semua bicara mampu hilangkan ungkapan sombong
milik insan yang menilai.

Adakala sedih bila sering di label sebagai sombong,
berlagak.
Aku sombong bila aku belum kenali insan itu.
Sebab aku tidak dididik terlalu ramah atau senang diajak
berbicara.
Pesan mak, jangan mudah untuk bercakap dengan insan
yang tidak dikenali.
Aku ingat.Aku peluk setiap nasihat mak.

Aku bukanla seorang yang suka menunjukkan rasa hati aku,
jauh sekali untuk tayangkan resah aku.
Sombong atau tidak aku sila nilai
sebaik sahaja selepas kenal aku.
ok?

Aku akan jadi lebih sombong laku orang berlagak bagus
dan sombong dengan aku.
Aku bukanla orang yang punya hati sebersih kain
kapas.

Sabda Rasulullah SAW,
" Sombonglah kepada orang yang sombong .
Ini kerana sombong kepada orang yang sombong
adalah
SEDEKAH"



Sombong tu apa sebenarnya?
Macam rojak keling kah?
Sedap?

Berlagak bagus pun sikap aku erk?
Bagus sangat ke aku ni beb..
Suka buat perangai nak kena lempang laju-laju ke?
Sedarla diri sikit cik whitebird,ko bukan bagus sangat pun,
dah la muka tak cantik,sekolah tak tinggi,
pinggang tak ramping macam awek aerobik.

Suka pulak tu dengki-dengki erk.
Kalu lunch tu asyik nak tumpang kereta orang je ko kan.
Dasar tak tahu malu.
[sampai hati orang cakap macam tu kat aku]

"Awaslah kamu dari sifat dengki,
kerana sesungguhnya sifat dengki itu memakan kebaikan,
seumpama api memakan kayu.


Kesimpulanya aku tak kenyang dek pujian,
dan tak mati dek kutukan
anda.


Kejutan Yang Bikin Aku Sakit Jantung



Cintaila aku sepenuh hati mu.

Lagi 29 hari aku bakal bergelar seorang ISTERI kepada seorang insan bernama SUAMI.
Hari ini aku terus lupa hari.Aku rasakan hari ini adalah hari RABU.Sungguh aku tak angau,
cuma pemikiran aku terlalu sibuk,line dalam kepala hotak aku ini terlalu sibuk,tak sempat nak
sampai kan maklumat dengan tepat dan cepat.

Tanpa perancangan.

Aku lalui detik-detik penting tanpa perancangan.Semua berlaku tanpa sempat difikirkan.
Dari majlis merisik yang berlangsung 3hari sebelum puasa dan dalam masa yang sama aku ditunangkan.Sungguh. Aku telah bertunang,dalam majlis yang sederhana.Hanya memakai
kurung putih dari material cotton.Alhamdulillah semua selamat dan lancar.

Sampai sekarang aku masih bertanya pada diri benarkah aku sekarang tunangan pada insan
bernama lelaki? Bila melihat jari,aku sedar aku memang telah ditunangkan.

Bila semua tanpa perancangan aku kaget tapi jauh disudut hati aku bahagia dengan kejutan
sebesar ini dari mereka.Sumpah semua berlaku terlalu pantas.

Tiba-tiba aku akan nikah.Semua terperanjat.Termasukla diri sendiri.Ini nermakna target aku sampai.Sebab dalam hidup ini aku ada beberapa target penting untuk dicapai.
Persiapan untuk majlis yang bakal berlangsung pada 27 Nov 2010 sederhana.
Cukupkan mana yang perlu sahaja.Sumber kewangan dari diri sendiri,tapi kalu siapa-siapa nak
sponser silakan. ^_^ v

Bagaimana kehidupan aku nanti?

Aku harap,aku boleh teruskan kerjaya aku,tak dikongkong tapi dipantau sewajarnya.
Biarlah tak serumah dengan orang tua kami.
Bak kata pepatah BIAR BANYAK RUMAH,JANGAN BANYAK SERUMAH.
Takut-takut ada yang terlepas pandang dan akan menguris hati mereka-meraka yang kami sayangi.

Persediaan first night?

Rahsia.hahahaha. Mood gelak jahat.
[Jangan Fikir]

Suami yang bagaimana aku impikan?

Cukupla yang biasa-biasa sahaja,boleh terima kami sekeluarga dan yang romantik.hahaha.
Aku harap kehidupan aku pada bulan depan indah dan menyenangkan hati semua insan.
Dan seterusnya aku impikan bahagia.Kepada bakal suami,harap anda tabah dan sabar
dalam mendidik saya sebagai insan yang bergelar isteri.
Kalu saya terlalu tegas,sila pulas telinga saya. ^_*

..........................

Sekarang semua yang kabur kian jelas.Aku selalu anggap cinta kami cinta semata-mata,tak pernah ada getaran yang aku akan disunting menjadi suri dia.

Aku selalu memanggilanya dengan panggilan DEALOVA,tapi bukan bila dihadapannya.Selalu
melayan lagu ONCE ~ AKU MAU. Lirik tersebut umpama aku yang katakan padanya.

Segala kesabaran aku bakal terbalas.Dalam bercinta terlalu banyak dugaan yang terpaksa aku
lalu.Pernah aku terlalu taksub dengan perasaan cinta sehingga aku tidak mampu berdiri apabila
tahu dia tak bersungguh cintakan aku.Kalu dengar lirik lagi AKU MAU,korang akan faham.


Tips untuk cinta terus bertahan.


~ Jangan selalu ungkap kata cinta dan sayang,takut-takut keramatnya akan hilang

~ Jangan terlalu tunjukkan yang diri kita terlalu mengharapkan kehadiranya.Sederhana.

~ Jangan suka melatah bila mengetahui dia ada kekasih gelap.Cukupla katakan yang
"saya tahu kamu punya kekasih gelap" berkatala dalam mood tenang.

~ Jangan terlalu mengongkong pergerakanya.Lelaki umpama permaiann layang-layang,
mesti dilepaskan tapi bila jauh harus ditarik perlahan-lahan,jangan sampai talinya putus.

~ Tunjukkan contoh yang baik seperti mana kita ingin dia lakukan pada kita.

~ Jangan terlalu bangga atau publickan hubungan kita.

~ Bersederhana, ikhlas dan berdoala agar hubungan kita berakhir dengan perkara halal.




Apalah Gunanya Aku Hidang Sedap-Sedap Tapi Tak Dijamahnya

Apalah gunanya Nikon D90 yang
di impi-impikan sebelum ini,
walaupun kini menjadi kenyataan
tapi aku hampeh buta penggunaanya.

Apalah gunanya telefon bimbit sampai
2,3 dan 4 kalu time membayar bil
telefon selalu gagap tersasul-sasul.

Apalah gunanya duit,
kalu kedekut lebih dari haji bakhil.
Andai duit boleh ku bawa ke kubur,
pasti aku mencari kekayaan mengalahkan
jutawan pokke.

Apalah gunanya cantik,
kalu semua baju kian sendat.
Lemak berlipat-lipat, jalan kian terkangkang.

Apalah gunanya pc yang telah dikuasakan
menjadi power rangers kalu aku tak taip entri petang ini.
Apalah maknaya aku berkerja hari ini kalu tidak
berbelog dan bermuka buku.

Apalah gunanya pekerja macam aku,
kalu tak habiskan elektrik pejabat.


entri cis,cis dan cis
macam sampah!

Aku tension,
aku sangat sibuk,
aku nak gi kursus potogaper







Kalau Berpacaran


Entry pendek.

Bukan isu penyokong-penyokong
Kelantan atau Selangor.
Al-Fatihah untuk arwah.

Sekarang isu putus cinta.
Musim mengawan sudah tamatkah?
Bukan ke baru nak mula?

2,3 bulan yang lepas musim mengawan bagi mereka.
Penuh bunga-bunga cinta
terpapar kat wall mukabuka.

Semua aktiviti diceritakan dan dikongsikan.
Jelek.
Terlalu menayang buah hati masing-masing.
Bergambar bagai suami isteri.
Dedahkan segala kemesraan pada umum.
Luahkan segala kata-kata cinta.

Cis dan cis betul sikap itu.
Bukan aku cemburu,tapi
aku cuak dengan keadaan itu.
Penat mata aku memandang.
Tak pandang ia kawan. Bila pandang cuak lagi.

2,3 hari lepas musim mengawan tamat.
status "single"
wall " tinggalkan aku sendiri"
bermulala dengan kata-kata yang menburukkan
dan menafikan tentang bahagia milik mereka 2,3 bulan
lepas yang sudah.

Bukan aku nak bertepuk tangan.Tapi sikap
itu menampakkan yang diri kita terlalu mudah
diperhambakan oleh cinta.
Sikap menafikan tentang cinta itu juga
sesuatu yang tidak wajar.

Buang semua gambar aku dan kamu.
Tiada lagi istilah sayang kamu sampai mati.
Sekarang lu boleh pergi mampus je yang terpampar.

Hati-hati dalam menitip kata cinta.
Jangan terlalu leka dengan cinta dan terlalu bangga
tunjukan pada umum kemesraan anda itu.
Haram.
aku pesan jer




Aku Bangga Bila Dia Senyum


Mood : Bangga beb!

Sebab : Hadiah saya mampu gembirakan hati kekasih saya.
(hanya seutas jam tangan)

Name Tag Kekasih : Pa..

<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Saya bangga bila saya dikatakan mampu mengembirakan
hati insan bernama ayah.

Kasih ayah ku kelek-kelek,
Kasih emak ku junjung-junjung.

Sekian =)

Berkerja Atas Katil Lagi Masyuk dari di Pejabat

Selamat berkerja semua.

Pagi ini gua nak cerita sikit tentang kehidupan
gua sebagai seorang kuli swasta.

Sebelum tu gua nak bagitahu,yang kerja gua
sebagai kuli swasta di siang hari adalah
kerja gua full time.
Malam hari guabuat part time atas katil.
Gila penat kerja part time.
Banyak guna tenaga dalaman.
Sumpah gua tak pernah tipu.

Kerja gua full time sangat rilek.Tak banyak guna otak kiri pun.
Cuma guna jari menaip perkataan FORUM 18SX
dan sewaktu denganya.
Masa masuk kerja dulu,bos gua pernah letak peraturan
yang agak ketinggalan pada hemah gua.

Masuk kerja jam 8am dan boleh balik jam 5pm.
Minggu pertama gua pejam mata ikut arahan bos gua.
Tapi sekarang selamber jer gua akan sampai paling awal
jam 8.30am.Dan akan keluar breakfast jam 9am-10am.
Tapi sekarang gua lebih sopan.Gua tak curi lagi masa untuk keluar breakfast.
Gua dalam proses ganti puasa.
http://www.emocutez.com

Pagi-pagi gua masuk pejabat,on pc.
Tangan laju tekan mozilla firefox.Langsung tak rasa bersalah.
Gua akan check email,kot-kot ada yang mintak gua buat
kerja atas katil malam ini.
http://www.emocutez.com
Masyuk sikit.
Nak harapkan gaji dari kerja full time tu sakit sikitla.
Lagi pun gua tak beranila nak mintak naik gaji.
Sebab gua perhatikan jadual kerja gua longgar gila.

Pagi-pagi gua masuk forum 18sx sampai jam 11am.
Pastu gua sambung lepak belog cap ayam gua dan
usha-usha belog cantik dan ensem milik korangla.
Sudah bosan usha belog gua tibai masuk facebook.Macam hampeh jer
facebook gua,main sorok-sorok,list friend pun boleh bilang
guna jari kaki.Sikit.Semua bukan kenal gua secara alam nyata.
Sebab? sebab gua tak dibenarkan berfacebook lagi selepas mukabuku gua di hack
bagai Lisa Surihani.

Hari-hari gua tak sibuk.Gua sangat seronok kerja macam hampeh ni.
Otak gua kian beku.Tapi jari gua pulak makin ligat mengatal di keyboard.

Bos gua tak tahu kegiatan gua sehari-hari kat pejabat milik dia.
Sebab bos gua dah lupa jalan nak ke pejabat dia sendiri.
Selalu gua terpaksa jumpa dia di tepi pantai untuk segala urusan pejabat
seperti tandatangani cek bernilai 4Juta.
http://www.emocutez.comItu pun jarang-jarang gua berjaya buat urusan
sebegitu,sebab gua lebih leka dengan forum 18sx.

Semalam budak baru masuk kerja tanya gua,
"bos mana?"
Selamber jer gua jawab
"dalam telefon"
Gua nampak dia seakan cuak dengan jawapan gua.
Bukan gua tipu pun.. dah memang bos gua dalam telefon.
Segala urusan hanya menggunakan telefon sahaja.
Ada 2 pilihan samaada untuk buat panggilan atau sms sahaja.

Gila cuak la pengurusan tempat gua kerja ni.
Gua pun pelik.Projek masyuk,tapi pengurusan macam sampah.
Gaji gua pun depa tak segan-segan bagi secebis jer..
Bagus lagi gua kerja atas katil.On pc, buat drawing.
Sekali buat gua dah dapat dalam RM 500 untuk drawing dan design yang mudah-
mudah .Amik masa dalam 4 - 5 jam jer.

Tapi gua tak akan berhenti makan gaji buta disini.
Sebab gua ikhlas berkerja kerana Allah swt.

Siapa-siapa yang rasa nak join tempat kerja gua
boleh isi borang .
http://www.emocutez.com

Malaikat Maut Dan 7 Kali Sehari

Kitab As-Suluk menerangkan bahawa Malaikat Maut (Israil) mempunyai ranjang di langit yang ketujuh. Dan dalam riwayat lain mengatakan di langit yang keenam. Ia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap. Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut.

Tiada satu makhlukpun yang terlepas daripada pengawasan dan kekuasaan tubuhnya. Jumlah wajah, mata, tangan dan telinganya menurut ramainya para manusia.

Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang searah dengan manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat. Jika satu nyawa meninggal, maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari tubuhnya. Begitulah juga semua mata-mata yang berada di tubuhnya akan musnah satu persatu mengikut bilangan nyawa yang telah dicabutnya sehinggalah kesemua makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil, Mikail, Jibril, Izrail dan Hamalatul Arsy.

Dikatakan dia berwajah empat, satu wajah di muka, satu wajah di kepala, satu dipunggung dan satu lagi di telapak kakinya. Dia mengambil nyawa para nabi dari wajah kepalanya, nyawa orang mukmin dengan wajah mukanya, nyawa orang kafir dengan wajah punggung dan nyawa seluruh jin dengan wajah tapak kakinya.

Sebelah kakinya berada di jambatan neraka dan sebelah lagi di Syurga. Andaikata dituangkan seluruh laut dan sungai ke atas kepalanya, nescaya tidak akan jatuh walau setiitk airpun ke bumi menunnjukkan betapa besarnya jasadnya.

Malaikat Maut telah bertanya kepada Allah SWT tentang cara mencabut nyawa seseorang itu katanya : “Wahai Tuhanku, katakanlah kepadaku bagaimanakah akau hendak mencabut nyawa seseorang itu dan dalam keadaan yang macam mana ?”

Allah SWT menjawab : “Wahai Malaikat Maut, ilmu itu adalah asing sekali. Tiada siapapun yang mengerti kecauli Aku tetapi Aku akan memberitahu kedatangan waktunya kepadamu dan Aku buat tanda-tanda kepadamu yang berdiri padanya”.

Menurut Kabil Akbar katanya : “Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut.

Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari.

Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akan mendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapat kebahagiaan.

Untuk mengetahui tempat ia mati pula, Allah telah menciptakan malaikat Arham yang akan diperintahkan untuk memasuki sperma yang berada dalam rahim ibu dengan debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan mati dan di situlah kelak ia pasti akan menemui ajalnya.


Sekurang-kurangnya 7 kali sehari

malaikat maut datang ziarahi kita..

Anda Di Penghujung Cerita


Melangkah...
Dalam hujan air mata
mencari sinar mentari sebuah senyuman milik dia.

Melangkah..
Berlari laju menuju ke hujung sana
Menapak kaki dia bumi khayalan.

Melangkah..
Merangkak memeluk rindu
Perlahan-lahan menghampiri jasad itu.
Memeluk kemas tanpa perasaan.

Melangkah..
Lagi..mencari cinta hakiki
Ingatkan diri tentang hidup.

Melangkah..
Memberi kasih sayang dan cinta
Tetapi buta tanpa keikhlsan dalam hati.
Bersiul indah memikat betina.

Melangkah..
Menghampiri jalan mati.
Buntu.Bisu.Pekak.Keji.Kejam.

Melangkah..
Memberi semangat
Semua umpama debu.
Terbang ditiup angin.

Melangkah..
Semua nampak palsu
Apa yang nyata dusta belaka.

Melangkah..
Kedunia kejam.
Teringin memeluk bahagia.
Mampukah? anda sekarang didunia kejam..

Melangkah..
Menuntut keadilan.
Tercapaikah?

Melangkah..
Menyuarakan ketelusan hasrat hati.
Di dengarikah?
Anda sekarang di dunia lemparan bom.

Melangkah..
Selagi kaki mampu dihayung..
Selagi otak mampu berfikir..

Melangkah..
Langkah kian sempit.
Menghampiri dunia yang tua.
Anda di penghujung cerita.

"GUA TAHU ITU SIAPA"



Gua tahu itu siapa.
Sekali gua masuk alam lu,gua.
Tak ada lagi saya,awak,i dan u.
Semua gua simpan dalam poket dulu ganti nama yang manis-manis itu.

Sebab?

Sebab gua tengah sahut cabaran bermain contest pulak dari blogger terbang tinggi-tinggi.
Gua punyala semangat nak join contest ni nak teka siapa itu makhluk sebelah bro Hamzah,
slamber jer gua reject call dari bos gua,
sebab gua nak belek facebook bro Hamzah.
Manala tahu kot-kot dapat hint sikit-sikit.
Tapi haram tak de hint,yang ada cuma board
putih jer sebelah bro Hamzah.

Gua tak hampa.. Gua cepat-cepat pergi cari nujum.
Nujum bagitahu gua,orang yang belah bro Hmazah tu adalah
KAWAN YANG SEDANG
SNAP GAMBAR HAMZAH.


First time gua join contest,
harapan gua:
Biarla gua yang menang
http://www.emocutez.com


beb,
gua terperanjat ada gambau
oltromen


S. E .P . I ~ Lagi

S. e. p. i

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam





aku bukan sepi dari cinta,
tapi mungkin jiwa aku sepi dari pengisian
ilmu akhirat

Matta Travel Fair 2010 ~ Last Day at Kuala Kompo

No idea.


Masa untuk travel.


Guna semua duit bonus dan gaji.


Tengok sini
Matta Travel Fair 2010
last day kat PWTC.

Selamat Hari Raya dan selamat bercuti
untuk semua rakan blogger,

Maaf zahir batin.

Salam Merdeka



~ Keamanan yang dicapai kian hilang ditangan sendiri ~



Walaupun hakikatnya
pemikiran kita masih dijajah.

Pak Imam Nak Pinang Saya?

Siapa nak kawen dengan aku?
Sila angkat kaki cepat.

Aik! tak ada siapa-siapa sudi ke?
http://www.emocutez.com

Atuk aku call semalam,
ada 2 orang nak pinang aku
http://www.emocutez.com
Sorang PAK IMAM dan sorang pekerja OFFSHORE.
Gelak guling-guling.
Atuk,bila masa diorang skodeng saya?
Atau atuk yang memandai perkenalkan cucu atuk ni ek?

Atuk cakap mereka tengok semasa majlis perkahwinan mak saudara
saya bulan 6 baru-baru ini.

Atuk,cakap kat mereka saya tak mahu kawen lagi.
Saya masih belum puas tidur peluk teddybear.
http://www.emocutez.com

Salam.





Pak Imam,boleh didik aku,

Offshore nanti selalu kena tinggal

http://www.emocutez.com

Bulan Puasa Nafsu Liar?


Dalam keywords aku ada ini..


Asmara Bini Orang & Tetek.


Awek Kangkang?

Bulan puasa pun ada nafsu lagi ke
nak tengok segala-gala pasal biru?

p/s: Bulan puasa ni tolongla jaga tingkah laku,
buatla pahala banyak-banyak,jangan cari
dosa jer.


Bersihkan Harta Anda


Sila jelaskan ZAKAT anda,
TUNAIkan pada yang
BERHAK.


(culik gambar dari fazrul)

Bersihkan harta kita.

Selera Bulan Puasa [ Pelik-Pelik]

Pagi selasa yang nyaman.
Meh adik-adik semua dekat sikit dengan akak.
Akak nak cerita kisah nafsu ramadhan ni.

Korang suka kan pergi bazar ramadhan? tahu sangat dah.
Tapi untuk pengetahuan adik-adik,akak tak suka pergi bazar ramadhan ke, pasar malam
ke,memang akak tak layan,sebab akak tak retila nak beli apa.
Lagi pun kecik-kecik dulu mak akak tak ajar pergi bazar ramadhan atau pasar malam.

Semalam akak pergi la bazar temankan kawan akak sorang ni,akak pun tak teragak-agak
rasa jugak nak pergi cuci mata.
Sampai ke depan bazar,elok cari park mata akak ni laju je TERtengok seorang hamba Allah yang
kurang sihat makan tembikai.
Kalu makan tembikai je akak tak kisah pun,tak terliur la.Tapi yang buat mata akak ni
nak pandang lagi sebab dia pakai seluar tapi KOTE dikeluarkan.
Macam harem!http://www.emocutez.com

Bila jalan-jalan dalam bazar tu,macam-macam orang,macam-macam ragam,macam-macam
juadah yang dijual.KEROPOK TUMIS pun ada,seumur hidup akak ini la kali pertama
akak tengok keropok tumis,tak selerala.
Tapi kawan akak ni elok je keropok bulat-bulat yang macam fish ball tu dia beli.Ala
mudah betul nak goda selera orang berpuasa ni ek.
Selipa jepun celup tepung pun sedap gamaknya.Semua benda nampak sedap.
http://www.emocutez.com

Bulan puasa ni kita digalakkan berjimat cermat,ingat nasib saudara kita di GAZA.
Tapi kita kat malaysia ni makan sampai pecah perut.Buang makanan.Membazir tu.
Jangan kawan dengan SETAN sebab setan je suka membazir ni.

Tapi kan semalam akak balik kerja dan sampai rumah jam 5.30pm dah plus dengan
jem sebab bazar ramadhan,dalam sebulan ni memang terpaksala lalui kesesakan lalulintas kat situ.Semalam akak masak tau.Akak baca resepi dari sini . Banyak boleh belajar dari situ.
Tapi akak dah ubah-ubah sikitla resepi tu.Bahan-bahan pun akak kasi lain sikit.




Ada orang cakap ikan akak lemas http://www.emocutez.com
Tapi mak akak cakap sedap http://www.emocutez.com

Entri tunjuk rajin,perangai buruk tak kalah la tuan belog ni..
pang laju-laju kang baru tahu

Semalam jugak akak dgn kawan akak
tersalah masukan barang dalam troli orang lain.
Semua salah kawan akak tu.Tidor la tus..





kata ganti diri
menjadi akak sbb aku pening =)


Doa Tahan Lapar Puasa



Wabaringsana wabaringsini wataktahan wamaumati
walihatjam masihlamalagi takdenasi watibaimaggi
nantilainkali wakasiganti







Jangan nak ngada-gada ikut, pang laju-laju kang.

Entri Sampah!


First day puasa,
alhamdulillah tak ada rasa separuh mati lapar atau
dahaga.
Teringat saudara-saudara di Gaza,
bagaimana agaknya mereka.
Sedih.

Bulan baik,hari baik ini
aku tak banyak idea untuk menulis,
tak ada ilmu untuk di kongsi,
tak ada info menarik untuk dijaja.

Tapi aku nak "jaja" siapa
WhiteBird atau wB.
Walaupun tak ada siapa yang kenal,
atau sedar kewujudan aku dalam dunia
maya ni.

Aku memang lebih suka tidak
menonjolkan diri,jauh sekali akan tempek
gambar sendiri untuk menarik pengunjung.
Tapi ada kebaikan tersendiri bila kita tempek
gambar kita di page sendiri,sekurang-kurangya
orang kenal,kalu terjumpa kat mana-mana boleh la tegur,
lagi pun tak adala siapa-siapa tertipu dengan
dunia siber ni.

Berbalik pada niat asal aku membuka entri ni,
aku nak kongsikan serba sedikit tentang siapa
WhiteBird


Bukan seorang TERUNA tetapi seorang DARA.
Menulis blog kerana ingin mengisi masa lapang yang memang selalunya lapang.
Seorang yang agak berahsia, tidak berapa gemar ceritakan hal-hal yang agak peribadi.
Tidak suka di tekan-tekan dalam bahasa melayunya di push-push.
Pantang bila tahu diri ditipu,
mula fikir 101 kali untuk percaya lagi,walhal dengan orang yang paling rapat dengan aku sekali pun.
Seorang yang anti pada sebarang alat,objek atau apa segala benda yang menghasilkan bunyi yang kuat.
Mudah takut la beb.
Seorang yang mudah panik.
Sedang berkerja mencari duit untuk shopping.
Sukakan pantai dan bermain air, tapi bukan sungai,aku tak suka sungai,sebab aku selalu ingatkan BUAYA.Ngeri beb.
Suka lepak di forum-forum terutama pasal kamera dan gambar.
Minat mendalam tentang camera tapi malang tak pernah punya skill yang cun.
Kuat merajuk tapi tak suka dipujuk-pujuk.
Kali marah bila orang cuba-cuba
main petrol dengan aku.Tak Suka!.
Aku sekarang menetap di Terengganu.
Obes pada kaler PUTIH tak suka
pada MERAH.
Suka makan pizza tapi tak berapa gemar Kfc.
Tak pandai pakai kain yang tak berbelah,tak kisah la di depan atau belakang mesti nak belah.
Senang langkah.
Suka kumpul Perfume.
Peminat kasut.
Sedang berdiet
Suka aktiviti makan-makan =)