Pages

Showing posts with label Gaya Mutu Keunggulan. Show all posts
Showing posts with label Gaya Mutu Keunggulan. Show all posts

Decoration Menjadi Idaman





Mewah






Nak makan pun selera kalu ada ruang makan macam ni =)



see..rumah kayu pun kena cara boleh tampak cantik!



Serius sejuk gila mata memandang.. tapi awas, tersalah pemilihan
tatarias ungu bole jadi ruang jadi kelam.


Sesuai untuk anak gurl =)






Kombinasi warna yang mendamaikan. i like!


Tips Memakai Minyak Wangi


Bila cakap bab PERFUME atau minyak wangi mesti perempuan akan jadi
JUARA.

Kenapa mesti perempuan jadi juara?
Sebab perempuan kan suka wangi-wangi,
dan mudah teruja dengan botol perfume yang cantik
dan kreatif.
Habis ko fikir orang lelaki tak suka wangi?
Ops! sorry.. aku tahula orang lelaki pun suka wangi-bangi bagai,
tapi mesti kalah dengan perempuan jugak kan.

Aku yakin korang pun macam aku,simpan
botol perfume sebagai koleksi peribadi.
Alasan? Sebab botol perfume cantik.
Tapi kalu botol One Drop Perfumes tu aku tak
simpan la..bukan sebab dia One Drop Perfume,
tapi sebab botol dia kocik dan biasa,lagi pun
tak sempat nak simpan mesti hilang punya,aku guna wat travelling.

Suami aku masa bercinta dengan aku dia suka hadiahkan
perfume.Kalau pergi mana-mana mesti belikan perfume
tak kira besar atau kecik.
Sebab dia tahu aku ni suka gila dengan perfume.
First perfume yang suami bagi dulu ni dia
CINEMA by Yves Saint Laurent (YSL)



Ingat lagi suami bagi perfume ni tanpa balut,dan
berkata"saya tak pasti suka ke tak bau ni,
tapi jurujual tu cakap NING BAIZURA suka beli CINEMA"
Terus nak tergelak.. sebab pas pakai ni mesti
asyik teringat kat Ning =)

Yang pasti bau dia memang best.Suka.Kalu ada masa lapang tu
mesti buat perangai macam orang angau cium bau botol kosong,
tapi masih ada bau.

Perfume kedua pulak ini,
dah habis jugak.. suka bau ni sebab manis..
rasa macam nak gigit-gigit je katanya.
RALPH LAUREN

Yang ketiga pulak ini.
Tapi bukan yang pink macam ni,
suami bagi dulu warna hijau,botol dan brand sama.
Kenapa upload gambar ni?
Sebab gambar ni lawa,tengok perempuan tu
pelok botol =)
yang ni tinggal lagi sikit
CHANEL by CHANCE


Dan keempat.
Hari ni pakai perfume ni..
Bau dia memang best,agak keras sikitla.
Bila pakai mesti suami tanya,pakai perfume apa,
sebab best.Sekarang bila suami balik aku pakai perfume
ni la.Yang ni botol dia ramping bukan main,
kurus sangat nak pegang atau letak rasa
macam cepat nak tumpang.
ARMANI CODE BY GIORGIO ARMANI


Aku bagi perfume ni kat suami,
DUNHILL BLACK.
Suka bau dia,tak dapat gambar dengan perkataan bau dia.
Sukala.Korang try la beli.

JENNIFER LOPEZ
STILL
perfume Jlo ni serius au tak suka bau dia.
Membazir jer duit aku beli,sudahnya aku
sendiri tak suka guna.
Sape-sape nak angkat tangan =)
Dia bau macam bunga TANJUNG ke hapa ntah.


ACQUA DI GIO
BY GIORGIO ARMANI ni best,
Aku mesti beli nanti!.



TIPS memakai minyak wangi


1. Untuk memastikan perfume anda tersebar dengan baik ,pastikan
anda menyembur agak tinggi sedikit dari anda dalam kata lain jarakkan.



2. Sembur atau calit pada titik-titik tertentu seperti nadi
.Contohnya pada pergelangan tangan dan leher.


3.Kenakan minyak wangi secara berlapis.
Iaitu harus menggunakan sabun atau krim
dengan mengenakan wangian secara bersama
membuat keharumannya tahan lebih lama.


4.Jangan memakai perfume semasa mengenakan
perhiasan ataupun dekat perhiasan.
Kerana perfume akan merosakkan perhiasan tersebut .

Berkerja Atas Katil Lagi Masyuk dari di Pejabat

Selamat berkerja semua.

Pagi ini gua nak cerita sikit tentang kehidupan
gua sebagai seorang kuli swasta.

Sebelum tu gua nak bagitahu,yang kerja gua
sebagai kuli swasta di siang hari adalah
kerja gua full time.
Malam hari guabuat part time atas katil.
Gila penat kerja part time.
Banyak guna tenaga dalaman.
Sumpah gua tak pernah tipu.

Kerja gua full time sangat rilek.Tak banyak guna otak kiri pun.
Cuma guna jari menaip perkataan FORUM 18SX
dan sewaktu denganya.
Masa masuk kerja dulu,bos gua pernah letak peraturan
yang agak ketinggalan pada hemah gua.

Masuk kerja jam 8am dan boleh balik jam 5pm.
Minggu pertama gua pejam mata ikut arahan bos gua.
Tapi sekarang selamber jer gua akan sampai paling awal
jam 8.30am.Dan akan keluar breakfast jam 9am-10am.
Tapi sekarang gua lebih sopan.Gua tak curi lagi masa untuk keluar breakfast.
Gua dalam proses ganti puasa.
http://www.emocutez.com

Pagi-pagi gua masuk pejabat,on pc.
Tangan laju tekan mozilla firefox.Langsung tak rasa bersalah.
Gua akan check email,kot-kot ada yang mintak gua buat
kerja atas katil malam ini.
http://www.emocutez.com
Masyuk sikit.
Nak harapkan gaji dari kerja full time tu sakit sikitla.
Lagi pun gua tak beranila nak mintak naik gaji.
Sebab gua perhatikan jadual kerja gua longgar gila.

Pagi-pagi gua masuk forum 18sx sampai jam 11am.
Pastu gua sambung lepak belog cap ayam gua dan
usha-usha belog cantik dan ensem milik korangla.
Sudah bosan usha belog gua tibai masuk facebook.Macam hampeh jer
facebook gua,main sorok-sorok,list friend pun boleh bilang
guna jari kaki.Sikit.Semua bukan kenal gua secara alam nyata.
Sebab? sebab gua tak dibenarkan berfacebook lagi selepas mukabuku gua di hack
bagai Lisa Surihani.

Hari-hari gua tak sibuk.Gua sangat seronok kerja macam hampeh ni.
Otak gua kian beku.Tapi jari gua pulak makin ligat mengatal di keyboard.

Bos gua tak tahu kegiatan gua sehari-hari kat pejabat milik dia.
Sebab bos gua dah lupa jalan nak ke pejabat dia sendiri.
Selalu gua terpaksa jumpa dia di tepi pantai untuk segala urusan pejabat
seperti tandatangani cek bernilai 4Juta.
http://www.emocutez.comItu pun jarang-jarang gua berjaya buat urusan
sebegitu,sebab gua lebih leka dengan forum 18sx.

Semalam budak baru masuk kerja tanya gua,
"bos mana?"
Selamber jer gua jawab
"dalam telefon"
Gua nampak dia seakan cuak dengan jawapan gua.
Bukan gua tipu pun.. dah memang bos gua dalam telefon.
Segala urusan hanya menggunakan telefon sahaja.
Ada 2 pilihan samaada untuk buat panggilan atau sms sahaja.

Gila cuak la pengurusan tempat gua kerja ni.
Gua pun pelik.Projek masyuk,tapi pengurusan macam sampah.
Gaji gua pun depa tak segan-segan bagi secebis jer..
Bagus lagi gua kerja atas katil.On pc, buat drawing.
Sekali buat gua dah dapat dalam RM 500 untuk drawing dan design yang mudah-
mudah .Amik masa dalam 4 - 5 jam jer.

Tapi gua tak akan berhenti makan gaji buta disini.
Sebab gua ikhlas berkerja kerana Allah swt.

Siapa-siapa yang rasa nak join tempat kerja gua
boleh isi borang .
http://www.emocutez.com

FreshLook Buat Si Dia Cair Macam Ais


Cerita pasal kontek lens,sekarang sudah menjadi trend masa kini.
Ada yang memakai kontek lens sebab mata depa
bermasalah dari segi rabun jauh atau dekat,
dan mungkin juga rabun cahaya yeke ni erk

Dedulu,aku pernah gak gatai untuk guna
kontek lens,tapi terseksa lor mata aku
demi untuk cantik .
Tapi itu dulu,sekarang tak lagi.
Sebab..

~AKU TAK PANDAI PAKAI ~

Padahal bukan susah pun kan.
Tapi sepupu aku yang rabun suka pakai
FRESHLOOK.
Katanya mata tak kering,
senang nak jaga dan tak cerewet nak jaga.

Cara nak jaga kontek lens anda.

~ jangan lupa buka kontek lens anda sebelum tidur.
~ Pakai kontek lens anda sebelum anda apply makeup.
~ Buka kontek lens anda sebelum tanggalkan makeup.
~ Jangan sesekali dedahkan kontek lens anda dengan sebarang cecair yang boleh merosakan.
~ Jangan berkongsi konteks lens dengan orang lain.
~ Jangan menyerti sebarang aktiviti air semasa anda memakai kontek lens
(kan tercabut susah lor..)

Mata hitam,biru,hijau,merah korang akan
nampak lebih besar dan tergoda tau.
macam ni ..

Korang,tak tergoda ke tengok minah mata biru ni?




Bukan Artis Sesama Artis Jer Pakai Baju Sama..

Sebenarnya pasal baju sama ni bukanla perkara pelik pun kan.
Baju butterfly ni bukan aku baru perasan pun sama dengan Heliza AF tu,
dah agak lama dah.Sajer nak story sikit sebab baju butterfly ni agak
istimewa sikit.
Tapi lebih pada lawak.

Baju butterfly ni aku pernah sekali pakai
pergi main futsal.
Baju butterfly ni bukan baju tee biasa tau,
agak labuh sikit,tutup bontot punggung.
Dengan pakai seluar yang memang gila tak patut masuk
gelanggang selamba badak jer aku redah main futsal.

Ramai pulak awek-awek berkenan dengan kemanisan baju butterfly tu.
Hehehe.. baju tu yang cantik atau tuan baju yang cute ni :p

Nak tengok baju tu?
Mungkin korang pun ada kot baju butterfly ni.
Aku ada 2 helai,satu butterfly "kucup,"
yang ni kembang.
Warna still putih.
I like white kaler :0



Majulah Diri demi Poket Sendiri







Dapat call dari nombor ni 03 5885 5100 insan disana perkenalkan diri sebagai En.Fuad,dari Maybank.

Ermm terus rasa malas gila nak layan.Takut jugak kalu semua ni satu penipuan.Hati-hati tu perlu bila melibatkan duit ni beb.Kang tak pasai-pasai masuk metro muka depan.
Terpedaya.
Fuad tu dah applykan kad kredit visa.Tanpa dokumen depa apply,saje la tu tengok je duit aku suka suki je tolong applykan.
Kini pemilikan kad kredit bukan lagi lambang kemewahan,tapi keperluan.Alamak keperluan ke?
yelah..perlu bila kita nak beli barang yang mahal-mahal tanpa perlu membawa wang yang banyak.

Antara kad kredit yang popular adalah MasterCard dan Visa.
Aku memang tak suka benda nie semua bila melibatkan akaun aku.Lagi pun duit aku bukan la banyak pun.Siap gitahu dengan lembaplemah lembut lagi.. cik.... pihak kami tidak mengenakan sebarang interest.Cik ... boleh guna di mana-mana tempat.Kalu cik ... guna di pump minyak petrosnas,cik... akan dapat point jugak,dan boleh tebus redeem jugak.
Sepanjang perbualan aku banyak menggunakan erm,erm,dan erm.
Kad kredit bukanla cara terbaik untuk berbelanja.Kalu salah langkah penggunaan kad kredit boleh membawa padah.

Senang cerita aku tidak lagi menggunakan kad kredit,sebab aku seorang yang kaya mampu membayar apa yang aku ingin beli dengan menggunakan wang kertas dari poket sendiri.

Lagi pun aku bukanla seorang yang layak memakai name tag pemegang kad kredit.
Sekian. En.Fuad siap nko kalu kad kredit tu sampai kat rumah aku.

Sekian.

Majulah Diri demi Poket Sendiri.


'Ya' & 'Jangan' Untuk Si Pinggul dan Perut besar


Bentuk tubuh yang ramping dan proposional sering menjadi contoh di dalam berpakaian. Selain dilihat cantik, tubuh sedemikian mudah menggayakan apa jua fesyen.

Tetapi bagaimana untuk wanita yang berpinggul lebar dan mempunyai lemak di perut? Cuba semak tips 'ya' dan 'jangan' di dalam berpakaian.



'YA"
* Gayakan seluar yang tidak memiliki details pada bahagian perut dan pinggul (flat front pants). Seluar gaya ini akan melangsingkan bahagian pinggul dan perut.

* Skirt panjang yang tidak begitu ketat dengan belahan di tepi atau skirt bahagian tulang pinggul dan panjang sehingga ke lutut dapat menyembunyikan bentuk pinggul anda yang lebar.

-Untuk jaket dan blaus, potongan lurus tanpa kolar dan panjangnya menutupi pinggul. Biarkan kancing atau zipnya terbuka.

* Jika anda menyukai bahan bercorak, pilih corak yang kecil-kecil misalnya kotak kecil atau motif bunga yang kecil dan rapat. Untuk motof garis, pilih vertikal (menegak) untuk kesan ramping.

* Warna gelap seperti hitam dan biru gelap dalam nada monokramatik akan membantu memberi efek ramping.

'JANGAN'
* Hindari memakai seluar dari bahan elastik serta seluar yang mempunyai poket kerana ia akan menjadikan pinggul dan perut nampak lebih besar.

* Jangan masukkan baju (tuck in) kerana ia akan menjadikan pinggul anda kelihatan lebih besar. Manakala, wanita yang mempunyai perut buncit jangan memakai baju yang ketat tanpa memasukkan baju tersebut (tuck in).

* Ucapkan selamat tinggal kepada skirt yang ketat dangan potongan lurus atau memberi penekanan kepada pinggul dan perut.

* Hindari motif besar dan horizontal (melintang).

* Jangan berhenti bersenam dan jaga pemakanan untuk mendapat tubuh yang lebih cantik dan sihat.