Pages

Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir

Facebook smileysBayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

Skype EmoticonsBayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

Facebook smileysMereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

Facebook smileysEmpat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

Skype EmoticonsBayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

Facebook smileysPenglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

Facebook smileysRambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

Skype EmoticonsBayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

Skype EmoticonsDeria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

Facebook smileysJantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

Facebook smileysBayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

Skype EmoticonsBerat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

Facebook smileysMendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

Skype EmoticonsBayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

Skype EmoticonsBayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

Facebook smileysBayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Mendidik Sejak Dalam Kandungan


Anugerah Allah Taala kepada perempuan salah satunya adalah, melalui pengalaman kehamilan.


Apabila saat kehamilan berlaku, peranan bakal ibu dan ayah amat penting dalam mencorak kehidupan dan peribadi anak yang dikandungan.
Mendidik anak tentang akhirat dan dunia menjadi tanggungjawab bersama. Tetapi tidak dapat dinafikan hubungan anak dalam kandungan lebih akrab dengan ibu.Segala aktiviti dilakukan bersama-sama.Senonok punya teman tiap masa. Skype Emoticons baby.


Pengalaman pertama bakal bergelar ibu buat aku teruja,dan cuba sebaik mungkin dalam mendidik anak kami.Cuba tunjukkan segala tingkah laku dan gerak langkah yang terbaik untuk dicontohi.Selain selalu bercakap dengan anak dalam kandungan dan dengarkan ayat-ayat suci,aku jugak ada berusaha mengamalkan beberapa perkara tersebut,
nak tahu ape? hehehehe malu pun ada nak bagitahu, aku ajarkan anak dalam kandungan ini dengan A B C dan 1 2 3 Skype Emoticons selain cuba terapkan perkara dibawah sebagai amalan.







Lokasi : Tempat Kerja

Buku Kedua Tempoh kehamilan.
Bakal ibu selekeh dan bermata panda,dek kerana tak cukup
tidur.






Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

Skype EmoticonsBagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
Skype EmoticonsIbu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Skype EmoticonsIbu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
Skype EmoticonsIbu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
Skype EmoticonsKetika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.












Mengidam Nak Makan Bunga Rose !

Assalamualaikum..

Lama gila tak update blog ni.
Sekarang dah masuk musim NOVEMBER RAIN.Udara terus bertukar nyaman.


Usia kandungan Facebook smileysaku pun dah masuk minggu ke 33 atau dalam erti kata mudah dah
masuk 8bulan. Tak tahu la kenapa hari ni rajin pulak nak menaip sesuatu tentang kehidupan
sebagai seorang perempuan mengandung.Mungkin sebab dah "bosan" kot asyik ke klinik je
sekarang.Ni pun baru balik dari klinik untuk RME.


Seronok ke mengandung ni?Facebook smileys
Ermmm adakala seronok sangat-sangat.
Adakala rasa macam biasa-biasa je..
Adakala rasa macam susah =(


Hubungan jarak jauh ni banyak cabaranya, tapi dah jadi trend orang sekarang,bila kawin
tak semestinya duduk sebumbung,dek kerana masing-masing dengan urusan kerja masing-masing kan.. Terpaksala berkorban.


First tahu mengandung pun suami tak disisi,cuma snap gambar dan sent mms tunjukkan result, masa tu perasaan cuma biasa-biasa jer.. tapi suami seakan teruja sangat,mungkin sebab suami dah teringin punya anak.Terus call ucap tahniah, dan paling tak sangka esokkan pagi suami mintak jemput dia kat airport,terus ke klinik untuk buat pengesahan tentang kehamilan.


Dan bermulala kisah-kisah yang kurang menyenangkan, dah mula loya-loya.Muntah bagai,
tak boleh makan nasi,tak bole bau orang masak,tak bole makan pedas,cepat naik darah, cepat merajuk, dan macam-macam la kerenah yang tak dijangka-jangka.
Nasib baik suami faham dan ikutkan je segala kerenah dan perangai aku yang adakala tak masuk akal. Sabar je la. =)


Bak mengidam ni aku rasa takde pun benda yang pelik aku idam kan.Yang aku perasaan aku ni tetiba suka sangat dengan KACANG KUDA,tak kira masa nak makan kacang kuda.
Nasibaik suami layankan je,siap tolong rebuskan kacang kuda,sebab bukan hari-hari ada pasar malam kan.. agak susah jugak cari kacang kuda bila teringin ni.Mengidam nak makan kacang kuda hilang bila masuk 4bulan.. muntah-muntah pun dah kurang.Syukur sangat.


Masuk bulan ke5,start balik dengan perangai pelik.Dan macam-macam dugaan yang aku alami.
Bleeding 2 kali buat aku ngeri,sebab perasaan sayangkan baby dalam kandungan dah mula menebal.Semakin berhati-hati, drive pun slow2 sebab takut baby bergegar. Masa bleeding tu aku drive sorang-sorang dari tempat kerja ke klinik swasta,suami yang jauh dah mula panik,
alhamdulillah semua baik-baik je sampai sekarang.Uri aku pun dah dalam keadaan dan posisi yang sepatutnya,baby pun dah kuat. Bulan ke 5 ni aku ada satu perangai pelik, nak MAKAN BUNGA! suami jauh, nak ngada-gada dengan sape? masa tu suami kat Johor,aku dah ngamuk-ngamuk,nangis-nangis nak bunga. Suami hantar mms gambar bunga,aku marah-marah nak bunga betul,tak ke naya macam tu.. suami suh aku gi kedai bunga dan beli bunga,aku tak nak.. nak suami gak bagi.. Esokkan ada orang kedai bunga hantarkan 7kuntum rose merah ke pejabat, tuhan je tahu bertapa aku ni suka sangat-sangat dapat bunga,tak fikir dah siapa yang kasi,sibuk cium bunga. Bila buka kad tertera nama suami.. lagila aku terharu.Katanya dia usahakan call kedai bunga dengan mencari nombor telefon di internet,dan berjaya.Terima kasih sebab usahakan bunga rose tu.Sayang awak sangat-sangat tau.



Seminggu lepas tu start balik nak bunga.. Suami masih kat Johor,dan suami minta aku ke klinik untuk scan jantina baby kami,katanya 5 bulan waktu paling tepat untuk tahu jantina kerana kedudukan baby sedikit terkangkang katanya.Setelah scan doktor tu cuma cakap "rasa-rasanya" baby aku ni .... Aku pun mula jadi tak yakin sebab doktor tu cakap "rasa-rasanya".
Masa ni suami amik leave seminggu temankan aku,layankan kerenah aku. Suami bawa aku ke Cameron Highland,sampai-sampai je sana, aku nak makan kacang kuda pulak da.. nasib baik ada orang jual-jual macam pasar malam kat atas tu.. selamat la suami aku dari perangai macam-macam yang aku sendiri tak sengajakan =) Masa tu gak suami belikan aku SATU BONET ROSE pelbagai warna! murah,segar dan cantik! Bila suami buka bonet,aku dah menjerit tengok rose,teruja gila.. so sweet.. thanks awak =) 2hari kat Cameron cukup buat aku puas dapat tidur beralaskan bunga!



Sekarang dah 8bulan,masa scan hari tu doktor kat kerajaan jawab dengan yakin je aku dengar,
baby kami GEGURL! suami macam tak terkejut pun, selambar je suami cakap dah tahu dah..
Sebab mana ada BOBOY nak makan bunga rose! kalu boy,mesti mintak bola,tak pun ajak gi tengok bola.. =P Rupa-rupanya suami baca segala kerenah aku bukan sekadar permintaan dan kerenah kosong. Sukala tu nak dapat baby gurl.. Suami memang nak kan gurl.. Tapi bagi aku mana-mana pun tak ape,janji sihat dan selamat semuanya nanti.
Skype Emoticons


Due date aku 4/1/12 agak-agak sempat masuk tahun baru ke tak ek?
Okla nak sambung kerja pulak,baby aku dah siku- siku marah curi tulang gamaknya =)

Salam.

Skype Emoticons