Pages

Trend Terkini Mencari Pasangan

Assalamualaikum, lama sungguh tinggalkan laman blog ini.
Pagi ini ada sedikit kelapangan masa untuk berceloteh tentang kehidupan semasa hari ini. Kehidupan dan kebiasaan hari ini tentang memilih pasangan yang berduit, kaya, mempunyai pekerjaan yang mampu mewahkan diri atau mungkin anak orang kaya.

Kalu ada kelebihan rupa yang cantik dan body yang mantop, tidak sukar untuk memilih pasangan yang kaya kerana lelaki mudah tertarik dengan perhiasaan dunia ini.Perempuan pulak kalu memang tak nak hidup susah ini la cara dia untuk miliki kesenangan dengan cara mudah, pantas dan licik. Teruk!. Rupa lelaki bukan lagi kayu ukur utama, tetapi kayu ukur utama adalah berduit dan sikap sanggup melabur duit untuk dirinya.Busuk!.


Ada jugak sesetengah itu, siap main gilir-gilir teman lelaki dengan adik beradik perempuan lain, dengan ertikata lain, setelah si kakak putus dengan teman lelaki yang kaya ni , sebenarnya ayah yang kaya bukan anak tu pun, anak tumpang sennag bapak la, selepas putus cinta dengan lelaki ini, diperkenalkan pulak kepada adiknya..dan dengan sebab berkepentingan dan setelah tahu cara untuk melemahkan lelaki ini untuk tunaikan segala permintaan, jadi la di adik ini kekasih baru kepada lelaki itu. Pelik!

Macam orang tak ada perasaan malu pulak.Kahkahkah..

Kepada diri sendiri (ops! lupa saya isteri kepada suami, so tak termasuk la =) ) dan kaum perempuan,jagalah adab, jagalah maruah diri , jangan disebabkan mahu senang cepat soal maruah dan harga diri menjadi mainan.


Banyak sangat kejadian sebegini sekarang. Cari duit cara halal dan dengan usaha sendiri lagi seronok .Orang pun hormat.

Semoga fenomena ini tidak berterusan, tak comel lihat perempuan cantik gebu berjalan berpelukan dengan boyfriend yang muka dah berkudut dan kecut.Nampak sangat sebab duit kan,jarang sebab ikhlas nya :p