Pages

5 Yang Kita Cari


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2-
فلوس بالملاين
2: Duit yang banyak

3-
صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4-
اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya

5-
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan
--------------------------------------------------------
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
Sabda Rasulullah saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
~~ Sampaikanlah daripada Rasulullah saw itu walaupun satu ayat~~

"eh,dear tali bra honey terbukala...pls pasangkan

Mood menulis : Damai + Gelak Sinis Kepada Seseorang


Semalam adakan pesta buih kat satu lokasi yang terpaksa dirahsiakan demi mengelakkan dari insan yang mungkin cuba-cuba untuk memesrakan diri dengan pesta buih.

Pesta yang seronok!
Bukan lucah!

Pesta untuk orang yang ingin mencari damai dunia.Ingin meringankan bebanan fikiran.Sesuai untuk insan yang sedang dilamun ombak "kebodohan".
Tapi kebodohan itu bukanla bermaksud aku suka makan otak udang!
Udangla sesiapa yang mengudangkan aku.
Tak tergamak rasanya untuk aku udangkan kawan-kawan,walau hakikat mencari sebuah kehidupan.Terasa hina bila mengudangkan perkataan sahabat kerana kepentingan peribadi yang tak seberapa hebat itu.Keji.

Korang pernah tak mengudangkan sahabat atau korang diudangkan oleh insan yang bergelar kawan? Aku rasa ini soalan biasa tapi aku yakin cerita disebalik itu yang luar biasa.

Kawan walaupun mudah dicari tak seperti perkataan sahabat,namun perkataan kawan itu jugak mempunyai kekuatan yang halus.Aku lebih suka gelarkan kawan pada insan yang baru aku kenali,dengan penuh keikhlasan sila percayakan aku disini,dan cuba menjadi dan berperanan seperti seorang kawan biasa yang aku kenali bertahun-tahun.Tapi hari ni,aku mula gelarkan orang yang baru aku kenali sebagai insan singgahan yang tak pernah berstatus dalam diri aku.Aku bersebab.Aku tak keji,tapi aku kedengaran agak kejam disitu.Biarkan.

Ok,berbalik pada pesta buih tadi.Sedang asyik melayan perasaan,menikmati setiap nikmat yang terhidang hati jadi gundah,perasaan mula gelora.Kenapakah?
Disini tiada insan berbogel,tiada insan menyeksikan diri dengan mendedahkan segala bonjol-bonjolan yang dimiliki.Setelah diperhatikan,diusah,di intai memang tiada pun insan yang boleh menaikan gelora dihati.Tetapi mengapakah sekali lagi hati aku bebicara disitu.Pelik.

Aku insan yang mudah geli.Takut dengan "benda" yang lembik.Mungkin sebab itu kot hati aku mula gelora,otak aku mula fikirkan yang bukan-bukan.Terasa ada sesuatu yang seolah-olah mengesel-gesel dibadan aku.Celaka.Permainan kotorkah.Atau "binatang" apakah yang cuba mengoda keimanan aku.Perlukan aku melayan perasaan seperti anak muda lain.Asyik dengan dunia sendiri hinggakan tanpa sedar membiarkan tali bra biru yang berrenda-renda hanyut membelai badan aku! sungguh celaka dan lalai insan yang memiliki tali bra biru berenda-renda tersebut.Kerana tali bra yang hanyut tersebut membuatkan aku melayan otak berdialog begitu lama.

Aku,nasihatkanlah pada si gadis-gadis yang suka sangat pakai bra yang pesen tali bole buka tu,
tolong jaga tali bra korang elok-elok.Jangan ada kejadian sebegini lagi.

"eh,dear tali bra honey terbukala...suara merengek,tolong pasangkan sekejap dear.."
Lokasi kejadian : Restoran mamak berhampiran Seri Putra.

"bikin keras saje "


Jari Tengah Bersimbol Bulat

Bila berkerja dengan rakyat dari negara china..

Selalu menggunakan bahasa isyarat berikut
yang sangat digemari,pantas dan cekap.

Isyaratnya..
*
*
*


*
*

*
*

*
*



*
*
Angkat jari tengah dengan menggunakan tangan kiri,
dan membuat simbol bulat menggunakan ibu jari dan jari telunjuk di tangan kanan
dan dengan pantas memasukkan isyarat jari dari tangan kiri ke isyarat tangan kanan.

Sopan bukan?

Tahukah anda apakah maksud menatang alah tu?
Sila pas jawapan pada aku jugak,andai kamu pandai!

Mat Rempit Bertempik Dijalanan!

~Bismillah~

Masa aku menaip ni,hati dan perasaan aku dah co0l,dari segala sumpah seranah kepada sekelompok mat motor di Terengganu.Tak melampau kalu aku labelkan sebagai KURANG AJAR.
Aku bukan sengaja melabelkan mereka dengan perkataan tersebut.Aku punca cerita yang sering kali berulang,berlaku.

Semalam,hari sabtu menjadi hari minggu bagi penduduk di Bandaraya Terengganu.
Aku salah seorang insan yang menetap di Kuala Terengganu semalam.
Aku juga ingin mengambil kesemua peluang ruang masa untuk di isi dengan aktiviti beriadah.
Menghilangkan penat lelah di otak,serabut dihati.

Petang sabtu,aku keluar dengan sekuter egoberwarna merah aku untuk ke track untuk jogging.
Sampai ditrack aku ditemani seorang kawan memulakan aktiviti beriadah.Jogging.Berjalan.Melompat.Mengumpat.Hampir sejam kami berjogging,kami berdua mengambil keputusan untuk pulang setelah jam menunjukan angka 7pm.Aku pun start sekuter ego aku untuk pulang ke rumah aku.Damai.Hari dah petang.

Sampai satu simpang jalan utama Kuala Terangganu - Kuala Berang perasaan damai tadi mula hilang.Mata mula menangkap ratusan motor mula berkumpul sambil melakukan pelbagai aksi berani mati.Deruman enjin motor membuatkan aku ketakutan.Aku sememangnya alah pada benda yang menghasilkan bunyi yang kuat.Keadaan disepanjang jalan menjadi kelam kabut dengan mat rempit yang menunggang secara tidak berhemah dan menunggang sesuka hati melawan arus.Suasana kurang ajar tidak hanya berakhir disitu dan dengan cara itu.

Bayangkan,mat rempit mula menujukkan sikap berani mati dan nyawa tiada harga, apabila mencabar pengguna jalan raya yang lain dengan melanggar lampu isyarat yang memberi isyarat jalan untuk membelok ke kiri atau kanan ,tapi dihalang oleh mat rempit dengan menunggang tanpa memikirkan erti lampu isyarat yang bertukar merah di jalan lurus. Kelihatan kereta-kereta mula menperlahankan kenderaan masing-masing mungkin kerana memikirkan risiko yang bakal diterima andai meneruskan perjalanan.

Disepanjang jalan umpama berlangsungnya rakaman filem lagak ngeri.Sungguh menyedihkan apabila melihat "gadis-gadis" sanggup bertenggek diatas motor seperti merelakan nyawa mereka menjadi tarungan.Kenapakah "gadis-gadis" secantik mereka tidak menggunakan kepala otak untuk berfikir? Kenapa mereka lebih suka menggunakan kepala lutut untuk berfikir dalam melakukan tugasan harian.Adakah salah ibu mengandung? Ada salah anak berlagak bangang?

Kejam ke kalu aku mendoakan agar mat rempit yang meyusahkan pengguna jalan raya yang lain denagn medoakan agar berlakunya kemalangan semasa mat rempit menunggang motor menggunakan satu tayar dijalan.Gila Kurang ajar.Andai Tuhan tetapkan mereka terlingkup, mencium jalan sumpah aku akan tolong gelak!...

Anak melayu kita sering silap tempat menunjukkan kelebihan,keberanian.Kenapa tidak buktikan melalui cara yang meguntungkan diri sendiri?..

Majulah kepala lutut mereka demi mencium jalan!

Kakitangan Aku yang Berjasa

Sini 'aku' nak tanya korangla,
korang pernat tak sibuk tahap gaban? tak kirala sebagai suri rumah atau pun sebagai kuli pejabat macam aku ni,yang penting ada perkataan sibuk terlampau hingga kaki juga dipaksa untuk bertugas!

Sumpah! perkara diatas aku tak bohong.Aku alami sejak kebelakangan ni.Serius aku terpaksa memaksa kaki aku untuk berkerjasama dengan aku.

Kalu korang boleh tengok kedadaan keadaan aku mesti korang simpati.
Sungguh simpati.Dengan perut menyanyi lagu keroncong tangan dan kaki masih lagi bersemangat menjalankan tugas yang diamanahkan.Disitu nampak aku ikhlaskan berkerja kerana ALLAH.
Kalu aku tak cakap macam tu,sape lagi nak cakap kan.. Nak nanti si ima gediz, si kerek comel ,atau si cun melecun? haram tak de nya..

Aku jarang-jarang sibuk tahap gaban macam ni.Sebab sebelum ni aku lebih suka menyibukan diri dengan perkara-perkara yang lebih baik dari sekarang!.

Kaki! cepat jalan ke mesin potostat!
Begitula cara aku memaksa kakitangan aku berkerja.Kaki aku pulak memang patut di berikan pujian,dan upah yang setimpal.Tadi kaki aku telah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas dengan menyepak meja bos yang suka melesapkan diri!..
Kaki aku menjalankan tugas tersebut semasa ketiadaan bos.Aku tabik la dengan kaki aku yang rajin dan penuh kerjasama ni..Berani sungguh.

Okla aku nak sambung buat kerja lagi..
Audit nak datang ngorat aku! Benci!Soal menyoal lagi dan lagi nanti.
Apa guna?


Cerita : Aku tak suka ulang benda yang sama dua,tiga,empat puluh kali!
Aku tak suka paksa diri atau paksa diri orang.
Sila Hormati.
Sekian.