Pages

Hati Sering Berbisik


Erti sebuah harapan..

Tiap saat hati sentiasa berbisik,
Sentiasa berpesan,
Sentiasa inginkan itu dan ini.

Tiap saat hati berlalu petah,
Lantang kabarkan hasratnya,
Memekik menceritakan harapan.

Semakin hari harapan semakin segar,
Segar apabila sering disiram,
Indah apabila putik mula muncul,
Putik tidak pernah tunjukkan dirinya akan berbunga,
Tapi hati selalu yakin,
Mungkin belum masanya.

Hati masih mangharap.
Terlalu yakin dengan harapan.

Hari ini hati mula berbisik,
Hati tidak mahu lagi memeluk perkataan itu.
Hati seakan pasrah.
Tetapi tetap merasakan keperitannya.

Hati selalu degil.
Tak pernah ambil peduli nasihat.
Hati lupa yang dia tak perlukan harapan.
Hati lupa,
Kerana harapan dia akan hancur.

Saat hati mula mengeluh,
mungkin kian penat,
mungkin makin sedar,
mungkin sudah letih menunggu.

Hati,
dengarlah kataku,
Berhentila mengharap..
Berjalanla tanpa henti.
Melangkahla penuh yakin.
Jauhila sikap merosakan hati.

Hati,
Dengarla nasihatku,
Janganlah pernah mengeluh.
Sikap mengeluh mu akan melunturkan kasihnya.

Hati,
Dengarla..
Aku berbisik padamu tiap saat.
Hati.kamu mesti yakin.

Hati,
yakinlah pada aku.
Bukan perkataan mengharap itu.

Hati,
kembalila padaNya.
Yakinlah Dia akan tolong ubati kamu.
Jangan mengeluh!



Nota :

Ketika hati sering mengeluh dengan
dugaan dan masalah yang di kurniakan,
tanpa kesabaran hanya merungut,
sedangkan untuk menyelesaikan masalah
tersebut semudah
membuka ikatan tali.

Pesan Cikgu



Bagus bagi kat budak-budak malas ni..
Kasi perli dalam lawak.
Biar depa belajar bersungguh.

Moral: Dengar pesan cikgu,
belajar rajin-rajin.Jangan Jadi seperti di atas

Tak Semua Yang Gemuk Itu Huduh.



Dah mengelebel dah kulit menatang ni..



Yang ni pulak aku syakla,
tuan dia terlalu manjakan dia sgt..
main bagi makan jer.. last-last
obes terus.
Tuan dia pun macam tak larat jer dukung dia.



Yang ni pun obes.. tapi bagi aku chubby .. comel.



Si anjing ni pun aku tengok semput gila jer.
Nak kejar pencuri pun tak larat ni..



Patutlah semua zirafah jaga badan..
buruk benor kalu obes..



Si Arnab ni comel jer kalu chubby..



Beruang ni pulak tak cun langsung..
muka gila semput jer aku tengok..



Ni pulak orang yang tak berapa ada kerja..
Buatnya terlanding atas kepala budak tu tak ke naya..
Si mak budak pulak sanggup pulak bagi anak jadi model.



Ni pulak aku no comment..



Yang ni korang test mata korang,try tengok
dari jauh..
Korang tengok la apa yang korang nampak


p/s: Entri malas.

Gambar Hangat Ariel & Luna



Gambar Luna dan Ariel yang

di berjaya oleh dirakam
oleh lens seorang sahabat.


Amaran keras!

Melihat gambar prono adalah HARAM
di sisi islam.


Kesanya amat buruk dalam diri.




Jom terjah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








Moral : Jangan sesekali pasang niat nk tengok prono.
Gelap hati,tumpul minda,bala menimpa,
sempit rezeki.Ingat tu.

Jangan maki aku.Aku pun kena beb


Dialog kosong yang jadi kenyataan.

Sedih menyentuh hati.

Dua orang sahabat yang berkawan hampir 20 tahun.

Berlainan bangsa,agama dan fahaman hidup,
tapi mempunyai satu matlamat yang sam
a,
iaitu mencari rezeki untuk keluarga.

Dialog sering diulang,diucap
sebelum meninggal.

Kawan : Adam,kalu saya meninggal kamu mesti pergi ziarah.

Ayah :
senyum. Entah-entah saya yang meninggal dulu.

Kawan :
Diam. Tapi kalu saya meninggal kamu mesti datang tau, boleh jumpa kawan-kawan saya yang ramai.

Ayah : ok.


Kawan : Kamu makin kurusla Adam,kamu sakit ke?

Ayah : Saya ada kencing manis sekarang,lagi pun saya dah tua.

Kawan : Nanti saya carikan ubat yang bagus untuk kamu. Orang
cina banyak ubat yang bagus-bagus.

Ayah : Tak payah la..susah-usah jer.. saya dah makan ubat hospital.

Kawan : Saya harap saya akan meninggal dulu sebelum kamu. Sebab susah saya nak cari kawan sebaik kamu nanti. Susah saya nanti.

Ayah : Soal kematian kita tak boleh jangka. Dalam islam benda tu satu keyakinan,mati itu pasti.Entah-entah saya yang meninggal dulu.

Kawan : Jangan! Saya selalu harap saya akan meninggal dulu.


Perbualan terhenti disitu..


Petang semalam ayah sampaikan khabar kematian
kawan baiknya.Kematian yang mengejut,tanpa sakit.
Lusa kawan ayah janji nak jumpa ayah.
Tapi tak kesampaian.
Walaupun berlainan bangsa,tapi kata ayah dia tak pernah
cemburu melihat rezeki ayah adakala melebihi dia.

Tak pernah lokek soal duit dan ilmu.

Saya melihat kesedihan dimata ayah,walaupun tak menangis
tapi saya tahu dia sedang bersedih.

Saya jugak melihat ketulusan dua insan ini berkawan.
Ikhlas.Itu penilaian saya buat ayah dan sahabatnya.
Walaupun ayah agak islamik tapi dia terbuka.


:: Ayah cakap impian dia jadi kenyataan untuk "pergi" dulu sebelum ayah,
selepas ini mungkin giliran ayah ::



Cerita berdasarkan cerita ayah semalam