Erti sebuah harapan..
Tiap saat hati sentiasa berbisik,
Sentiasa berpesan,
Sentiasa inginkan itu dan ini.
Tiap saat hati berlalu petah,
Lantang kabarkan hasratnya,
Memekik menceritakan harapan.
Semakin hari harapan semakin segar,
Segar apabila sering disiram,
Indah apabila putik mula muncul,
Putik tidak pernah tunjukkan dirinya akan berbunga,
Tapi hati selalu yakin,
Mungkin belum masanya.
Hati masih mangharap.
Terlalu yakin dengan harapan.
Hari ini hati mula berbisik,
Hati tidak mahu lagi memeluk perkataan itu.
Hati seakan pasrah.
Tetapi tetap merasakan keperitannya.
Hati selalu degil.
Tak pernah ambil peduli nasihat.
Hati lupa yang dia tak perlukan harapan.
Hati lupa,
Kerana harapan dia akan hancur.
Saat hati mula mengeluh,
mungkin kian penat,
mungkin makin sedar,
mungkin sudah letih menunggu.
Hati,
dengarlah kataku,
Berhentila mengharap..
Berjalanla tanpa henti.
Melangkahla penuh yakin.
Jauhila sikap merosakan hati.
Hati,
Dengarla nasihatku,
Janganlah pernah mengeluh.
Sikap mengeluh mu akan melunturkan kasihnya.
Hati,
Dengarla..
Aku berbisik padamu tiap saat.
Hati.kamu mesti yakin.
Hati,
yakinlah pada aku.
Bukan perkataan mengharap itu.
Hati,
kembalila padaNya.
Yakinlah Dia akan tolong ubati kamu.
Jangan mengeluh!
Nota :
Ketika hati sering mengeluh dengan
dugaan dan masalah yang di kurniakan,
tanpa kesabaran hanya merungut,
sedangkan untuk menyelesaikan masalah
tersebut semudah
membuka ikatan tali.













