Pages

Apalah Gunanya Aku Hidang Sedap-Sedap Tapi Tak Dijamahnya

Apalah gunanya Nikon D90 yang
di impi-impikan sebelum ini,
walaupun kini menjadi kenyataan
tapi aku hampeh buta penggunaanya.

Apalah gunanya telefon bimbit sampai
2,3 dan 4 kalu time membayar bil
telefon selalu gagap tersasul-sasul.

Apalah gunanya duit,
kalu kedekut lebih dari haji bakhil.
Andai duit boleh ku bawa ke kubur,
pasti aku mencari kekayaan mengalahkan
jutawan pokke.

Apalah gunanya cantik,
kalu semua baju kian sendat.
Lemak berlipat-lipat, jalan kian terkangkang.

Apalah gunanya pc yang telah dikuasakan
menjadi power rangers kalu aku tak taip entri petang ini.
Apalah maknaya aku berkerja hari ini kalu tidak
berbelog dan bermuka buku.

Apalah gunanya pekerja macam aku,
kalu tak habiskan elektrik pejabat.


entri cis,cis dan cis
macam sampah!

Aku tension,
aku sangat sibuk,
aku nak gi kursus potogaper







Kalau Berpacaran


Entry pendek.

Bukan isu penyokong-penyokong
Kelantan atau Selangor.
Al-Fatihah untuk arwah.

Sekarang isu putus cinta.
Musim mengawan sudah tamatkah?
Bukan ke baru nak mula?

2,3 bulan yang lepas musim mengawan bagi mereka.
Penuh bunga-bunga cinta
terpapar kat wall mukabuka.

Semua aktiviti diceritakan dan dikongsikan.
Jelek.
Terlalu menayang buah hati masing-masing.
Bergambar bagai suami isteri.
Dedahkan segala kemesraan pada umum.
Luahkan segala kata-kata cinta.

Cis dan cis betul sikap itu.
Bukan aku cemburu,tapi
aku cuak dengan keadaan itu.
Penat mata aku memandang.
Tak pandang ia kawan. Bila pandang cuak lagi.

2,3 hari lepas musim mengawan tamat.
status "single"
wall " tinggalkan aku sendiri"
bermulala dengan kata-kata yang menburukkan
dan menafikan tentang bahagia milik mereka 2,3 bulan
lepas yang sudah.

Bukan aku nak bertepuk tangan.Tapi sikap
itu menampakkan yang diri kita terlalu mudah
diperhambakan oleh cinta.
Sikap menafikan tentang cinta itu juga
sesuatu yang tidak wajar.

Buang semua gambar aku dan kamu.
Tiada lagi istilah sayang kamu sampai mati.
Sekarang lu boleh pergi mampus je yang terpampar.

Hati-hati dalam menitip kata cinta.
Jangan terlalu leka dengan cinta dan terlalu bangga
tunjukan pada umum kemesraan anda itu.
Haram.
aku pesan jer




Aku Bangga Bila Dia Senyum


Mood : Bangga beb!

Sebab : Hadiah saya mampu gembirakan hati kekasih saya.
(hanya seutas jam tangan)

Name Tag Kekasih : Pa..

<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Saya bangga bila saya dikatakan mampu mengembirakan
hati insan bernama ayah.

Kasih ayah ku kelek-kelek,
Kasih emak ku junjung-junjung.

Sekian =)

Berkerja Atas Katil Lagi Masyuk dari di Pejabat

Selamat berkerja semua.

Pagi ini gua nak cerita sikit tentang kehidupan
gua sebagai seorang kuli swasta.

Sebelum tu gua nak bagitahu,yang kerja gua
sebagai kuli swasta di siang hari adalah
kerja gua full time.
Malam hari guabuat part time atas katil.
Gila penat kerja part time.
Banyak guna tenaga dalaman.
Sumpah gua tak pernah tipu.

Kerja gua full time sangat rilek.Tak banyak guna otak kiri pun.
Cuma guna jari menaip perkataan FORUM 18SX
dan sewaktu denganya.
Masa masuk kerja dulu,bos gua pernah letak peraturan
yang agak ketinggalan pada hemah gua.

Masuk kerja jam 8am dan boleh balik jam 5pm.
Minggu pertama gua pejam mata ikut arahan bos gua.
Tapi sekarang selamber jer gua akan sampai paling awal
jam 8.30am.Dan akan keluar breakfast jam 9am-10am.
Tapi sekarang gua lebih sopan.Gua tak curi lagi masa untuk keluar breakfast.
Gua dalam proses ganti puasa.
http://www.emocutez.com

Pagi-pagi gua masuk pejabat,on pc.
Tangan laju tekan mozilla firefox.Langsung tak rasa bersalah.
Gua akan check email,kot-kot ada yang mintak gua buat
kerja atas katil malam ini.
http://www.emocutez.com
Masyuk sikit.
Nak harapkan gaji dari kerja full time tu sakit sikitla.
Lagi pun gua tak beranila nak mintak naik gaji.
Sebab gua perhatikan jadual kerja gua longgar gila.

Pagi-pagi gua masuk forum 18sx sampai jam 11am.
Pastu gua sambung lepak belog cap ayam gua dan
usha-usha belog cantik dan ensem milik korangla.
Sudah bosan usha belog gua tibai masuk facebook.Macam hampeh jer
facebook gua,main sorok-sorok,list friend pun boleh bilang
guna jari kaki.Sikit.Semua bukan kenal gua secara alam nyata.
Sebab? sebab gua tak dibenarkan berfacebook lagi selepas mukabuku gua di hack
bagai Lisa Surihani.

Hari-hari gua tak sibuk.Gua sangat seronok kerja macam hampeh ni.
Otak gua kian beku.Tapi jari gua pulak makin ligat mengatal di keyboard.

Bos gua tak tahu kegiatan gua sehari-hari kat pejabat milik dia.
Sebab bos gua dah lupa jalan nak ke pejabat dia sendiri.
Selalu gua terpaksa jumpa dia di tepi pantai untuk segala urusan pejabat
seperti tandatangani cek bernilai 4Juta.
http://www.emocutez.comItu pun jarang-jarang gua berjaya buat urusan
sebegitu,sebab gua lebih leka dengan forum 18sx.

Semalam budak baru masuk kerja tanya gua,
"bos mana?"
Selamber jer gua jawab
"dalam telefon"
Gua nampak dia seakan cuak dengan jawapan gua.
Bukan gua tipu pun.. dah memang bos gua dalam telefon.
Segala urusan hanya menggunakan telefon sahaja.
Ada 2 pilihan samaada untuk buat panggilan atau sms sahaja.

Gila cuak la pengurusan tempat gua kerja ni.
Gua pun pelik.Projek masyuk,tapi pengurusan macam sampah.
Gaji gua pun depa tak segan-segan bagi secebis jer..
Bagus lagi gua kerja atas katil.On pc, buat drawing.
Sekali buat gua dah dapat dalam RM 500 untuk drawing dan design yang mudah-
mudah .Amik masa dalam 4 - 5 jam jer.

Tapi gua tak akan berhenti makan gaji buta disini.
Sebab gua ikhlas berkerja kerana Allah swt.

Siapa-siapa yang rasa nak join tempat kerja gua
boleh isi borang .
http://www.emocutez.com

Malaikat Maut Dan 7 Kali Sehari

Kitab As-Suluk menerangkan bahawa Malaikat Maut (Israil) mempunyai ranjang di langit yang ketujuh. Dan dalam riwayat lain mengatakan di langit yang keenam. Ia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap. Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut.

Tiada satu makhlukpun yang terlepas daripada pengawasan dan kekuasaan tubuhnya. Jumlah wajah, mata, tangan dan telinganya menurut ramainya para manusia.

Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang searah dengan manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat. Jika satu nyawa meninggal, maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari tubuhnya. Begitulah juga semua mata-mata yang berada di tubuhnya akan musnah satu persatu mengikut bilangan nyawa yang telah dicabutnya sehinggalah kesemua makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil, Mikail, Jibril, Izrail dan Hamalatul Arsy.

Dikatakan dia berwajah empat, satu wajah di muka, satu wajah di kepala, satu dipunggung dan satu lagi di telapak kakinya. Dia mengambil nyawa para nabi dari wajah kepalanya, nyawa orang mukmin dengan wajah mukanya, nyawa orang kafir dengan wajah punggung dan nyawa seluruh jin dengan wajah tapak kakinya.

Sebelah kakinya berada di jambatan neraka dan sebelah lagi di Syurga. Andaikata dituangkan seluruh laut dan sungai ke atas kepalanya, nescaya tidak akan jatuh walau setiitk airpun ke bumi menunnjukkan betapa besarnya jasadnya.

Malaikat Maut telah bertanya kepada Allah SWT tentang cara mencabut nyawa seseorang itu katanya : “Wahai Tuhanku, katakanlah kepadaku bagaimanakah akau hendak mencabut nyawa seseorang itu dan dalam keadaan yang macam mana ?”

Allah SWT menjawab : “Wahai Malaikat Maut, ilmu itu adalah asing sekali. Tiada siapapun yang mengerti kecauli Aku tetapi Aku akan memberitahu kedatangan waktunya kepadamu dan Aku buat tanda-tanda kepadamu yang berdiri padanya”.

Menurut Kabil Akbar katanya : “Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut.

Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari.

Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akan mendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapat kebahagiaan.

Untuk mengetahui tempat ia mati pula, Allah telah menciptakan malaikat Arham yang akan diperintahkan untuk memasuki sperma yang berada dalam rahim ibu dengan debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan mati dan di situlah kelak ia pasti akan menemui ajalnya.


Sekurang-kurangnya 7 kali sehari

malaikat maut datang ziarahi kita..