Pages

Merampas Dan Dirampas

Merampas dan dirampas.
Dua-dua menggunakan perkataan RAMPAS.



MERAMPAS.
Merampas adalah sebutan bagi suatu keadaan dimana hak seseorang di ambik
secara tidak patut,atau bukan dengan perkataan rela.


DIRAMPAS.
Dirampas pulak di gunakan bagi sesuatu keadaan apabila hak kita
di amik oleh orang lain,dengan cara 'licik' atau tanpa kerelaan.

Dalam dua situasi diatas,DI RAMPAS atau MERAMPAS lebih perit?
Tentu sekali yang dirampas kan?
Tetapi pernah tak kita terfikir insan yang dirampas jugak ada kilaf dalam
hal 'barang'mereka dirampas?


Dalam situasi berumahtangga, perkara ini seringkali menghantui sekalian pasangan,
tak kira mudah atau tua.
Dalam rumahtangga dirampas dan merampas sering kali dikaitkan dengan
poligami.Perkara yang perit untuk diterima dengan rela dan redha.




Poligami adalah perkara yang menakutkan dalam rumahtangga.Kenapa berlaku
poligami? Jawapanya ada pada diri kita sendiri.Sebagai isteri tak mungkin
kita canangkan pologami itu sebagai JODOH.
Tetapi bagi pihak yang merampas,mereka suka LABELkan sebagai JODOH.
Perkara yang tak mampu dielakkan.



Semudah perkataan J.O.D.O.H mereka yang merampas menjawab.Kenapa mereka
terima segalanya? Kerana mereka dipihak merampas.


Merampas dan dirampas dua perasaan dan rasa hati yang amat berbeza.
Sukar dia luah dek kata-kata jika kita belum laluinya.Moga-moga diantara kita
tidak ada perkataan merampas dan dirampas dalam kehidupan,amin.



Soal JODOH dia alam percintaan baru sesuai kita mainkan perkataan JODOH, tetapi
dalam rumahtangga,jangan sesekali kita menggunakan perkataan itu sebagai alasan.
Memang Islam benarkan poligami,tetapi sejauh mana anda mampu berlaku adil?



Aku yakin insan berpoligami hidupnya tak damai,kerana terpaksa mencipta alasan
tiap saat dan ketika.Berbohong menjadi rutin harian mereka.
Di mana damai bagi insan ini?
Sebelum ingin bermadu dan dimadu sila fikir 101 kali.Banyak pahit dari manisnya madu.
BANYAK LUKA DAN MELUKAI.
Fikir-fikirkan.




wB:

Jangan bina kebahagiaan
atas
dasar penderitaan insan lain.

Rahsia Kemulusan Kulit

Rahsia Kemulusan Kulit.


Siapa tak nak kulit cantik bersih kan..Zaman sekarang tak kira lelaki
atau perempuan tak kira jantina dan golongan,semua sukakan
kecantikan dalaman dan luaran.



Adakala kita cemburu bila melihat kulit orang lain mulus,pulus,gebu
dan bersih.Betulkan?
Mulala kita nak selidik dia tu pakai produk apa ek,makan vitaman apa?
Memangla benda alah tu semua sedikit sebanyak membantu untuk menyihatkan
kulit kita..Tapi belanja dia agak besar.Untuk beli vitamin setidak-tidaknya perlukan
RM 1++ .00 dalam sebulan.

Ada ke cara mudah dan murah untuk muluskan kulit?
Ada! Tak perlu belanja besar,cuma perlukan kerajinan dan konsisten dalam
hal ini.Nak tahu dengan cara apa?
SUSU TEPUNG! yap! susu tepung.



Bagaimana susu tepung ni membantu memuluskan kulit?
Ok sekarang korang pergi beli susu tepung,bagi yang tak ada susu tepung.
Susu pekat manis tak main ok.Setelah ada susu tepung tu bolehla
korang masuk bilik mandi untuk aktiviti melulur tepung susu ke seluruh badan.
Caranya cukup mudah,korang amik sedikit susu tepung agak-agak dapat lulur satu badan,
dan masukan sedikit air,jangan bagi cair,kepekatan dia ala-ala nestum baby gitu..
pastu korang bolehla start menyental badan korang dengan tepung susu tadi.


Ala macam korang buat lulur la.Dah habis sental korang biarkan la dalam 5min.
Selepas tu korang boleh la bilas dengan air bersih dan mandi macam biasa.
Sedikit melekitkan? sabunkan macam biasa.

Tak susah pun kan untuk dapatkan kulit mulus.Korang lakukan sebulan 2,3 kali dah cukup dah.
Aku lakukan sebulan sekali je.. curi susu Anlene ayah =)
Kulit korang akan jadi putih bersih dan lembut ,kalau korang rajin amal.
So selamat beramal.Modal cuma sedikit susu dan lebihkan rajin je =)



wB says:

Kulit aku licin,korang jangan jeles..
Kalu korang nak kulit macam aku,sila
tiru gaya aku =)

bye

Rasopariso



"Tak perlu mendabik

Dadamu yang sempit
Tunduk bak padi
Semakin berisi
Merendah tiada rugi
Dunia pun senang hati
Larilah ke depan
Mengejar impian
Hitam yang semalam
Jadikan sempadan"


Whitebird :
Benarkah RASOPARISO itu bermakna BAIK BUDI?

Menu Otak Kerbau!


Salam semua..

Hari ni nak tanya pasal kerbau,boleh?
Semua kenalkan binatang apakah kerbau itu.


Kerbau ni pun terdiri kepada dua kategori kan,satu katogeri liar dan satu lagi
katogeri belaan.
Tapi orang sekarang semua guna kerbau belaan kan untuk buat kenduri kendara.


Kalu aku tanya korang,selain daging kerbau apa lagi orang makan?
Yang orang lain jarang makan,atau mungkin tak pernah di makan orang.
Siapa-siapa ada pengalaman menarik bolehla kongsi.


Macam aku pernah lalui saat TERKEJUT BERUK, bila tengok orang masak
OTAK KERBAU! seketul macam otak manusia,siap nampak ketul-ketul,berurat macam
usus tu.Sumpah geli tekak aku.Aku bukan nak perlekehkan makanan itu,tapi aku memang
betul-betul terperanjat lihat hidangan itu.
Selain dihidang OTAK KERBAU,LIDAH DAN MATA jugak jadi hidangan istimewa.
Memang aku akan ingat sampai matila hidangan itu.
Aku tak sentuh sikit pun hidangan itu. Kalu kalu orang NAK TRY tak hidangan tu?





whitebird says:

Hidangan belangkas sedap ke?
bukan makruh ke?


BN Youth Job Fair 2011


Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda?
Jom serang PWTC.



Mencari pasangan hidup tak seperit mencari pekerjaan pada zaman sekarang.
Kalau nak cari pasangan hidup tak la terlalu tertekan sebagai mana mencari sebuah
pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan setimpal pulak imbuhan gajinya.
Soal kelayakan bukan persoalan bagi rakyat Malaysia sekarang ini,kerana
dah berlaku lambakan orang bijak pandai dalam Malaysia.




Tetapi kenapa masih ramai graduan menganggur?
Adakah mereka ini terlalu memilih perkerjaan?Terlalu mementingkan imbuhan
semata-mata?
Aku rasa agak wajar kalu mereka SEDIKIT mementingkan imbuhan,berpadanan
untuk mereka membayar balik segala pinjaman PTPTN mereka semasa belajar dahulu.
Berpadanan untuk memberikan keselesaan pada mereka dan ibubapa mereka.
Tapi janganla terlalu demand sangat,sampai anda sendiri tak dapat sebarang hasil.
Rugi kan..




Aku sendiri pernah stress dalam mencari pekerjaan yang sesuai dan setimpal dengan
kelayakan.Adakala aku terfikir jugak kenapala susah sangat orang malaysia nak
dapatkan perkerjaan.Kenapa di utamakan orang asing.
Hari itu aku hanging soal gaji pembantu rumah,aku tak nafikan keringat mereka
dalam menguruskan kerja-kerja rumah.
Tapi adilkan mereka,makan,tempat tidur semua free,tapi macam aku ni semua berbayar.
Rumah,makan,minyak kerete untuk ke tempat kerja.. Mereke dapat free je.. tapi masih di bela.





Program BN YOUTH JOB FAIR yang sedang berlangsung sekarang di PWTC,
bapak ramai orang serbu.Semalam aku tengok berita,statistik no bagi kekosongan
jawatan yang ditawarkan adalah 20 ribu kekosongan sahaja, tapi kehadiran
manusia yang mengharapkan pekerjaan adalah 500 ribu !
oh my god!!
Bernasib baik kah kita? Sama-sama doakan rezeki memasing.



Jelas,peluang yang ditawarkan masih belum mampu menampung kehendak yang
meminta.Tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar pengganguran sekarang.
Berusahala lebih gigih.



Apply kekosongan dengan kelayakan yang berpatutan. Jangan la korang mintak driver bas,
tapi guna ijazah pulak,terang-terang kena reject.Depa tahu nilai gaji tak padan dengan
kelayakan korang.Dengan itu pandai-pandai la korang ek.Cakap orang bijak pandai =)



Apa-apa pun jom la serbu PWTC sesama.
Jumpa di sana ek =)




whitebird says:
Rezeki di mana-mana,cuma perlu dicari.