Pages

10 wasiat Iman Syafie


10 wasiat Iman Syafie

Sebelum Iman Syafie pulang ke Ramatullah,beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya serta umat Isalam.Beliau meninggalkan 10 wasiat berikut:


"Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara."


PERTAMA: Hak Kepada Diri.
Iaitu: Mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: Hak Kepada Malaikat Maut.
Iaitu: Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal,mendapatkan maaf daripada orang yang dizalimi,membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: Hak Kepada Kubur.
Iaitu: Meninggalkan tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: Hak Kepada Munkar dan Nakir.
Iaitu: Tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat dan menasihati.

KELIMA: Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat)
Iaitu: Menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

KEENAM: Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentasi Neraka Pada Hari Akhirat)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat,warak,suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: Hak Kepada Malik ( Malaikat Penjaga Neraka)
Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT,berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

KELAPAN: Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
Iaitu: Berasa reda kepada qada Allah,bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: Hak Kepada Nabi SAW.
Iaitu: Berselawat ke atasnya,berpegang dengan syariat,bergantung kepada as-sunnah (hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihab dari Allah.

KESEPULUH: Hak Kepada Allah SWT.
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah manusia dari keburukan,menyukai ketaatan dan membenci kemasiatan.



P/s : Sampaikan walaupun sepotong ayat


7 comments:

  1. salam..hik3

    thx ustazah wB..klu camni kan bgs..sejuk jer mata nk mbacanya..

    takde org nk cari lurah Or gebu..hehe

    ReplyDelete
  2. fazrul ~

    perli wB jadi ustazah pulak da..
    pangg kang baru tahu..

    Lurah takde sini,tapi page sblh ada kot :p


    p/s saje kongsi,smlm baca buku islamik sikit =)

    ReplyDelete
  3. ilmu yang bagus dikonsi bersama.

    terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  4. thanks 4 sharing yer.. perkara macam ni mmg ramai yg tak tau atau sering terlupa.. ;)

    ReplyDelete
  5. ni ustaz wb laa..kan2..?

    da lame x jenguk.. bckground un da lawo :)

    ReplyDelete
  6. nawal ~ blm layak dpt gelaran tu la..

    :mj

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)