Pages

Pernah Makan Daging Landak?



Kisah balik kampung hujung minggu baru-baru ni.

Mood teruja tak habis lagi.
Pagi Jumaat jemput incik suami kat airport,petang dalam pukul 3pm gerak balik kampung.
Kampung kami jauh nun disana =) di Bandar Ikan Patin,iaitu Temeloh Pahang .

Kena teruja sangat nak balik kampung ni har?
Sebab aku memang suka travel,lagi pun kampung aku dah tak rupa kampung dah pun,
10 min dah sampai town.Dah tak damai dari bingit kenderaan menjerit tiap masa.

Dalam perjalanan memang hujan agak lebat.Sampai highway mata mula merakam kemalangan
,sepanjang perjalanan mata aku merakam 7 kemalangan kesemua kemalangan tersebut
adalah kemalangan terbabas sendiri,ada yang masuk longkang,yang hampir terjun gaung pun ada.Mintak jauh dari semua tu.

Sampai je di kampung hati dah mula rasa sayu.Sunyi.Sejuk.Gelap.
Ini kali ke3 aku balik ke kampung incik suami.Tiap kali balik dapat rasa pelbagai
pengalaman indah.Ada jugak yang pahit =)

Kat sana aku dapat tengok bagaimana proses nak buat lemang,dodol kukus,nasi manis
dan macam-macam lagi yang dapat tengok.Suka.Penat.

Yang paling best incik suami bagi peluang aku ikut makcik dan akak ke LADANG GETAH dan SAWIT.Teruja beb.. bonceng motor bersama makcik memasuki ladang memang
mencabar gila la,dengan licin dan becaknya,tapi serius aku cakap suasana sejuk gila
dikelilingi pokok-pokok,mahu putih melepak aku kalau duk sini lelama.

Aku ke ladang pakai JEANS,berbaju T lengan PENDEK.berSELIPAR jepun.Langsung
tak kena tempat.Malas nak salin baju dah..takut kena tinggal =)
Masa syok melihat keindahan alam,tetiba aku rasa motor tu seakan meluncur laju semacam
sekali pandang kedepan ada lopak air apa lagi motor tanpa di suruh terjun ke dalam lopak air,
kami berdua pun jatuhla bagai nangka buruk!
Makcik cakap aku menjerit kuat gila.Serius aku takut beb..

Kat ladang gila banyak nyamuk,merogol lengan dan segala tempat.Penat beb aku halau nyamuk
yang datang merogol sampai bengkak lengan aku ni,last-last aku biarkan je la,kasi chan dia menghisap puas-puas.

Sejam di ladang cukup buat aku rasa perit dan berfikir macam manala mereka-mereka
berkerja di ladang..

Samapi di rumah semua pakat gelakkan kami yang berlumpur,lengan bengkak kemerahan.
Incik suami pandang lain macam.Serius takut pulak tengok dia,bagai marah.Tapi tak pun..
Simpati pun tak kot =(

Semasa mahu mandi dengan jelas kelihatan lebam-lebam pada peha dan dengan,kena
hempap dengan motor.Peha terasa pedih,sekali tengok ,luka sudah =(

Tapi pengalaman begitu mana mahu cari kan.Apa pun aku seronok balik kampung.



Whitebird tanya :
Korang pernah makan daging LANDAK?

10 comments:

  1. pernah makan masa kecik2 dulu. tapi dah lupa rasa dia camna

    ReplyDelete
  2. edy pernah makan. mak mertua edy masak. ingatkan dia masak daging ayam rupanya daging landak.

    Katak Besar Selera Pun Besar

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dan tak nak cuba makan daging landak..Takutttt.... salam kenal..saya follow awak

    ReplyDelete
  4. aj ~ sedap tak?

    Alex ~ apacam ada berani lagi tak nak mkn sekrg ni?

    edy ~ maknanya daging landak tk de beza sgtla dgn ayam ek.. sedap ?


    Qaseeh ~ nape tk nak try ? org ckp sedap

    ReplyDelete
  5. wb: aku x penah mkn p org kata rs cam ayam erk..p pada makan landak, aku pilih ikan patin..alamak terliur sudah

    ReplyDelete
  6. sya ~ x pasti jugak la macam mana rasa landak..
    masa lik kg ari tu diaorg sana tanya mkn landak tak,terus terkejut.. tak terjawab sudah =)

    Ikan patin pun sedap,tapi aku kureng sikit la

    ReplyDelete
  7. erk..landak dlm gambar tu hedgehog ker..hehe..

    ReplyDelete
  8. ODAH ~ sedap ko ek gelak kuat2 koyak mulut kang


    black ~ aku pun x pasti la =)


    wB

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)