Pages

Langsing Dengan Makanan Berwarna Warni

Warna semulajadi pada makanan melambangkan nutrisi tertentu didalamnya.
Pengambilan makanan berwarna ini jugak dapat melangsingkan badan.

Menurut Eric Breverman dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet pula, kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia.

Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan berwarna yang boleh anda jadikan panduan dalam menyusun pola pemakanan dengan lebih baik dan membantu kita menambahkan sel-sel otak.


Merah Terang
Makanan seperti tomato dan tembikai merupakan antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna ini menandakan makanan ini mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.

Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C sebagai antioksidan dapat meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus. Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh .



Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari dan jauhi produk jus buah-buahan yang kaya kalori.



Buah sitrus seperti grapefruit merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.

Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah cranberries, raspberries, ceri, kacang merah dan buah delima.



Kuning Terang
Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak vitamin C dan mengandungi beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik dapat mempertahankan tekanan darah anda dalam keadaan yang normal.

Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi peradangan) yang mempunyai komponen anti kanser dan antioksida. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh. Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan pencernaan, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.

Makanan berwarna kuning ini juga boleh memperbaiki penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.




Ungu Gelap


Makanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksida. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung ungu dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.


Hijau Gelap
Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen anti kanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya. Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi peradangan secara semulajadi.

Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanafaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula darah dalam tubuh selain mencegah menyakit jantung.

Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membangun tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis brussel dan sebagainya setiap hari.



Biru Gelap


Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanafaat sebagai anti penuaan. Buah dan sayuran berwarna biru glep kaya antioksida. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.




Putih Kehijauan

Makanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.

Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus. Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol serta mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga.

Perempuan Senang Memaafkan Tetapi Sukar Melupakan

Kenapa wujud ungkapan tersebut?
Dan kenapa mesti mention perkataan PEREMPUAN?

Sekarang mood raya dah habis.. Maka berakhir juga la episod bersalam-salaman
dan memohon kemaafan. Tahun depan kalau diberi umur yang panjang maka
episod itu pasti berulang kembali.Insyaallah.

Sejauh mana ungkapan kemaafan itu lahir dari lubuk hati yang ikhlas?
Dan sejauh mana kita ikhlas dalam memaafkan seseorang yang pernah membuat salah
pada kita?


Sekarang ini kita tinggalkan seketika bab bermaafan di pagi raya.
Fokus kepada KENAPA perempuan SENANG memaafkan tetapi SUKAR melupakan?

Situasi ini berjadi pada diri aku sendiri.Adakala semua ini buat aku berfikir, kenapalah
aku tidak di anugerahkan dengan sekeping hati yang sentiasa bersih dan ikhlas.
Bukan salah sesiapa apabila hati kita tidak bersih dan ikhlas.

Aku sendiri mudah memaafkan sesuatu kesalahan insan lain,tetapi jangan harap aku akan
melupakan setiap detik berlakunya kesalahan tersebut.Bunyinya agak kejam kan..
tetapi tidak pernah pulak aku bertindak membalas segala perlakuan tersebut pada mereka.
Jauh sekali untuk aku dendami.
Adakala aku rasa perkataan maaf yang diucapkan tak lebih dari untuk mendamaikan
sesuatu keadaan,tapi jauh disudut hati ia terlalu sukar dikepilkan bersama perkataan
ikhlas.

Kenapa mesti menyakiti hati sendiri dengan mengingati segala peristiwa yang mampu
menumpahkan air mata dan gelora dihati sendiri. Kenapa tidak lupakan sahaja?
Kenapa terlalu sukar untuk berbuat demikian?


Adakah perempuan bersikap seperti hardisk? atau lebih dari itu? Alangkah bagusnya kalu
kita bole scan dan format otak dan hati kita seperti hardisk..
Perempaun terlalu sensitif dan terlalu kuat daya ingatannya berbanding lelaki.

Lelaki pulak terlalu mudah melupakan,walhal kesalahan sendiri.Tidak pernah ada ingatankah
kepada segala peristiwa yang pernah terjadi?
kenapa terlalu mudah melupakan? Adakah kehidupan lelaki seringkas itu?Atau lebih
tepat banyak lagi perkara yang perlu diingati dan di fikirkan.

Berbeza sungguh memoro lelaki dengan perempuan. Tapi bukanla bermakna semua
lelaki mempunyai hati yang ikhlas dengan ungkapan maaf merekakan..
Begitu jugak perempuan..tak la bermakna mereka begitu kejam dan tidak memiliki
hati yang ikhlas,cuma kami ni terlebih bekalan memori =)


Kalu untuk mengingati segala yang berlaku 10tahun yang lepas pun,otak perempuan tentu sekali boleh bayangkan satu persatu umpana slide show..

Perempuan jugak mudah mengungkit segala-galanya apabila bergaduh kan.. sebab itu kot
segala-galanya menjadi sentiasa segar bugar di benaknya.
Bukanla untuk didendami,tapi sekadar untuk dijadikan ingatan dan peringatan dihari muka.

Akhir kata, aku sendiri pun belum berjaya format otak aku puntuk melupakan segala suka duka
yang pernah dilalui.. Insyaallah akan berkekalan di benak aku..Dan aku harap
ia tidak akan menjadi barah,cukupla ia sekadar sebuah cerita kehidupan semata-mata.