Pages

Tips Memakai Minyak Wangi


Bila cakap bab PERFUME atau minyak wangi mesti perempuan akan jadi
JUARA.

Kenapa mesti perempuan jadi juara?
Sebab perempuan kan suka wangi-wangi,
dan mudah teruja dengan botol perfume yang cantik
dan kreatif.
Habis ko fikir orang lelaki tak suka wangi?
Ops! sorry.. aku tahula orang lelaki pun suka wangi-bangi bagai,
tapi mesti kalah dengan perempuan jugak kan.

Aku yakin korang pun macam aku,simpan
botol perfume sebagai koleksi peribadi.
Alasan? Sebab botol perfume cantik.
Tapi kalu botol One Drop Perfumes tu aku tak
simpan la..bukan sebab dia One Drop Perfume,
tapi sebab botol dia kocik dan biasa,lagi pun
tak sempat nak simpan mesti hilang punya,aku guna wat travelling.

Suami aku masa bercinta dengan aku dia suka hadiahkan
perfume.Kalau pergi mana-mana mesti belikan perfume
tak kira besar atau kecik.
Sebab dia tahu aku ni suka gila dengan perfume.
First perfume yang suami bagi dulu ni dia
CINEMA by Yves Saint Laurent (YSL)



Ingat lagi suami bagi perfume ni tanpa balut,dan
berkata"saya tak pasti suka ke tak bau ni,
tapi jurujual tu cakap NING BAIZURA suka beli CINEMA"
Terus nak tergelak.. sebab pas pakai ni mesti
asyik teringat kat Ning =)

Yang pasti bau dia memang best.Suka.Kalu ada masa lapang tu
mesti buat perangai macam orang angau cium bau botol kosong,
tapi masih ada bau.

Perfume kedua pulak ini,
dah habis jugak.. suka bau ni sebab manis..
rasa macam nak gigit-gigit je katanya.
RALPH LAUREN

Yang ketiga pulak ini.
Tapi bukan yang pink macam ni,
suami bagi dulu warna hijau,botol dan brand sama.
Kenapa upload gambar ni?
Sebab gambar ni lawa,tengok perempuan tu
pelok botol =)
yang ni tinggal lagi sikit
CHANEL by CHANCE


Dan keempat.
Hari ni pakai perfume ni..
Bau dia memang best,agak keras sikitla.
Bila pakai mesti suami tanya,pakai perfume apa,
sebab best.Sekarang bila suami balik aku pakai perfume
ni la.Yang ni botol dia ramping bukan main,
kurus sangat nak pegang atau letak rasa
macam cepat nak tumpang.
ARMANI CODE BY GIORGIO ARMANI


Aku bagi perfume ni kat suami,
DUNHILL BLACK.
Suka bau dia,tak dapat gambar dengan perkataan bau dia.
Sukala.Korang try la beli.

JENNIFER LOPEZ
STILL
perfume Jlo ni serius au tak suka bau dia.
Membazir jer duit aku beli,sudahnya aku
sendiri tak suka guna.
Sape-sape nak angkat tangan =)
Dia bau macam bunga TANJUNG ke hapa ntah.


ACQUA DI GIO
BY GIORGIO ARMANI ni best,
Aku mesti beli nanti!.



TIPS memakai minyak wangi


1. Untuk memastikan perfume anda tersebar dengan baik ,pastikan
anda menyembur agak tinggi sedikit dari anda dalam kata lain jarakkan.



2. Sembur atau calit pada titik-titik tertentu seperti nadi
.Contohnya pada pergelangan tangan dan leher.


3.Kenakan minyak wangi secara berlapis.
Iaitu harus menggunakan sabun atau krim
dengan mengenakan wangian secara bersama
membuat keharumannya tahan lebih lama.


4.Jangan memakai perfume semasa mengenakan
perhiasan ataupun dekat perhiasan.
Kerana perfume akan merosakkan perhiasan tersebut .

15 comments:

  1. wb mmg ske bau2 manis, fruity ea..sha ske pleasure intense, miracle lancome dulu kini dan selamanya...muahahahaaa

    ReplyDelete
  2. cuba ko try bvlgari aqva untuk hubby ko.. bau dia okey jugak.. takdelar keras sgt.. ssuai untuk bau kawen.. hak3

    ReplyDelete
  3. tips yang best...

    baru terperasan yg sy nih selalu tercalit perfume kat rantai leher....

    *suke YSL jugak*

    ReplyDelete
  4. nashays ~ ha'ar suka manis-manis sikit.. miracle lancome mmg best.. pernah pakai jugak tapi skrg dah beralih arah =)

    bulatkocik~ bvlgari aqva ek.. memandai la hang ek sesuai utk org baru tawen ;P


    Cik Jari ~ jangan calit kat rantai nanti rosak

    ReplyDelete
  5. nk pakai minyak wangi pun kena ada tips eh..ohhh..thanks de info..sy main pakai jer..

    ReplyDelete
  6. mamashikin ~ ada tips jugak.. jgn main pakai je tau mama ;)

    salam pekenalan

    ReplyDelete
  7. fara ~ sbb tk tahu nak beli brg lain =)

    ReplyDelete
  8. saya suka perfume Fantasy by Britney Spears. wangii sangat

    ReplyDelete
  9. aku alah perfume.sakit idung kalau wangi sgt

    ReplyDelete
  10. lya ~ bole cuba gak tu.. bau manis2 ke mcm mane?

    gaban~ untung hang x payah beli perfume, gf pun x payah pakai perfume.Jimat =)

    ReplyDelete
  11. nak minyak wangi best layari facebook kami PerfumeamerSTORE @ intagram perfume_amer_store..dan dapatkan minyak wangi yang top2..

    ReplyDelete
  12. Good Girl by Carolina Herrera pun best dengan botol bentuk kasut tinggi tumit emasnya

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)