2 Bulan.
Pages
Anugerah Zahra Arissa
Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir
Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Mendidik Sejak Dalam Kandungan
Anugerah Allah Taala kepada perempuan salah satunya adalah, melalui pengalaman kehamilan.
Apabila saat kehamilan berlaku, peranan bakal ibu dan ayah amat penting dalam mencorak kehidupan dan peribadi anak yang dikandungan.
Mendidik anak tentang akhirat dan dunia menjadi tanggungjawab bersama. Tetapi tidak dapat dinafikan hubungan anak dalam kandungan lebih akrab dengan ibu.Segala aktiviti dilakukan bersama-sama.Senonok punya teman tiap masa.
baby.Pengalaman pertama bakal bergelar ibu buat aku teruja,dan cuba sebaik mungkin dalam mendidik anak kami.Cuba tunjukkan segala tingkah laku dan gerak langkah yang terbaik untuk dicontohi.Selain selalu bercakap dengan anak dalam kandungan dan dengarkan ayat-ayat suci,aku jugak ada berusaha mengamalkan beberapa perkara tersebut,
nak tahu ape? hehehehe malu pun ada nak bagitahu, aku ajarkan anak dalam kandungan ini dengan A B C dan 1 2 3
selain cuba terapkan perkara dibawah sebagai amalan.Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.Mengidam Nak Makan Bunga Rose !
Lama gila tak update blog ni.
Sekarang dah masuk musim NOVEMBER RAIN.Udara terus bertukar nyaman.
Usia kandungan
aku pun dah masuk minggu ke 33 atau dalam erti kata mudah dahmasuk 8bulan. Tak tahu la kenapa hari ni rajin pulak nak menaip sesuatu tentang kehidupan
sebagai seorang perempuan mengandung.Mungkin sebab dah "bosan" kot asyik ke klinik je
sekarang.Ni pun baru balik dari klinik untuk RME.
Seronok ke mengandung ni?

Ermmm adakala seronok sangat-sangat.
Adakala rasa macam biasa-biasa je..
Adakala rasa macam susah =(
Hubungan jarak jauh ni banyak cabaranya, tapi dah jadi trend orang sekarang,bila kawin
tak semestinya duduk sebumbung,dek kerana masing-masing dengan urusan kerja masing-masing kan.. Terpaksala berkorban.
First tahu mengandung pun suami tak disisi,cuma snap gambar dan sent mms tunjukkan result, masa tu perasaan cuma biasa-biasa jer.. tapi suami seakan teruja sangat,mungkin sebab suami dah teringin punya anak.Terus call ucap tahniah, dan paling tak sangka esokkan pagi suami mintak jemput dia kat airport,terus ke klinik untuk buat pengesahan tentang kehamilan.
Dan bermulala kisah-kisah yang kurang menyenangkan, dah mula loya-loya.Muntah bagai,
tak boleh makan nasi,tak bole bau orang masak,tak bole makan pedas,cepat naik darah, cepat merajuk, dan macam-macam la kerenah yang tak dijangka-jangka.
Nasib baik suami faham dan ikutkan je segala kerenah dan perangai aku yang adakala tak masuk akal. Sabar je la. =)
Bak mengidam ni aku rasa takde pun benda yang pelik aku idam kan.Yang aku perasaan aku ni tetiba suka sangat dengan KACANG KUDA,tak kira masa nak makan kacang kuda.
Nasibaik suami layankan je,siap tolong rebuskan kacang kuda,sebab bukan hari-hari ada pasar malam kan.. agak susah jugak cari kacang kuda bila teringin ni.Mengidam nak makan kacang kuda hilang bila masuk 4bulan.. muntah-muntah pun dah kurang.Syukur sangat.
Masuk bulan ke5,start balik dengan perangai pelik.Dan macam-macam dugaan yang aku alami.
Bleeding 2 kali buat aku ngeri,sebab perasaan sayangkan baby dalam kandungan dah mula menebal.Semakin berhati-hati, drive pun slow2 sebab takut baby bergegar. Masa bleeding tu aku drive sorang-sorang dari tempat kerja ke klinik swasta,suami yang jauh dah mula panik,
alhamdulillah semua baik-baik je sampai sekarang.Uri aku pun dah dalam keadaan dan posisi yang sepatutnya,baby pun dah kuat. Bulan ke 5 ni aku ada satu perangai pelik, nak MAKAN BUNGA! suami jauh, nak ngada-gada dengan sape? masa tu suami kat Johor,aku dah ngamuk-ngamuk,nangis-nangis nak bunga. Suami hantar mms gambar bunga,aku marah-marah nak bunga betul,tak ke naya macam tu.. suami suh aku gi kedai bunga dan beli bunga,aku tak nak.. nak suami gak bagi.. Esokkan ada orang kedai bunga hantarkan 7kuntum rose merah ke pejabat, tuhan je tahu bertapa aku ni suka sangat-sangat dapat bunga,tak fikir dah siapa yang kasi,sibuk cium bunga. Bila buka kad tertera nama suami.. lagila aku terharu.Katanya dia usahakan call kedai bunga dengan mencari nombor telefon di internet,dan berjaya.Terima kasih sebab usahakan bunga rose tu.Sayang awak sangat-sangat tau.
Seminggu lepas tu start balik nak bunga.. Suami masih kat Johor,dan suami minta aku ke klinik untuk scan jantina baby kami,katanya 5 bulan waktu paling tepat untuk tahu jantina kerana kedudukan baby sedikit terkangkang katanya.Setelah scan doktor tu cuma cakap "rasa-rasanya" baby aku ni .... Aku pun mula jadi tak yakin sebab doktor tu cakap "rasa-rasanya".
Masa ni suami amik leave seminggu temankan aku,layankan kerenah aku. Suami bawa aku ke Cameron Highland,sampai-sampai je sana, aku nak makan kacang kuda pulak da.. nasib baik ada orang jual-jual macam pasar malam kat atas tu.. selamat la suami aku dari perangai macam-macam yang aku sendiri tak sengajakan =) Masa tu gak suami belikan aku SATU BONET ROSE pelbagai warna! murah,segar dan cantik! Bila suami buka bonet,aku dah menjerit tengok rose,teruja gila.. so sweet.. thanks awak =) 2hari kat Cameron cukup buat aku puas dapat tidur beralaskan bunga!
Sekarang dah 8bulan,masa scan hari tu doktor kat kerajaan jawab dengan yakin je aku dengar,
baby kami GEGURL! suami macam tak terkejut pun, selambar je suami cakap dah tahu dah..
Sebab mana ada BOBOY nak makan bunga rose! kalu boy,mesti mintak bola,tak pun ajak gi tengok bola.. =P Rupa-rupanya suami baca segala kerenah aku bukan sekadar permintaan dan kerenah kosong. Sukala tu nak dapat baby gurl.. Suami memang nak kan gurl.. Tapi bagi aku mana-mana pun tak ape,janji sihat dan selamat semuanya nanti.

Due date aku 4/1/12 agak-agak sempat masuk tahun baru ke tak ek?
Okla nak sambung kerja pulak,baby aku dah siku- siku marah curi tulang gamaknya =)
Salam.
Langsing Dengan Makanan Berwarna Warni
Pengambilan makanan berwarna ini jugak dapat melangsingkan badan.
Menurut Eric Breverman dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet pula, kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia.
Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan berwarna yang boleh anda jadikan panduan dalam menyusun pola pemakanan dengan lebih baik dan membantu kita menambahkan sel-sel otak.

Merah Terang
Makanan seperti tomato dan tembikai merupakan antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna ini menandakan makanan ini mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.
Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C sebagai antioksidan dapat meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus. Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh .

Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari dan jauhi produk jus buah-buahan yang kaya kalori.

Buah sitrus seperti grapefruit merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.
Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah cranberries, raspberries, ceri, kacang merah dan buah delima.

Kuning Terang
Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak vitamin C dan mengandungi beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik dapat mempertahankan tekanan darah anda dalam keadaan yang normal.
Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi peradangan) yang mempunyai komponen anti kanser dan antioksida. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh. Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan pencernaan, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.
Makanan berwarna kuning ini juga boleh memperbaiki penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.
Ungu Gelap
Makanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksida. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung ungu dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.
Hijau Gelap
Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen anti kanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya. Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi peradangan secara semulajadi.
Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanafaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula darah dalam tubuh selain mencegah menyakit jantung.
Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membangun tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis brussel dan sebagainya setiap hari.
Biru Gelap
Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanafaat sebagai anti penuaan. Buah dan sayuran berwarna biru glep kaya antioksida. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.
Makanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.
Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus. Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol serta mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga.




