Pages

Anugerah Zahra Arissa

Salam pembuka bicara untuk kali ni.Lama betul tak luangkan masa menulis di Otak Bukan Pada Mata. Sebenarnya bukanlah malas,cuma tak berkesempatan.Sekarang bila dah ada baby masa agak terhad untuk aktiviti lain.




Hari ni nak kongsi pengalaman bersalin anak pertama.Sebenarnya saya dah mula bercuti awal 1 minggu sebelum tarikh yang dijangka bersalin, due date saya pada 4/1/12.Selama cuti seminggu itu jugak suami dah sentiasa disisi. Suami sendiri pun dah start amik leave.Macam dia pulak nak bersalin =)Seronok jugak dapat lepak je kat rumah,tanda-tanda nak bersalin belum ada lagi, cuma kadang-kadang je sakit tu datang menyerang.



Nak di pendekkan cerita dan nak dijadikan cerita, malam tu sebelum tidur macam biasa suami mesti berpesan,"kalu rasa sakit jgn tahan-tahan,gtahu cepat" . Aku tahu kenapa suami berpesan macam tu,sebab dia cukup kenal siapa isteri dia,yang sentiasa nk nampak tabah :P menahan kesakitan.




Pada malam 26/12/11 perut aku sakit-sakit,tapi aku biarkan je kerana itu sakit biasa yang aku rasa sebelum ini.Dalam mata terpejam mulut mengadu kat suami,yang aku rasa sakit-sakit, pastu sambung tido balik..jam 3.00am tetiba perut aku mengeluarkan bunyi yang kuat seakan- akan air yang memusar..aku jadi takut,dan terus kejutkan suami.



Tak sangka pulak suami mengelabah macam labah-labah =), terus panggil mak..Dan dia dah siap berseluar jeans.Aku relax lagi,kebilik air,ada sedikit darah mula keluar meleleh dipeha.

Kami terus ke hospital,lagi pun barang2 memang dah kemas siap-siap dalam kereta sebelum ni.


Pukul 5am 27/12/11 aku ditahan di wad,tapi rasa sakit tu dah hilang,jalan baru 4cm. Dalam hati kalu la aku bersalin hari ni ok jugak.. sebab date kami bernikah pada 27/11/10.. jadi senang untuk aku ingat.Tapi tak bersalin pun,aku masih gagah berjalan sana sini.


Petang 27/12/11 tu aku dah start sakit sampai nangis senyap-senyap,nak bangun pun dah tak boleh..hanya tuhan je tahu sakit nak bersalin..Tak boleh nak gambar dengan kata-kata,yang aku ingat cuma mati,dan dunia aku rasa lain sangat-sangat.Macam keseorangan terapung ditempat yang putih.


Jam 3.00am hari tu aku dimasukan ke dewan bersalin..pada 3.00am jugak sama waktu masuk wad.Suami dah disisi sebaik masuk dewan bersalin.Orang yang kuat bagi semangat,dan tolong mengaji untuk aku.Masa ini jalin dah 7cm..Derita sakit nak bersalin tuhan je la tahu..itu rahsia yang tak mampu nak diungkap dengan kata-kata.Tenaga dah hilang,sebab tak makan dan tak minum,paling tak tahan dahaga sangat,doktor mmg dh tak bagi minum bila masuk dewan bersalin,baju yang dipakai dah basah dek peluh menahan kesakitan,yang aku rasa cuma nak mati je..


Aku sakit agak lama,sebab jalan aku lambat terbuka,lagi pun masa bukaan 9cm tu doktor masih suruh aku bersabar hingga bukaan 10cm kerana anak sulong katanya. Dalam dewan bersalin tu macam-macam rintihan dan jeritan yang menakutkan boleh didengari.


Jam 7.00am pada 28/12/11 bukaan sudah 10cm seperti yang dikehendaki..aku sudah tidak sabar untuk melahirkan dan mengakhiri kesakitan ini..aku telah bersedia,walaupun aku sedar tenaga aku kian kurang.Tepat jamm 7.00am bermulala semua persiapan yang sepatutnya, susahnya nak meneran baby keluar,sebab tenaga aku dah takde,tapi suami pandai memujuk, begitu jugak doktor dan jururawat bertugas.Masa tu hilang semua rasa malu :p..



Tepat jam 7.55am pada 28/12/11 aku selamat bersalin anak perempuan,seberat 3.04kg.

Hilang semua rasa sakit yang dialami tadi. Syukur sangat semua selamat.Kesian dia beranak hujung tahun,tak dapat la baby tahun baru,tapi tak ape..ada baiknya jugak, sebab kalu itu tahun anak saya dah setahun :p



Sekarang umur Anugerah Zahra Arissa Azrul Nizan dah 2 bulan..

Mummy pun dah start keje..Baby pun dah join familyday tempat papa kerja, kat Bukit Gambang Resort City :)



Ini dia baby saya Anugerah Zahra Arissa Azrul Nizan =)





2 Minggu








2 Bulan.

3 comments:

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)