Pages

Siapa Pedajal Aku I Nasib Baik Tak Bagi Org Copy Buku Resepi

Petang ini aku nak cerita serba ringkas pasal
Tikus.

Tikus adalah seekor binatang mamalia.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut apa mamalia
tu sila rajin-rajinkan diri belek buku sains.

Habitat tikus ini mudah,
dimana ada penduduk,di situla
dia tinggal.
Dasar nak bermesra alam tak bertempat.

Tikus boleh beranak tiap-tiap bulan
dengan bilangan anak yang banyak
gila.

Tikus juga adalah binatang yang kotor.
Tapi kita tidak boleh menidakkan kepentingan
tikus dalam ekosistem kita.

Itulah serba sedikit yang aku ingat pasal
tikus,itu pun aku tengok dan baca buku.
Aku memang
suka gila apa-apa yang
berkaitan dengan
haiwan/binatang ni.

Tapi ingat aku
tak suka orang yang perangai macam
binatang.

Ok,jom tengok apa yang aku nak kongsikan

Aku cedok dari buku resepi aku tadi.
[aku memang rajin salin resepi]


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tahi Gulung Tikus

Bahan :

1 . 3 Ekor tikus dibelah (postmoten)

2. 3 Bahagian usus jangan dibuang
boleh dibuat sosej.

3. Ambik bahagian ekor,untuk dijadikan
tali untuk menggulung.

4. Badan-badan tikus dicincang halus
dan lebih elok dimesin.

5. letakkan sedikit aiskrim vanilla @ coklat
untuk dijadikan perisa.

6. Daging yang dicincang digaul dan distim dengan aiskrim .

7. Finally,
gulung daging tikus tadi dan diekat dengan menggunakan
ekor tukus itu.

You must try it !!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Haramjadah,elok jer aku nk masak pun boleh muntah
hijau ni beb.
Siapala pedajal aku ni beb,rajin jer menulis kat buku aku.
Kalu aku dapat detect siapa,memang aku
amik tikus buat sup bagi dia makan la..

Siap ada perkataan you must try it tu yang tak
tahan.




Syok Lagi Tengok Awek Seksi Dari Tengok Bola


Piala Dunia FIFA
selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa.
Ia dianjurkan oleh
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa
(Federation Internationale de Football Association (FIFA),
organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan
ia dipertandingkan oleh
pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki
dari kalangan negara-negara ahli FIFA


\m/(*_*)\m/
...........................

Ok.Aku memang selalu ketinggalan.
Sebab utama,aku bukan peminat bola,

bukan peminat tv.Tapi aku tahu sekarang orang semua demam BOLA.

Secara jujurnya hari ini aku baru terdetik nak tahu
apa maksud FIFA.
Aku kelihatan agak lembab disitu kan.

Kat mana-mana,lelaki ke perempuan ke semua sibuk

cerita game itu begitu dan begini.
Pemain itu dan ini.

Semua sibuk pakai jersi kelab kegemaran,
team yang kalah siap kena kutuk manja
dengan kawan-kawan.


Pergi lobi hotel pun penuh promosi

pasal FIFA ni.
Tapi sikit pun tak menggoda kau untuk amik port.

Aku tak mahu la jadi pengulas sukan.

Tak pandai.Tak minat.
Aku dengar jer minah-minah kat kedai sibuk cerita
mamat tu kacak,macho ,bergaya,
seksi bila berpeluh.Cair.

Ala sape ntah nama mamat tu..
Cristiano Ronaldo ke hape..

Messi ke misai aku pun tak tahula.


Aku pelik sangat,apa yang seronok sangat erk.
Kawan-kawan aku siap tak cukup tidur lagi
tengok bola,aku ingatkan bangun wat solat hajat.


Besar betul pengaruh bola sekarang ni kan.

Siap ada acara gaduh-gaduh tarik rambut lagi
kalu kutuk team pihak lain.


Macam seronok jer tengok =P


Bukan seronok tengok bola,tapi seronok tengok korang bergaduh
tarik rambut tu.

Kejap lagi aku nk tanya incik google
ada tak gambar awek-awek seksi
yang sedang tengok bola.

Aku suka tengok tu,dari tengok bola.


Ni jer yang terberani aku taruk sini,
seksi gila beb!

waka..waka..

Tu lagu Shakira
Tak syok langsung dengar.
Tapi kalu aku wat ringtone mesti
ramai yang jeles. =)

Seronok jugak dengar
orang gila bola ulas pasal bola..
memang gila la

Permainan lembabla,hambarla,banyak dapat kad kuningla.

Lari macam kepit batu la..
Korang jangan salah paham,bukan aku yang mencarut,
tapi aku dengar orang sembang kat kedai tadi.

WhiteBird: Kalu tengah syok main tu baling lagi satu bola
jadi dua boleh tak?

Spanar Rindukan skru

Kehidupan sekarang tak ubah seperti
SPANAR RINDUKAN SKRU
Tak tentu hala,
tak tentu arah.
Damn!!!
Nota Kaki WhiteBird : Rindu tu ape?

Aksi :Gambar Nampak Lurah Goda Lelaki


[Sorry pada empunya pic ni,aku cedok kat google]

Demam MUKA BUKU [FACEBOOK] belum lagi reda.
Kalu sebelum ini makcik cleaner tak tahu pun natang apa itu
FACEBOOK,sekarang dah advance.. Siap ada akaun lagi.
Nick name tak mau kalah Litter-l
itter Star bagai .
Gambar tak mau tunjuk,guna gambar awek seksi.
Umur pun tak nak show,rahsia katanya.

Awek-awek muka berkarat pun sama.
Kalu muka berkarat hati mulia takpe..
Ni perangai macam pemotong rumput,

pisau cukur dah tak main.
Lambat katanya.




Mak dah pesan,ayah dah nasihat,
kakak dah bagitahu,tapi
hang degil.
Mudah percaya sangat dengan cinta
siber bagai ni.

Sekali keluar Metro muka hadapan,
bahana cinta facebook, hang duk tanggung rugi,wat hape.
Hang report polis pun bukan boleh pulangkan duit hang.
Malu adala.
Tapi bagus gak hang report,kurang-kurang yang
lain akan berhati-hati.

Itu la hang mudah sangat digoda.

Bubuh gambar londeh baju nampak lurah tetek sikit
hang dah mengelabah.
Upload gambar rambut kaler ungu sikit,hang dah
hilang akai.

Hang tak mau dengar aku cakap

OTAK BUKAN PADA MATA.
tapi hang duk degil tak pasai.

Hang duk cair dengan ayat-ayat cinta dia.
Hang tak kenai pun,tapi hang sanggup
bagi duit hang.Hang gila ka hapa.
Kalu aku cakap hangpa gila tadak akai
hang cakap aku celupar.
Baik hang bagi kat aku duit hang tu,boleh la aku
wat tambang pi Bali.


Perempuan yang suka juai cinta ni bukan
la elok sangat.
Bila ada insan duk juai cinta kat hang,
baik hang balik rumah cepat-cepat,

pi suluh muka hang kacak tang mana.
Soal hati hang jangan duk persoal sangat.
Kang hang cakap aku tak rasa,maka aku boleh la cakap besaq.

Sekarang hang tanggungla.
Aku duk hairanla kenapalah orang
Malasia ni mudah sangat di tipu.
Nenekla,perempuanla.lakila.

Mudah sungguh membeli cinta.
Pantang tengok seksi,dahi licin hang nak sapu,
sekali depa yang sapu hang.
Hang duk ternganga.

Lain kali jangan duk mudah sangat membeli cinta
alam maya ni.
Bahaya.
Orang duk pesan tu sebab orang sayang kat hangla
bukan sebab jeles hang dapat ngorat awek
seksi nampak lurah,
kulit putih gebu.
Tapi sebab orang duk risau hang kena
kencing macam sekarangla.



Agak-agak kalau aku bubuh gambar ni,
ada orang nak ngorat atau add tak?

Hipokrit Tu Ape?


Entri berantai,
dari
Luka dan melukai satu fenomena biasa.

Pernah atau tidak, anda mempunyai atau
menyukai atau menyayangi seseorang?
Tentu sekali pernah dan sedang alamikan.
Tak kisahla siapa insan itu,famili,
teman wanita,teman lelaki
atau kawan.


Pernah atau tidak anda bertanya pada diri anda,
Benarkah aku ikhlas terhadap insan itu?
Atau ada sebab lain.

Bagi saya dalam hubungan ini perlu ada kesederhanaan.
Bila adanya keserderhanaan dalam hubungan kita
boleh mengawal setiap langkah, perbuatan
dan pertuturan apabila berlaku sesuatu yang

tidak kita jangka.

Contoh mudah apabila kita bercinta.
Sangat-sangat perlukan kejujuran,kepercayaan

dan telus.
Tapi bagaimana cara kita tunjukkan?
Perlukah insan itu tahu,atau perlukah kita
sentiasa ulang-ulang rasa cinta,sayang,jujur segala?.
Bagi saya TIDAK PERLU!.
Semua itu akan dirasai secara semulajadi,
andai benar kita jujur,sayang dan telus.



Jangan sesekali kita tunjukkan seluruh kecintaan kita
pada insan.Takut-takut segala yang diluah
menjadi palsu dan akan menjadi
punca permainan insan lain,pada kita.
Kita akan PERIT nanti.

BERSEDERHANALAH.

Sama juga dalam hubungan sebagai seorang kawan.
Tak perlu di ucap,di ulang-ulang perkataan
yang ada unsur keramat.
Takut-takut hilang keramat,hilang nikmat,
tinggal kiamat.

JAHANAM.

HIPOKRIT.


Pesanan Untuk Diri :

Jangan mengharapkan BALASAN dari kasih sayang yang
kita curahkan..ikhlaskan diri
dalam pertuturan,elakkan dari bersikap
MENAFIKAN kehadiran seseorang dalam hidup
kerana HIPOKRIT,
Takut-takut ia memakan diri.
Jadilah diri seteguh dinding konkrit.
(walaupun dah tak sekukuh dulu)