Pages

Peminat K.a.s.u.t


K.a.s.u.t

Ringkas je ejaan tu kan.Tapi peranan dia besar-besar dan penting =)
Semua orang tahukan apa itu kasut.

Kenapa aku buat entri pasal kasut?
Sebab dah 2 bulan aku mencari dan mengusha kasut yang C.A.N.T.I.K
S.I.M.P.L.E dan S.E.L.E.S.A tapi masih tak berjumpa yang berkenan dihati dan memenuhi
T.I.G.A perkataan diatas.

Jugak Tak suka kasut macam design pink atas tu..
sebab banyak dedah kan kaki sebab dia tak tinggi dia kiri kanan (tepi )kasut tu.


Semalam cari lagi,kot-kot ada kasut yang memiliki tiga perkataan diatas,al-maklumla
kan Tahun Baru Cina mesti keluar design baru kan.Terus set kepala nak beli semua
yang berkenan,kalu ada empat pasang,nak beli semua empat-empat pasang tu.
Sebab? Sebab susah sangat nak cari yang ada tiga perkataan tu.
Last.hampa.Design lama lagi.Cuma ada dua design baru,tapi langsung tak lawa.Nampak
bodoh dan kosong je kasut tu.
Selalu minat Vincci dan Rucini ,tapi dua-dua butik ni hampakan aku T_T

Petua Kaki Cantik

Petua Cantikkan Kulit Kaki

Sekarang tengok kaki memasing.Sentuh.Ok?
Rasa tak kulit kaki agak kasar dan keras dan mungkin kering.

Kalau bab kaki orang jarang bagi perhatian.Sedangkan ada orang tua-tua
cakap nak tahu seseorang tu pembersih atau sebaliknya tengok kaki dia.
Bersih kaki dia,maka bersihla orang tu.

Kenapa aku sokong tengok kaki nak tahu bersih atau tak seseorang?
Sebab kalu tengok muka atau pakaian semua orang nak nampak cantik
dan fokus kepada muka dan pakaian kan.Tapi bab kaki ni jarang-jarang orang titik berat.

Petua nak kulit kaki cantik,bersih dan lembut?

Pertama.
Rajin-rajinla rendam kaki dengan air beras dan campurkan sedikit kunyit debu.
Air beras mampu menghaluskan kulit kita.Kunyit debu pulak akan kembalikan tone kulit.

Kedua.
Masker muka tu jangan kedekut lumurkan pada kaki sekali.
Dah lumur tu restkan kaki anda,sampai masker tu kering,pastu basuh guna air suam, dan
last sekali guna air sejuk .Masker dapat hilangkan kulit-kulit keras kematu dia jari kaki .

Ketiga.
Sesudah tawaf satu shopping complex tu,balik rumah jangan lupa berus kaki guna
berus sabut,tak sakit pun,sedap.Lega jer kena sental dengan berus sabut.Dapat hilangkan segala
peluh yang menyinggah semasa tawaf tadi.

Keempat.
Sebelum tidur rajin-rajinla sapu baby oil atau losyen pada kaki dan tumit.

Kelima.
Jangan SEPAK BINATANG.

Sekian.


Whitebird cakap "jom kita pakat amal untuk kaki cantik"

Fesyen Tudung Hari Ini

Perempuan dan kecantikan itu sebati.
Setuju?

Sekarang musin semua orang nak bertudung.
Bagus.

Dari yang memang bertudung,menjadi makin suka bertudung,
dan dari free hair rasa nak pakai tudung.
Bagus.

Perempuan bertudung sekarang menjadi perhatian jejaka,
ayu katanya,lemah lembut tingkahnya.
Manis.

Tetapi sejauh mana kita menuruti hukum syarat
dalam bertudung?

Bertudung,tapi berpakaian seakan bogel,
Pakai baju menampakkan segala lekuk dan bonjol
pada badan.Aku jugak sering tersasar.
Rugi.

Kain tudung dah besar,dan panjang berjela-jela,
tapi masih tak mampu menutup bahagian dada.
Kenapa?
Sebab banyak sangat dililit-lilit sampai nampak ngeri.
Berseluar fit bukan main,kuat pengaruh barat dalam berfesyen.
Berfesyen tak salah,jangan marah aku bila aku taip seperti ini,
ini hanya permerhatian aku,aku juga tak sempurna.
Fesyen barat banyak menjerat umat Islam hari ini.

Bertudung sebab fesyen jadikan kita lalai
dalam menurut hukum sebenar bertudung.

Anda rugi,aku pun rugi.
Aku tersasar anda mungkin juga tersasar.
Aku berdosa kerana tudung,anda juga mungkin ia.

TERJAH ~ Jejai Dan Fasha Putus!


Jejai dan fasha sudah PUTUS!

Aku bukanla peminat gosip artis malaysia.
Aku tahu berita (gosip) ni dari incik suami,bukan dari
harian metro.

Aku pun tak pasti sejak bila incik suami jadi
penyebar gosip.
Tetiba sms TERJAH
inbox,
ringkas " FASHA JEJAI PUTUS"
Tangan aku laju ke tekan reply
"TUHAN NAK TUNJUKLAH TU,RAMPAS HAK ORG"
(seakan emo disitu)

Untung ko NORA DANISH,ada anak yang comel.
ko pun cute habis.
Jejai apa dapat?
(cari dosa kering je aku ni)

Aku sebenarnya bukan seronok pun tengok orang berantakan,
tapi aku pelik yang sejak bila pulak incik suami
tukar kerja.
Mungkinkah dia dah join NAS DALAM EDISI TERJAH.

Apa-apa pun semoga Jejai dan Fasha bahagia dengan
life sendiri.
Buat incik suami pulak thanks kongsi GOSIP .=)


Nota Burung :
Mak dah pesan awal-awal
Jangan sesekali merasa BAHAGIA atas PENDERITAAN
orang lain.