Pages

Siapa Kamu Mahu Terjah Aku?

Sepi,
Sunyi,
Nyaman.
Suasana pagi ini.

Kotak fikiran sering bergerak,memaksa aku untuk terus mengingati.
Cebisan hati tak sudah-sudah menasihati,JANGAN,jangan dan JANGAN!.

Jari kian galak untuk terus menari di dada keypad usang.
Mata kian tertutup akibat tak sanggup lagi menatap,baris kata yang terdedah.

Tika sujudku,otak masih kukuh memikirkan soal dunia,
hingga salam ku berakhir dengan kebuntuan soal hidup.

Berani kamu terjah kotak fikiran aku!
Berani kamu gongcangkan karang di dasar hati ini?
Siapa kamu untuk aku?
Siapa aku untuk kamu?
Bagaimana sudahnya cerita ini?
Jelaskan,terangkan,huraikan biar aku tenang.

Bagai Karang

Andai burung camar di lautan,
Merasakan derita jiwaku,
Hati yang menangis tiada tertahan,
Sedihku tak seorang pun tahu.

Betapa kerasnya hatiku ini,
Aku tak pernah berpaling cinta,
Jangan kau seksa batin yang lemah ini,
Kau campakan aku tanpa dosa.

Dirimu masih penuh arti,
Ku ingin mesra bagai dahulu,
Cintamu masih dihatiku,
Tertanam memberi kemesraan.

Burung-burung camar,
Hiburkanla hatiku,
Burung-burung camar,
Titip rinduku buat si dia,
Dia,yang sangatku sayang,
Dia,dia yang sangatku sayang.

Betapa kerasnya karang dipantai,
Menjerit oleh gigitan badai,
Betapa besar cinta ada dihati,
Menjerit bila dilanda sepi.

Basikal Tanpa Brek

Femomena berbasikal di Malaysia semakin menjadi-jadi,dan mendapat tempat
di hati semua orang.


Bukankah itu satu budaya yang sihat untuk kita amalkan bersama.Contohi negara Jepun.
Pencemaran kurang.sihat pulak dapat,jimat duit minyak.


Kenapa dipanggil Basikal Tanpa Brek?
Ini kerana basikal ini memang tidak dilengkapi dengan sistem brek.
Jelas membahayakan? Tapi kepada yang tahu mengendalikan basikal tanpa
brek ini dia bukan alasan menghentikan kayuhan dan hobi berbasikal.
Ada teknik dan cara penggunaanya.


Basikal tanpa brek sesuai untuk jalan lurus yang tidak sesak dengan kenderaan.
Basikal ini jugak terhasil dengan kreativiti dan inovatif dari anak muda kita sendiri.
Kemana saja kita melangkah pasti akan berjumpa dengan pengayuh basikal tanpa brek
ini,tak kira di malam hari,pagi atau petang.
Mereka mewarnakan basikal mereka dengan warna-warna yang menarik dan terang.
Sangat stailo dipandang.


( Basikal Tua pulak yang google bagi..)

Baru-baru ini Majalah 3 menyiarkan tentang Basikal Tanpa Brek.Dan
macam-macam pendangan dengan budaya ini.
Apa-apa jangan lupa keselamatan perlula dititikberatkan dan di utamakan.
Majula hobi anda demi kesihatan yang cemerlang =)

Decoration Menjadi Idaman





Mewah






Nak makan pun selera kalu ada ruang makan macam ni =)



see..rumah kayu pun kena cara boleh tampak cantik!



Serius sejuk gila mata memandang.. tapi awas, tersalah pemilihan
tatarias ungu bole jadi ruang jadi kelam.


Sesuai untuk anak gurl =)






Kombinasi warna yang mendamaikan. i like!


Merampas Dan Dirampas

Merampas dan dirampas.
Dua-dua menggunakan perkataan RAMPAS.



MERAMPAS.
Merampas adalah sebutan bagi suatu keadaan dimana hak seseorang di ambik
secara tidak patut,atau bukan dengan perkataan rela.


DIRAMPAS.
Dirampas pulak di gunakan bagi sesuatu keadaan apabila hak kita
di amik oleh orang lain,dengan cara 'licik' atau tanpa kerelaan.

Dalam dua situasi diatas,DI RAMPAS atau MERAMPAS lebih perit?
Tentu sekali yang dirampas kan?
Tetapi pernah tak kita terfikir insan yang dirampas jugak ada kilaf dalam
hal 'barang'mereka dirampas?


Dalam situasi berumahtangga, perkara ini seringkali menghantui sekalian pasangan,
tak kira mudah atau tua.
Dalam rumahtangga dirampas dan merampas sering kali dikaitkan dengan
poligami.Perkara yang perit untuk diterima dengan rela dan redha.




Poligami adalah perkara yang menakutkan dalam rumahtangga.Kenapa berlaku
poligami? Jawapanya ada pada diri kita sendiri.Sebagai isteri tak mungkin
kita canangkan pologami itu sebagai JODOH.
Tetapi bagi pihak yang merampas,mereka suka LABELkan sebagai JODOH.
Perkara yang tak mampu dielakkan.



Semudah perkataan J.O.D.O.H mereka yang merampas menjawab.Kenapa mereka
terima segalanya? Kerana mereka dipihak merampas.


Merampas dan dirampas dua perasaan dan rasa hati yang amat berbeza.
Sukar dia luah dek kata-kata jika kita belum laluinya.Moga-moga diantara kita
tidak ada perkataan merampas dan dirampas dalam kehidupan,amin.



Soal JODOH dia alam percintaan baru sesuai kita mainkan perkataan JODOH, tetapi
dalam rumahtangga,jangan sesekali kita menggunakan perkataan itu sebagai alasan.
Memang Islam benarkan poligami,tetapi sejauh mana anda mampu berlaku adil?



Aku yakin insan berpoligami hidupnya tak damai,kerana terpaksa mencipta alasan
tiap saat dan ketika.Berbohong menjadi rutin harian mereka.
Di mana damai bagi insan ini?
Sebelum ingin bermadu dan dimadu sila fikir 101 kali.Banyak pahit dari manisnya madu.
BANYAK LUKA DAN MELUKAI.
Fikir-fikirkan.




wB:

Jangan bina kebahagiaan
atas
dasar penderitaan insan lain.