Pages

Yamaha R1 ke Yahama Ego Sesuai?

Hujung minggu adalah hari yang sangat
menyeronokan.

Keluar rumah
jam 7 am.
Warming up Yamaha R1.
Peksa apa yang patut untuk keselamatan semua.

Pakai pakaian dan helmet yang
sesuai.

Vroommm.
Kembara bermula,
aku akan bawak Yamaha R1 aku ni
dari Kuala Terengganu ke KL,
dan KL -KT semula.

Tanpa konvoi.
Solo jer beb.

Ada siapa-siapa nak ajak race?
heheheh ayat tak boleh bla

Tujuan ke KL
Rahsia =)
gedik!

Bawak Yamaha R1 di jalan bandaran pun
tak best.Sama macam bawak Yamaha Ego jer..
Tak boleh nak bawak laju-laju,banyak
benda yang menghalang.
Maklumla jalan bandaran.
Agak-agakla kan nak bawak lelaju pun.

Bercerita soal Yamaha R1 ni,
aku memang tak tahu satu benda pun.
Yang aku tahu yamaha R1 ni best,
body cun,
laju,
orang akan cakap
wau!
bila kita buka helmet.
Sebab?

Sebab muka cute,rambut panjang,
berlipstik tapi bermotor besar.
Kita pun teruja tau.

Bila mula masuk highway seronok tak terkata,
selambar badak jer aku potong Proton Wira,
ala setakat Honda civic aku sekali press
jer dah boleh tinggal jauh.

Sebab motor aku CC lagi besar tau.. hehehe
Tak kena saman,
tak payah bayar tol jugak..
aku mana bawak duit banyak-banyak.
Lagi pun kereta mana boleh bawak
lebih 110km/j..
kan kena saman pulak.

Aku dengan Yamaha R1 aku..
ermm selamba jer amik selekoh maut,
siap lutut cecah tar lagi.

Hebat tak?
hehehehe

Soal minyak?
Memang banyak dan kuat jugakla
Yamaha R1 aku telan,
tengok perut diala,besor tu kan..

Soal road tax?
erm.. aku dah saving seawal aku mula renew road tax.
bermakna tiap-tipa bulan aku mesti saving,so setahunla
aku saving untuk road tax.
Aku bukan jenis duit berkepuk-kepuk beb.

Soal jatuh motor?
Aku belum pernah rasa lagi..
mintak jauh,harap-harap semua selamat.

Bonceng orang?
Pernah.. aku bonceng
mak aku..
dia kata" motor ape ni payah nak naik,
payah nak turun.."
sudahnya belum pun aku vrooommm
mak dah turun.. tak sanggupla tu..

Kasih sayang?
perghhhh ..
ikhlas aku cakap,
aku lebih sayangkan Yamaha R1 aku lagi
dari kawan lelaki.

Sebab?
Kalu aku sayangkan Yamaha R1 aku ni,
aku tak rugi..untung lagi ada la..
Takde duit aku pi gadai jer..

Selain faktor-faktor diatas,
aku jugak seorang yang tak cukup masa.
Jadi bila nak travel jejauh,guna
motor ni jimat masa.
Kalu orang bawak kereta KL-KT 5jam
aku boleh jadi 3 jam jer..
Tol tak payah..
Saman laju takde..

Jimat kan?

Aku selamat sampai ke Kl jam 10.30 am.




















Sekian Saja edisi aku berangan..
dah mintak somebody belikan,
tapi dia senyum indah,tanda tak mungkin kot :(




Kamu ♥ Dia & Dia ♥ Kamu

"Bila berteman tempatkan dirimu dikalangan yang diharap.
bukan yang mengharap"


walaupun


Kamu ♥ Dia

&

Dia ♥ Kamu


Peganglah nasihat ibu,wahai anakku..
Kerana ibu terlalu sayangkan kamu.
Ibu tak pernah ada rasa sanggup untuk lihat kalu terluka.
Ibu takut kamu akan peluk perkataan

KECEWA..

ingat! anakku,kamu mesti digolongan yang DIHARAP,

bukan

MENGHARAP..

tapi ingat anakku,kamu mesti menjadi orang yang benar-benar
boleh diharapkan.




Pesan ibu buat aku satu ketika dulu..
aku pegang erat,aku peluk nasihat ibu.






FreshLook Buat Si Dia Cair Macam Ais


Cerita pasal kontek lens,sekarang sudah menjadi trend masa kini.
Ada yang memakai kontek lens sebab mata depa
bermasalah dari segi rabun jauh atau dekat,
dan mungkin juga rabun cahaya yeke ni erk

Dedulu,aku pernah gak gatai untuk guna
kontek lens,tapi terseksa lor mata aku
demi untuk cantik .
Tapi itu dulu,sekarang tak lagi.
Sebab..

~AKU TAK PANDAI PAKAI ~

Padahal bukan susah pun kan.
Tapi sepupu aku yang rabun suka pakai
FRESHLOOK.
Katanya mata tak kering,
senang nak jaga dan tak cerewet nak jaga.

Cara nak jaga kontek lens anda.

~ jangan lupa buka kontek lens anda sebelum tidur.
~ Pakai kontek lens anda sebelum anda apply makeup.
~ Buka kontek lens anda sebelum tanggalkan makeup.
~ Jangan sesekali dedahkan kontek lens anda dengan sebarang cecair yang boleh merosakan.
~ Jangan berkongsi konteks lens dengan orang lain.
~ Jangan menyerti sebarang aktiviti air semasa anda memakai kontek lens
(kan tercabut susah lor..)

Mata hitam,biru,hijau,merah korang akan
nampak lebih besar dan tergoda tau.
macam ni ..

Korang,tak tergoda ke tengok minah mata biru ni?




:: Hobi Mengumpul Kekayaan ::

Berkerjalah kamu seperti kamu akan
hidup seribu tahun.
Tetapi beringat-ingatlah kamu.




Prayer Brook berkata

"Sesungguhnya aku telah mengumpul banyak harta,
tetapi di dalam realiti kehidupan,aku melihat bahawa hobi
mengumpul harta merupakan hobi yang merbahaya dan tidak akan habis.
Selain ia membazirkan usia dan kebahagiaan."






Hawa nafsu akan terus menuntut
jika engkau manjakanya,
tetapi jika engkau memaksanya,
nescaya ia akan mengikut kehendakmu.




Perempuan Umpama Kembar Kepada Diet



Memang!
perempuan umpama si kembar kepada diet.
tapi diet tu apa?

Macam selalu sangat tengok perkataan tu.
Mana-mana pergi,ada iklan..
Mahu badan seramping kerengga?
Hanya 2 minggu hasilnya akan kelihatan..
dan bla..bla..

Si perempuan yang huduh ni percayala..
pergila beli produk tu,tapi tak menjadi pun.
Makan tak jaga,senaman takde.
Lemak seronok jer bertempek-tempek.

Aku antara manusia yang tak terlalu percaya kepada
produk pelangsingan .
Aku lebih suka kurus dan sihat dengan cara
yang sihat.
Bukan pil,losyen,herba bagai ni.
Mengarut!

Apa yang penting jaga pemakanan.
Jauhi fast food.
KfC,Pizza,McD,spaghetti segala,
janganlah terlalu kerap amik.
Nasi pun kalu boleh jangan kerap amik.
Kurangkan pengambilan kabohidrat,
lebihkan serat,seperti bua-buahan dan sayuran.

Jangan makan selepas jam 7pm.

Amalkan senaman walaupun 5min sehari.

Jauhi kudap-kudap dari meja kerja.

Dekati plain water.

Cokelat?
erm.. boleh ,tapi jangan la terlalu sangat,
sikit-sikit bolehlah kembalikan mood tu..
jangan sampai peha jadi besar batang balak..
ngeri seh..


Janganla kutuk,kawan yang terlebih sihat
dia pun bukan nak macam tu kan..
macam aku gak..bukan aku tak nak kurus macam
model lux tu..tapi..

cantik ke badan tinggal tulang jer kalu
bukak baju?

Apa-apa pun bersyukurla dengan
kesihatan yang dianugerahkan.


Whitebird: Dua kerugian manusia hari ini dalam amalan,
Pertama, MUDA sebelum TUA,
&
Kedua,SIHAT sebelum SAKIT.



Bukan Artis Sesama Artis Jer Pakai Baju Sama..

Sebenarnya pasal baju sama ni bukanla perkara pelik pun kan.
Baju butterfly ni bukan aku baru perasan pun sama dengan Heliza AF tu,
dah agak lama dah.Sajer nak story sikit sebab baju butterfly ni agak
istimewa sikit.
Tapi lebih pada lawak.

Baju butterfly ni aku pernah sekali pakai
pergi main futsal.
Baju butterfly ni bukan baju tee biasa tau,
agak labuh sikit,tutup bontot punggung.
Dengan pakai seluar yang memang gila tak patut masuk
gelanggang selamba badak jer aku redah main futsal.

Ramai pulak awek-awek berkenan dengan kemanisan baju butterfly tu.
Hehehe.. baju tu yang cantik atau tuan baju yang cute ni :p

Nak tengok baju tu?
Mungkin korang pun ada kot baju butterfly ni.
Aku ada 2 helai,satu butterfly "kucup,"
yang ni kembang.
Warna still putih.
I like white kaler :0



Handphone Pun dah Pandai Merajuk..Ape kes?

Apa kes ni wei...
Kecik-kecik pun pandai merajuk besar punya.
Aku nak panggg kan HP ni memang bestfriend aku,
nak terlalu belai,merajuknya tak sudah-sudah lagi.

Sejak aku duk intai-intai HP baru ni,aku perasaan
HP Sony Ericsson aku ni selalu jer buat hal.
24Jam dia duk INACTIVE,
Searching 48jam.

Apa kehal ni yang woi.
HP aku ni sangat penting lor,macam-macam ada dalam tu,
yang elok-elokla,bukan gambar-gambar bugel ok.
Dalam HP ni banyak nombor-nombor HP la..
apalah korang ni.
Selain nombor HP,banyak jugak nombor-nombor akaun
segala mak nenek bank dalam tu.
Sekali HP aku ni buat naya,memang berasapla aku.
Nak amik nombor akaun tak boleh,
nak call tak boleh,
nak ber sms tak boleh.
Lumpuh kejap.

Padahal aku bukan nak beli pun HP yang ada dalam pala
hotak aku ni.
Aku berangan jer pun.
Sebab niat aku untuk membeli tu dah terbantut pun..
Nenek jiran aku bagi nasihat berbunyi
"dari hang beli HP mahai-mahai,
baik hang wat makan mewah-mewah,open table.."

Katanya lagi HP cepat turun.Beli tu bermakna buang duit.
"Hang beli jer HP Nokia RM 100 henget tu,
dapat call,sms ok la tu.."

Bila fikir-fikir balik ada benarnya kata-kata
nenek jiran aku tu.

Tapi,ada cara ke nak pujuk HP SE aku ni wei?
Atau memang layak kena bagi mandi bunga jer?

Kalu buat perangai lebih-lebih,
main kasar jugak,
aku nak angkat ni.
Muktamad..

Nanti Hang duk dalam kotak bersama teddybear buruk
padan muka!..
Merajuk la lagi.
Main kasar tak habis-habis .
Nota : Aku memang suka Sony Ericsson,terbaek la.

:: Harapan Dan Kehidupan ::




"Haraplah Kebahagiaan dan Jangan Harapkan Kesengsaraan "







Fesyen Yang Mengelirukan

Madonna is gunning for some controversies


Belek punya belek pasal fesyen,sekali jumpa yang kat atas tu..
Nampak macam menarik gitu..
tu yang kongsi kat sini, untuk siapa-siapa yang gila fesyen dan gila kasut macam sayer

Sekarang Nak Masak Ikan Masak Kicap Pun Payah

Krisis Gula,
gula punya krisis yang keberapa kali entah sejak aku pandai beli gula ni.
Di bandaraya Kuala Terengganu sekarang ni berlakunya krisis
kekurangan gula yang tahap superb.
Mungkin mereka-mereka yang terlibat sengaja menyorok semua
simpanan gula mereka,bertujuan untuk menaikan harga
gula.
Bape hari lepas kawan aku yang baru berjinak untuk membeli gula
sms aku..
" penat aku pusing satu bandaraya ni,semua kedai tak ada gula"
Aku reply selaku orang lama yang biasa melakukan aktiviti membeli gula.
" apa hang tak tahu ka Terengganu sekarang memang payah nak dapatkan gula"
Tamat.

Sekarang stok gula memang tak ada langsung sebab di sorok *kot*
Kalu sebelum ini ,boleh lagi dapatkan gula dengan limit yang telah diberikan.
Akan tergantungla ayat-ayat lebih kurang macam ni di rak-rak gula.
Dengan keadaan ini pasaraya menjadi sedikit sesak.
Terpaksa berulang alik ke pasaraya untuk membeli gula dengan kadar yang ditetapkan.
Ada peniaga mengambil kesempatan keatas keadaan tersebut.
Sesiapa yang mahu membeli gula mestilah membeli satu atau lebih barang lain, tidak dibenarkan membeli gula semata-mata.
Tak ke hangin satu badan.

Harap sangat keadaan ini akan berakhir.
Walaupun aku bukankah seorang "pemanis" tetapi gula penting lor untuk memasak
ikan masak kicap!

Lagi pun gula kan sudah menjadi penting,
untuk buat air,buat kuih,masak..macam-macamlah.

Nota : Negeri korang macam mana?
ok ka?



:: Surat Untuk LHDN ::

[Sila klik untuk kesihatan mata yang berpanjangan]

Perlu ke sayer buat seperti ini ?Sebab sayer pun membayar kompoun LHDN?
Surat tu gila lawak penuh perasaan tak puas hati tus ..

KWSP Bukan Untuk Sedekah


Apa dia KWSP atau EPF?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Employees Provident Fund (EPF)

<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>

~ Tiap-tiap bulan kita buat pemotongan gaji.
~ Majikan pun buat pemotongan
~ Dapat gaji mesti ada sen- sen punya la..
~Tiap-tiap tahun sampai penyata kat rumah
~buka penyata,tengok rongak sana,rongak sini
~ Tertanya-tanyala benar ke aku tak buat pemotongan gaji ni
~ Buka slip gaji,baik jer tercatat jumlah pemotongan untuk EPF & SOCSO
~Esok pagi-pagi tanya dengan HR
~Kena marah bai..banyak tanya punya pasal
~Marah balik..guna ayat tak boleh bla

"saya buat pemotongan gaji bukan untak derma kat syarikat,
ada bagusnya saya bagi sedekah kat umah anak yatim atau masjid"




Pesanan untuk diri:
Jauhi dari api kemarahan,takut-takut
anda akan kelihatan tua sebelum waktunya.

:: Selamat Hari Ibu ::

Selamat hari ibu..

Terima kasih atas segalanya..
Jasamu ku bawa hingga ke mati,
tak terbalas hingga aku mati.

Sayang ibu ketat-ketat..
Rindu ibu kuat-kuat.
Kasih ibu erat-erat.

Betapa Beratnya Menjadi Seorang Lelaki

Aku menulis malam ini kerana ayah.
Aku sangat sayangkan ayah,tapi sejauh mana aku tunjukan yang aku sayangkan dia?
Macam mana aku buktikan kasih sayang aku pada ayah?
Sedangkan aku selalu lalai menjaga tingkah laku.Aku sering lupa dengan ingatan
"dosa anak gadis akan di tanggung oleh si ayah"
ya Allah, betapa kejamnya aku menyeksa ayah secara halus.Apa yang aku pernah baca

Betapa beratnya menjadi insan bernama lelaki

1. Dosa anak lelaki di tanggung sendiri apabila sudah baligh.Tetapi dosa anak gadis yang belum
mendirikan rumahtangga akan di tanggung oleh si ayah! Ya Allah,terasa diri ini kejam menyeksa ayah =(

2. Lelaki berkahwin mesti menanggung dosa isterinya,anak gadisnya,dan anak lelakinya yang belum baligh.

itu antara yang aku baca,ada lagi tapi yang lain2 tu terlalu berat.

Ya Allah,rasa berdosa sangat menebal tika ini.
Betapa beratnya bahu ayah memikul noda-noda dosa hasil dari perbuatan aku.
Bertudung saji tapi tidak cukup sempurna,bila dikaji sedalamnya.
Berbaju tapi umpama berbogel!
Terlalu banyak dosa bila difikir,hinggakan tak mampu nak ingat.
Terukkan?

Sedangkan ayah berkerja memerah keringat demi menyuapkan aku
dengan nasi yang halal dari hasil menbanting tulang 4 kerat.
Ayah berusaha memberikan perlindungan yang terbaik untuk aku.
Rumah yang selesa dari hujan panas,jauh dari bahaya.
Ayah penuhi segala kemahuan aku.Dengan berusaha memerah keringat
tanpa pernah mengenal erti penat.
Terlalu besar pengorbanan ayah untuk aku..
Ayah tanggung segala dosa aku!!

Ayah,aku mintak maaf sebab aku,bahu berotot ayah kian sakit
memikul dosa aku.
Ayah, aku terlupa yang ayah bukan mahukan duit bersepah-sepah,
bukan rumah besar bertingkat-tingkat.
Tapi ayah mahukan aku menjaga tingkah laku,tutut bicara,
agar ayah akan selesa disana nanti.

Ayah,aku janji akan menjaga segala batas aku,mulai
saat ini.
Ayah, aku mohon maaf =(


"AKU MENDENGAR DAN MERASAKAN BEBANMU, AYAH"

Adamaya


Mana2 jer lepak sekarang orang duk cerita pasal ADAMAYA,
drama yang sedang ditayangkan di tv3.

Memilih lagu tema YANG TERINDAH. Kisah sebuah perkahwinan yang menjadi taruhan dek kerana sebuah cinta yang tidak boleh dilupakan.

Cerita Adamaya ni bagi aku okla..
tak terlalu berat untuk ditonton..mkksud berat tu ,takla terlalu bermasalah,
sampai aku pun duk tolong pikirkan masalah rumah tangga depa =)

Watak dani tu pulak gila lawak..
sesuai gitu dengan perkataan "bongok"
yang dier gunakan =)

Mikadengan sarah pun okla watak tenggelam timbul.

Adam dengan maya lak sweet jer..
walaupun gaduh.

Yang paling sweet si budak amani atau
Mia Sara Nasuha erk?
4 tahun pandai gila berlakon,dialog dia pun sweet beb..
Nampak cerdik sangat.Dalam iklan soflan pun dier comel jer..

Harap besor2 nanti jadi orang berguna.


Nota : tak pasai2 aku pun duk tolong promok ADAMAYA..=)
Minat kat si comel tu punya pasai.



Tayar "NO FLOWER "

Kisah angau seorang sahabat

1] Malam semalam letakkan syampu di berus giginya =)

Lawak kan.. tapi itulah hakikatnya bila otak berlalu penuh dengan memori tentang
seseorang sehingga nak makan nasi pun boleh terbabas suap ke dagu.
Yang sorang tu pulak elok jer nak gosok gigi guna syampu cap bawang kot =)

2] Bila terjumpa surat aduan tentang kereta di pejabat beliau,yang berbunyi :

~ Tayar kereta "no flower" [ maksud pengadu tu,tayar tu dah botak, tadak bunga maa ]

Boleh pulak kawan aku ni gelak guling-guling bila cerita ,tapi yang terlebih guling-gulingnya aku ler.. lawak siot..

~ Brek kereta "tak makan" [ maksud tak makan tu ok jer bila kita sembang kedai kopi,tapi bila ayat tu masuk sistem orang yang key in sistem ni macam tak makan nasi jugak ler,tadak boleh pikir untuk gunakan ayat yang sesuai kan ]


~ Kawan aku punya penangan stress jugak hingga dier mampu brek skuter ego hingga dier rapat kedepan,lagak seperti apek tapi dengan muka gila stress..

Aku yang perhatikan ni gila lawak la kawan aku tu.. stress dier boleh jer hilang bila tengok aku asyik tersenyum macam kambing =)


not skool =)

Kisah Wasiat Lembu Untuk Kenduri


cik aiLebiu tag wasiat lembus ni =)

Apo motis gambar si comel ni di wasiatkan aku kureng paham..tapi tq ye
cik ailebiu..i lap u
Cik ailebiu tag mungkin sebab whitebird kurang aktif hehehe.tp tak pe..

Lembu ni aku nak simpan buat kenduri kawen nanti.
Seko aku nak buat majlis tunang,
seko lagi aku nak buat majlis kawen,
dan seko lagi aku nak bagi sedekah ler..

Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active

miko
aesya
zayya
Fatin
cik puan kiela
fezz anna
fara myra

Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat…

fuyooo dapat wasiat dari olan kaya lor... boleh kipas2 ni orang kg.sepening lalat

Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

korek idung,korek kuku kaki, usik ikan mak

Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

taik itik from kelate =)

Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

Tadak kawan... akaun fb dah lupus =(

macamane korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe…kat mana???

Kat depan umah mak cik bedah sebelum selekoh maut tus
bohong gila

adeh.. wasiat apakah ini ?

Sape yag teka tag tu sila amik! jgn maki aku lor =)


Awek Baju Kurung Pink Sapa Bersayang beb!

Tadi busy sangat dengan segala urusan bank,pejabat dan macam-macam hal.
Al maklumla hari ni baru start bekerja setelah 3 hari berehat untuk meraikan "Hari Pekerja".

Aku keluar ke pejabat pos agak awal,iaitu 12pm,sebelum waktu lunch.Saje tak mahu kacau waktu rehat aku.Dasar waktu rehat sendiri berkira,walaupun waktu kerja aku banyak goyang kaki. =)

Sampai di pejabat pos jam 12.10pm.Kelihatan orang agak ramai.Melangkah ke dalam jer,terus rasa mengantuk sebab orang ramai gila babas.Dia orang pun macam aku gak tu,segala urusan perlu disegerakan.Aku ke pejabat pos pun sebab nak beli [ beli ke buat erk?] POSTOL ORDER RM 250 untuk bayar kompoun kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.Dasar selalu lupa bayar income tax!.
Malas nak buat Bank Draff.

Setelah menekan no giliran,aku melilau untuk cari kerusi kosong.Hampa.
Dalam 15min gak aku berdiri naik lenguh kaki aku ni.Semua benda dalam pejabat pos aku baca bagi hilangkan boring dan tidak mahu kelihatan bodoh disitu :p

Setelah mendapat kerusi aku belek-belek hp,buat-buat buka msg.Alahai boringnya.Takde sape pulak nak msg aku time tu.Simpan hp.Duk diam-diam.Menguap.Betulkan kedudukan ponggong agar lebih selesa.Menguap lagi. Bangun kejap,jenguk2 kaunter.Banyak... Sampai 13 kaunter. Tapi sayang banyak kosong dari bertuan! yang berkerja cuma 3 kaunter!
Awek-awek kat dalam tu siap boleh tergedik-gedik lagi ajak kawan yang bertugas sembang.
Sikap buruk yang tak sepatutnya didedahkan.Menyampah!

Tengok jam dah 1.05pm. Damn!! banyak gila masa terbuang.
Banyak main betula depa ni.Aku tahu dan aku boleh melihat dan menilai,mana yang benar-benar busy dengan yang sekadar buat-buat muka cemas macam busy gila.Dasar suka gelak-gelak sampai lebam la depa ni.Naya la amaik masa 1jam untuk buat postol order beb.
Nak tak nak terpaksa gak aku tunggu.

Tepat jam 1.30pm no bertuah aku mula dipanggil.[mesin]
1122, kaunter 13..

Cepat-cepat aku ke kaunter,dengan muka gila tak puas hati.Buruk gila rupa aku time tu kalu korang bagi cermin pun aku takut nak tengok.Ngeri beb bila aku marah. :p

Satu suara yang tak berapa nak lunak sapa aku

"ye,sayang boleh saya bantu?"

aduh terus sejuk hati aku dengan sapaan sayang dan senyuman manis cik kak tu.. dah la cantik,sopan pulak teguran tu.Siap berbaju kurung pink lagi.Aku terus senyum dan cakap mahu buat postol order..

"bape kamu mahu sayang?"
RM 250, sambil senyum manis.
Saat tu jugak aku akui teguran dan senyuman manis yang ikhlas mampu menyejukkan hati yang
panas.Urusan tu tak sampai 3min pun beb.. tapi aku dah buang masa 1jam lebih dalam pos opis tu.

Awek2 dalam tu harap muka je cun sikit tapi sekadar kuat sembang podahhh..


Nota : Kuantiti tidak penting disitu,tapi kualiti yang utama.








Bila Sang Raya Mengganggu Anak Cucu Adam

Aku nak tanya korang yang terbaca entri nie.

Korang percaya tak kisah hantu,jin,jembalang yang sering mengganggu?

Kisah realiti.bukan pengaruh dari cerita-cerita seram atau terlalu banyak membaca bahan bacaan yang sering dihidangkan dengan cerita momok seperti mastika.

Korang tak percaya?

Memang benar makhluk Allah itu jugak wujud dimuka bumi ini,tapi sejauh manakah makhluk-makhluk ini mengganggu kaum cucu Adam sampai hilang ketenteraman untuk miliki perkataan aman.
Dulu aku antara orang yang tidak terlalu mengambil serius dengan cerita-cerita gangguan walaupun dari kalangan sedara mara mahupun sahabat sendiri,sebab aku sering memiliki fikiran "alah banyak tambah dah tu,bagi sedapkan cerita"..
Tapi hari ini aku alami sendiri gangguan-gangguan berbentuk usikan yang mampu buat aku tidur memeluk surah yassin,dan tak putus-putus membacanya.

Korang bayangkan tiap-tiap minggu ada jer orang terdekat aku hesteria.Meracau.Seram beb bila insan yang kita kenali tetiba berubah suara dan lakunya.Suara dan lakunya mirip si pelaku.Tapi milik siapakah "benda" itu? siapakah pelakunya atau tuanya?

Menurut ustat yang datang ke rumah malam tadi,"benda" yang mengganggu itu adalah "sang raya".Sang raya yang sekarang dimiliki.Ustat pernah cuba menarik sang raya dengan ayat kursi, tetapi tidak berjaya menarik kerana setelah sang raya hampir berjaya ditarik, tuan sang raya akan menyeru sang raya untuk pulang kepangkuanya. Nauzubillah..

Tapi itulah hakikatnya.Bukan seorang ustat yang telah dijemput,kebanyakanya serrender,bukan bermakna ustat-ustat tersebut tunduk pada kuasa iblis tapi ilmu di dada belum capai tahap yang sesuai.
Sebelum ini rumah kami aman tanpa ada rasa takut,tapi sekarang tidur aku dalam keadaan terang berlampu.Hilang seketika nikmat tenang dihati,iblis terlalu licik memperdayakan anak cucu adam.Iblis laknatullah.

Gambaran sang raya tersebut berbulu hitam dan berbadan sebesar meja makan 6 kerusi. Makhluk itulah yang sering mencekik orang sekeliling kami.Mak sering sesak nafas berlawan dengan iblis tersebut yang menyerang ketika tidur.

Percaya atau tidak sepupu aku yang sekarang menuntut di UiTM Shah Alam menderita di sanatu oleh lelaki yang sukakan dia.Segala usus dan organ dalaman sepupu aku kini semakin teruk di makan oleh "benda" itu.Sehinggakan ustat tersebut memberitahu yang sepupu aku andai ada jodoh sekali pun tapi tak mungkin boleh mengandung,kecuali dengan izin ALLAH SWT.Sepupu aku terkena santau melalui makanan.Dan makanan itula yang menjadi darah daging yang "memakan" segala organ dalaman dia sekarang.Santau ini tiada kaitan dengan sang raya.Aku nak bercerita banyak pun takut,berdiri bulu roma aku ni..

Tak percaya? Aku tak paksa percaya.Aku pun dulu mcm korang,tapi bila terkena aku percaya kesilapan manusia sendiri berdamping dengan iblis untuk kesenangan dunia.
Adakala aku terfikir sendiri kenapa si pengamal mesti tunduk pada makhluk itu? Tak takut ke pada azab Allah? Tak takut ke andai suatu hari nanti makhluk itu meminta yang bukan-bukan?

Alhamdulillah,malam tadi ustat tersebut menyatakan aku terselamat dari di dampingi atau usikan oleh sang raya,cuma ustat tersebut mengatakan yang aku terlalu banyak berfikir sehinggakan kepala aku menjadi "berat", dan aku jugak sedikit lemah semangat.

Ustat muda itu memagar bilik bilik tidur,kawasan rumah dan membekalkan aku dengan limau untuk dibuat mandi bagi memulihkan semangat.

Ustat itu ada memberitahu yang iblis belaan akan lari apabila tahu ada orang ingin berubat, tepi penyakit sihir atau santau akan tunggu untuk berdepan dengan si pengubat,
Nauzubillah.Bahan yang digunakan oleh ustat muda itu adalah garam,lada hitam dan kacan hijau selain tak putus2 membaca Surah yassin dengan jelas.

Nota : Ya Allah, kami harap dengan ikhtiar yang kami semua lalukan tidak membawa kami kepada berlakunya syirik. Nauzubillah.



la,la,la tolak motor pulak.. biasa rempit tak cukup jalan =)

Bangun tidur,gosok gigi,solat,capai paper.

Tetiba macam seronok sangat,malam tadi masa layan berita dah seronok dah tengok mat rempit tolak motor memasing sejauh 7km,sambil nyanyi lagu NEGARA KU.. =)

Aku bukanla nak seronok atas musibah kekawan,tapi aku rasa apa yang pihak polos buat tu sangat ok.
Sebab mat rempit ni membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain jugak.
Aku harap pihak polis negeri lain pun akan ikut jejak pihak polis dari negeri perak.

La,la,la,la,la.. tolok motor sambil nyanyi lagu negara ku penuh semangat.