Pages

Tamparan "Anak" Rimau Mampu Cederakan Kamu


Katogeri kawan BAGI diri aku.

1. Kawan yang sebenar-benar kawan.
Kawan yang sebenar-benar kawan tak ramai dan takla susah nak cari sebenarnya.
Kita jadikan diri kita sebagai contoh untuk kawan tersebut menjadi kawan sebenar pada diri kita.
Contoh: Kalau kita mahukan kawan kita take care pasal kita,
kita terlebih dahulu take care pasal
dia. Senangkan?

Kawan sebenar kawan akan sayang kita ketat-ketat walau tak diucap.tapi perlakuan sudah
cukup.Bukan Perlukan duit pun.Sanggup menegur kesalahan kita dengan cara berhemah
dan ikhlas.Suka bergurau senda.berbicara.Dan sedia berkongsi suka dan duka.

2. Kawan yang hanya bergelar kawan semata-mata.

Katogeri ni banyak dan berlambak-lambak dipasaran.Kawan yang hanya bergelar kawan
banyak digolongan kaki kipas atau kata sopanyna kawan yang terlalu menjaga hati.
Kalu korang buat salah terang-terang pun dia tak akan cakap salah punyala..
SEBAB? Nak jaga hati.. takut kawan kecik hati kalu kita tegur kesalahan tersebut.

Contoh: Korang suka marah-marah orang.walaupun kesalahanya kecik gila.Tapi kawan yang
terlalu menjaga hati ni tak akan tegur sikap buruk korang tu,sebab nak jaga hati la konon
nya.Dengan dia-dia sekali tumpang maki hamun orang td.Gaya kipas la tu kan?


3. Kawan chipmore

Aku ramai kawan macam ni dan aku jugak memegang gelaran kawan chipmore.
Kejap ada kejap tak de macam iklan biskut tu la..Kawan macam ni jumpa jarang-jarang
atau pun kebetulan jer.Perjumpaan tak pernah dirancang.Kawan macam ni pun best,
sebab diorg tak akan sibuk hal kita,bila jumpa tanya mesti tanya " ko ape cite sekarang?"
Ringkas kan,tapi mesra tu ada.Aku suka ada kawan chipmore.


4. Kawan yang jahanamkan kawan

Yang ni last.aku bukan nak salahkan orang lain bila kita melakukan kesalahan.
Aku tahu yang semuanya tergantung pada diri sendiri,tapi jangan lupa kawan adalah
pengaruh terbesar dalam hidup.Persekitaran kita dengan kawan-kawan sedikit sebanyak
akan mempengaruhi cara hidup dan perangai kita.Hati-hati dengan kawan macam ni.
Macam mana nak tahu kawan kita katogeri ni?

Katogeri lebih kurang sama macam yang no 2.
Ajarkan kita hal yang bukan-bukan,tunjukkan jalan enjoy sampai lebam pada diri kita.
Tak lokek untuk belanja berlibur sampai nazak.Suka bila dapat tengok kita dah jadi macam dia.
Kawan macam ni suka berlibur dan berhibur.Tak boleh cakap banyak pada kawan macam ni.



Tak guna ramai kawan kalau kawan yang kita miliki bersikap seperti parasit dalam hidup kita.
Setiap manusia punya ego yang tinggi ,pantang di tegur,benci bila ada insan cuba berikan
nasihat.

Hati-hati dalam memilih kawan,takut-takut memakan diri.


Jangan sesekali bermain tampar-tampar dengan anak rimau, kerana kuku yang tersembunyi mampu merubah pipi gebu anda!

2 comments:

  1. kawan dengan org jual minyak wangi akan bau wangi :)

    ReplyDelete
  2. =) ha'ar la kan.. boleh dapat minyak wangi free =)

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)