Pages

KURANGKAN MARAH dengan SEPAKAN?

Salam semua.

Pagi ni nak bagi sedikit tips sikit.Berkesan atau tidak jom kita cuba dulu.

Pertama [ Tips kurangkan Marah ]


http://www.emocutez.comCukupkan solat lima waktu.

Apabila kita solat cukup lima waktu,cukup syarat insyallah perjalan kehidupan kita untuk hari itu selamat.Merasa kita punya tempat yang paling tepat untuk mengadu segala hal,dan yang penting kita adalah milik Dia


http://www.emocutez.comAmik air sembahyang.

Air adalah salah satu punca ubat yang paling besar dalam dunia perubatan.

Pernah tak terfikir kenapa dalam perubatan islam banyak menggunakan air?

Ini kerana molekul air itu hidup dan mempunyai terapi yang besar dalam hidup.


http://www.emocutez.comBanyakkan beristighfar.

Banyakkan ingat Dia.Dan yakin dia sentiasa ada bersama kita.


http://www.emocutez.comJauhkan diri dari tempat yang cetuskan api kemarahan anda.

Selagi kita ditempat yang mencetuskan kemarahan selagi itula api kemarahan kita dibakar untuk terus menghancurkan diri kita dan semua.Sifat Syaiton itu sendiri dari api dan telah bersumpah untuk sesatkan kita hingga hancurnya dunia.Jadi jauhkan diri dari punca ‘api’ tersebut.


http://www.emocutez.comJangan gatal-gatal mulut nak bersuara untuk seketika.

Ketika marah diri kita decontrol sepenuhnya oleh hati,bukan akal fikiran yang waras.Bila marah segala perkataan buruk akan digunakan.Lagi buruk perkataan yang digunakan semakin kita puas dalam berkata.Sesungguhnya perkataan dari mulut yang berapi kemarahan sering menghancurkan dan merugikan diri kita.


http://www.emocutez.comAmik masa untuk kembali berfikir secara waras.

Bila syaiton mula menapak otak kita secara automatic kita akan simpan kat kepala lutut,tak berguna.Akal simpan dalam poket,zip kemas-kemas takut tercicir.Time ni semua dah tak waras.Jadi amik masa untuk guna dua benda yang kita simpan salah tempat sebab marah tadi.


http://www.emocutez.comJangan buat atau amik apa-apa keputusan ketika marah.

Bila marah dua benda diatas dah salah tempat duduk kan,so jangan la buat atau amik apa-apa keputusan.99% orang yang amik keputusan ketika marah menyesal dengan perbuatan dan tindakan mereka sendiri.Apabila diri kembali tenang mereka banyak merungut menyesal dengan keputusan mereka sendiri.Jadi jangan sesekali amik risiko .


http://www.emocutez.comCari tempat yang boleh buat anda tenang.

Macam aku suka tengok laut bila serabut kepala kusut.Puas apabila muka disapa kasar oleh angin bayu.Tenang bila tengok laut menganas memukul pantai.


Last JANGAN BIKIN ORANG MARAH ! http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)