Pages

Wanita Dan DUA perubahan wajib

Sudut luahan secara maya..

Sedar dan perasaan atau tidak, DUA perubahan paling besar dalam diri seorang insan bergelar wanita/perempuan?
Perubahan ini akan berlaku setelah berlakunya perubahan besar yang PERTAMA iaitu IJAB DAN KABUL.Apabila berlakunya lafaz ini dan setelah selesainya lafaz ijab kabul ini dengan secara automatik berpikula satu tanggungjawab kita sebagai isteri,yang menuntut ketaatan dan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah wajib kita patuhi.

ISTERI ADALAH PAKAIAN SUAMI, DAN SUAMI ADALAH LAMBANG ISTERI.

Perubahan KEDUA adalah setelah MELAHIRKAN ZURIAT.Perempaun yang diberikan nikmat bersalin dan melahirkan zuriat amat bertuah kerana mereka BERKERJA DENGAN ALLAH melalui SUAMINYA.Iaitu ijab dan kabul.

Setelah bergelar ibu,secara automatik berubahla segala jadual harian seorang wanita..dari watu tidurnya sehinggala waktu makanya.
Saat ini wanita tidak lagi memerlukan jam loceng untuk bangun pagi,kerana si anak pasti dengan yakin akan kejutkan si ibu untuk solat subuh dan bersiap ke pejabat.Nikmat kan?

----------------------------------------------------------------------------

Kehidupan aku sebagai seorang isteri, dan ibu kepada anak kecik Anugerah Zahra Arissa menuntut sebuah kesabaran yang amat indah.

Sebagai isteri yang terpaksa melalui sebuah perkahwinan jarak jauh cukup mangajar aku erti sebuah kesabaran,kekuatan mental dan fizikal telah aku siapkan demi keharmonian mahligai yang kami bina atas dasar cinta ini.
Alhamdulillah berkat kesabaran, kami telah dikurniakan seorang cahaya mata sebagai jambatan kasih sayang kami berdua.

Hari- hari aku bukanla setiap hari itu indah,sejak punya anak perasaan ini mudah benar tersentuh apabila melihat orang lain keluar bersama bawa anak-anak ke taman beriadah.Tapi aku tetap sendiri cuma ditemani adik,mak,ayah dan kawan-kawan.Sedih apabila memikirkan semua ini.Selami ini mungkin aku kelihatan tenang dan bersahaja kemana saja sendirian atau bersama kawan,susah senang aku akan lalui sendiri tanpa insan bernama suami disisi.jauh disudut hati aku jugak mahukan seperti orang lain berkepit dengan suami,berkongsi itu dan ini bersama.Apakan daya perjalanan hidup aku sudah tersurat begini.

Tiap-tiap hari aku bujang,itulah kelebihan aku..Tetapi dibahu aku terpikul status ISTERI KEPADA SUAMI,IBU KEPADA SEORANG ANAK,siapa sangka..
Alangkah indahnya kalu aku boleh berkongsi segala-galanya dengan suami tanpa sempadan jarak.. Apalah ertinya kalu lapar hari ini milik aku cuma aku yang rasakan sendirian, gembira aku saat ini cuma gembira aku sendiri tanpa boleh dikongsi sewajarnya.Kenyang aku belum bererti suami aku kenyang.Semua ini memerlukan mental yang kuat untuk lalui dengan sebaik mungkin tanpa perlu buat suami rasa serba salah tinggalkan aku dan anak disebabkan mencari rezeki.Tal semua orang tabah dan sanggup.adakala aku jugak tewas dengan perasaan sehinggakan membuatkan suami termenung memikirkan yang terbaik untuk kami.

Sesiapa yang belum pernah atau tiada kekuatan mental dan fizikal jangan sesekali amalkan cara hidup ini,takut-takut ia mampu meruntuhkan sebuah masjid dan melunturkan kasih sayang. aku dah terajar dengan cara hidup ini sejak bercinta pun adakala terbabas jugak.. Kan bagus kalu kita kembali kepada zaman dulu-dulu, kahwin je terus kehulu kehilir bersama suami,selangkah suami bergerak,sejengkal kita dibelakang =) sreronok la weh...

Ini bukan soal kesunyian,tapi soal kasih sayang pada anak sebenarnya.Sebab anak aku dah pandai bosan duduk kat rumah,masuk kereta je terus diam,tahu sangat orang nak bawa keluar, berhenti je nangis.. pening wan dia..

Moral : Siapkanlah mental dan fizikal sebelum berumah tangga.Seronok kahwin muda ni..

5 comments:

  1. terima kasih utk perkongsian

    insyaAllah saya juga akan melangkah ke alam rumah tangga

    *persiapkan kekuatan fizikal & mental*

    ReplyDelete
  2. Anisa ~ alhamdulillah.. tahniah..


    WB

    ReplyDelete
  3. weh kakak...teruja dgn semangat lu..ni bkn sebarang pinky kan..kene mnuntut dgn lu la kak...even blum nmpk lg ke arah itu...

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)