Pages

Katak Punya Pasal

Lama sangat-sangat tak buka dan update blog,sampai berpeluh-peluh memcari dimanakah
perkataan NEW POST .Adui mahu "penseng" ini hari.

Nak tanya korangla kan,ape dan benda apekah yang boleh takutkan korang?
Dalam erti kata mudah korang takut,geli,seram, dan sejuk panas bila tengok atau terserempak atau
ter dan ter.. =)
Mesti ada kan.. jangan nak tipu, jangan nak tunjuk gagah perkasa la.. gtahu kat saya je..

Macam saya seram,geli,sejuk panas dengan KATAK MINYAK ! saya tidak pasti katak minyak tu nama dia ape sebenarnya.
pagi tadi nak dijadikan cerita sesampai je kat pejabat,kawan dah nak keluar breakfast,so saya pun join sekali dengan diaorang,nak dipendekan cerita tak sampai pun suku jalan tetiba saya merasa sesuatu yang agak aneh bermain dan menyentuh kaki saya..
Dalam hati yang berdebar-debar saya beranikan diri memeriksa ape benda yang aneh itu..
Setelah pemeriksaan dibuat mata aku menangkap objek aneh itu!..
Maka dengan tanpa arahan semua barang ditangan aku tercampak kehadapan,dan semua benda disebelah aku campak kehadapan,sambil menjerit berhenti-berhenti!!!! dan berusaha angkat kaki ke atas,terasa amat payah dengan kain terbelah berbaju kebaya.

Separuh mati saya menjerit ketakutan.. kawan-kawan saya kebingungan dengan tindakan refleksi dari saya itu..hahahahaha.. saya pun bertindak tanpa sedar.
Bila kereta berhenti saya terus melompat keluar dari kereta,disebabkan oleh seekor katak yang kecik itu..
Katak yang ketakutan terus keluar dari kereta,mungkin ketakutan dek jeritan dari saya.

Sebenarnya tidak berapa elok dedahkan apa kelemahan kita,sebab dia memudahkan untuk orang mempedajal kita =)
Sampaikan saat ni saya masih merasa kegelianya..
sekian untuk hari ini =)


Takut tak?

2 comments:

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)