Pages

Mat Rempit Bertempik Dijalanan!

~Bismillah~

Masa aku menaip ni,hati dan perasaan aku dah co0l,dari segala sumpah seranah kepada sekelompok mat motor di Terengganu.Tak melampau kalu aku labelkan sebagai KURANG AJAR.
Aku bukan sengaja melabelkan mereka dengan perkataan tersebut.Aku punca cerita yang sering kali berulang,berlaku.

Semalam,hari sabtu menjadi hari minggu bagi penduduk di Bandaraya Terengganu.
Aku salah seorang insan yang menetap di Kuala Terengganu semalam.
Aku juga ingin mengambil kesemua peluang ruang masa untuk di isi dengan aktiviti beriadah.
Menghilangkan penat lelah di otak,serabut dihati.

Petang sabtu,aku keluar dengan sekuter egoberwarna merah aku untuk ke track untuk jogging.
Sampai ditrack aku ditemani seorang kawan memulakan aktiviti beriadah.Jogging.Berjalan.Melompat.Mengumpat.Hampir sejam kami berjogging,kami berdua mengambil keputusan untuk pulang setelah jam menunjukan angka 7pm.Aku pun start sekuter ego aku untuk pulang ke rumah aku.Damai.Hari dah petang.

Sampai satu simpang jalan utama Kuala Terangganu - Kuala Berang perasaan damai tadi mula hilang.Mata mula menangkap ratusan motor mula berkumpul sambil melakukan pelbagai aksi berani mati.Deruman enjin motor membuatkan aku ketakutan.Aku sememangnya alah pada benda yang menghasilkan bunyi yang kuat.Keadaan disepanjang jalan menjadi kelam kabut dengan mat rempit yang menunggang secara tidak berhemah dan menunggang sesuka hati melawan arus.Suasana kurang ajar tidak hanya berakhir disitu dan dengan cara itu.

Bayangkan,mat rempit mula menujukkan sikap berani mati dan nyawa tiada harga, apabila mencabar pengguna jalan raya yang lain dengan melanggar lampu isyarat yang memberi isyarat jalan untuk membelok ke kiri atau kanan ,tapi dihalang oleh mat rempit dengan menunggang tanpa memikirkan erti lampu isyarat yang bertukar merah di jalan lurus. Kelihatan kereta-kereta mula menperlahankan kenderaan masing-masing mungkin kerana memikirkan risiko yang bakal diterima andai meneruskan perjalanan.

Disepanjang jalan umpama berlangsungnya rakaman filem lagak ngeri.Sungguh menyedihkan apabila melihat "gadis-gadis" sanggup bertenggek diatas motor seperti merelakan nyawa mereka menjadi tarungan.Kenapakah "gadis-gadis" secantik mereka tidak menggunakan kepala otak untuk berfikir? Kenapa mereka lebih suka menggunakan kepala lutut untuk berfikir dalam melakukan tugasan harian.Adakah salah ibu mengandung? Ada salah anak berlagak bangang?

Kejam ke kalu aku mendoakan agar mat rempit yang meyusahkan pengguna jalan raya yang lain denagn medoakan agar berlakunya kemalangan semasa mat rempit menunggang motor menggunakan satu tayar dijalan.Gila Kurang ajar.Andai Tuhan tetapkan mereka terlingkup, mencium jalan sumpah aku akan tolong gelak!...

Anak melayu kita sering silap tempat menunjukkan kelebihan,keberanian.Kenapa tidak buktikan melalui cara yang meguntungkan diri sendiri?..

Majulah kepala lutut mereka demi mencium jalan!

3 comments:

  1. Sis ~ sikap bodoh merugikan diri

    ReplyDelete
  2. diorg desperate nk mati ah tu!

    ReplyDelete
  3. nawal ~ tu lah pasal.. tapi depa nyusahkan org la.. ~geram~

    sis ~ erm kurang berfikir la tu

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)