Sapa-sapa yang termasuk ke rumah sayer,tolong bantu sayer dengan kadar yang segera.
Sayer ada masalah yang mengganggu mata sayer.Punca penyakit ini adalah
1 ~ sayer tidak pandai untuk tukar gantikan template - tapi cuba untuk buat pandai
2 ~ sayer memang tunggul kayu dengan kod html bagai tu..
3 ~ pandanga mata sayer makin terganggu bila sayer scroll ke bawah melihat benda sama berulang kali.
kepada sesiapa yang hebat pasal kod hmtl ni,jangan segan-segan tolong sayer.
Ops! lupa nak bagitahu masalah yang mengganggu tu..
BLOG POST sayer ada 2 kali.. =(
nanti sayer upah aiskrim pada sape yang berjaya dan sudi tolong.
Semalam sayer telah menamatkan akaun fesbuk sayer tanpa meninggalkan sepatah perkataan walaupun bye.
Kenapa sayer menamatkan akaun fesbuk yang sayer sayangi? Sebab fesbuk bukan lagi menjadi kesayangai sayer,kerana fesbuk sayer telah di hack oleh makhluk Allah yang comel,yang berhajat untuk mengetahui segala perjalanan hidup sayer,walaupun sayer bukan seorang artis terkenal. Sayer sangat tertekan bila akaun sayer sering dihack,dan maklumat dan gambar sayer sering digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya.Ini kali kedua sayer kecewa dengan fesbuk. Sayer tidak akan biarkan diri sayer kecewa untuk kali ketiganya.InsyaAllah.
Sayer hampir terlupa soal GB kerana sayer join Gb melalui akaun fesbuk tersebut.Apabila sayer pikir-pikir dan pikir.kenapakah Gb mesti buat connect menggunakan akaun fesbuk? Adakah ada cara lain untuk menggunakan akaun Gb tanpa fesbuk? Atau sayer terpaksa create akaun fesbuk "kosong" semata-mata untuk pingkan entri sampah sayer dalam Gb?
Sayer tak nafikan fesbuk ada kebaikan tersendiri,tapi dalam fesbuk jugak terdapat keburukan ciptaan kita sendiri. Kepada makhluk yang berjaya dengan jayanya hack akaun fesbuk,sayer ucapkan tahniah kerana anda sangat pandai dan kepandaian anda jugak kena pada tempatnya.
Nota Daki : Jangan sampai sayer jadikan hack akaun kamu sebagai hobi yang menyeronokan. sekian.
Asmara di pejabat ,maksud aku asmara dengan cara yang tidak dihalalkan.Korang faham kan.Alah kalu aku tak cakap cara tidak halal pun aku tahu korang lebih tahu.
Hari ni perkara sebegini semakin hampir dengan diri aku,dengan mudah aku boleh mendengar cerita skandal (bukan dengar mendengus ok!) antara si bunga dengan suami orang,suami orang dengan isteri orang,si bunga dengan si kumbang,isteri orang dengan si kumbang.
Kumbang dan bunga yang aku maksudkan adalah makhluk yang belum pernah melafazkan akad nikah dan yang belum pernah menerima nikah.Bujang.
Kenapakan semua ini boleh berlaku? Adakah salah bila seorang perempuan keluar berkerja demi menjana ekomoni keluarga?niat menolong insan bernama suami? Keluar berkerja dengan langkah berizin.Dimana silapnya? Adakah perempuan yang terlalu menggoda? atau gurau senda bertepuk tampar tanpa batas menjadi punca?
Bila di pejabat insan yang memakai status isteri orang pun kadang-kadang terbabas merengek, bertepuk tampar dengan insan yang tidak halal untuknya.Kenapa? Sebab dah biasa. Ala diaorang ni bukan jahat pun..lagi pun diorang panggil i akak tau.. diaorang tahu hormatkan akak.. biasakan dengan dialog macam tu.Tapi nafsu kenal ke pangkat akak,makcik,tukang sapu bagai?
Tak heran sangat bila bercinta bukan berasmara diantara bujang sesama bujang.Harap-harap sampai ke jinjang pelamin la hendaknya. Tapi yang duk heranya bila bos dengan pekerja ni,antara laki orang dengan bini orang ni.Sekali sekala mungkin orang tak tahu.Tapi kalu dah selalu sangat orang pun syak jugak kan.Siap terjumpa pembalut kondom segala,ape cerita ni beb.Line clear je depa wat projek,layan doggy dengan bini orang,sekali pun sound efek korang silentkan,tapi bila kuar mengah-mengah sambil senyum puas apa kejadahnya beb.Lunch hour banyakla drama-drama asmaradana dicelah-celah meja,celah kerusi,celah pintu jamban,celah pintu,celah pokok bunga dan macam-macamla.Pemandangan yang menjijikan.
Depa yang laki ni kan main sebat je,janji free je agaknya.Makcik tukang sapu indon pun depa boleh buat stok geli-geli.Masuk pantry depa main raba-raba,yang indon pulak layan syok geli-geli jugak.Lupa anak laki terus.Yang perempuan pulak negro pun depa duk cakap macho,kacak bergaya.Mak ai negro tu wangi-wangi dia pun busuk tau..aku bukan nak hina la.. tapi perangai dia pun busuk beb,apa barang duk main goncang-goncang ko*ek dia kat bini orang..yang bini melayu ni pulak pantang nampak best terus lentok.bangangkan.
Nak kawin pun takut kalu situasi macam di selalu berlaku depan mata,kiri kanan aku sendiri.Silap-silap aku terjumpa g-string ke,spender ke,kondom ke memang macam haram la. Mintak tuhan jauhkan benda-benda yang boleh mencampakkan aku ke dalam api neraka jahanam.
Tak bagi kerja kan dah sekarang semua orang bekerja,demi menjada ekomoni bersama.Bila bagi kerja kan depa buat "kerja". Laki bini sama naik jer sekarang.Harap semua yang terlibat boleh la mula berfikir,ada masalah ketidakpuasan silala rujuk ,bincang sesama.Mintak tolong sangat-sangatla.Yang bujang tu kalu dah tak tahn sangat silala nikah dendan kadar yang segera.Aku pun bukanla baik sangat,cuma belum termakan pujuk rayu setan,dengan itu aku pun nak nikah secepat dan sederas yang mungkin.gatai
Nota :Korang jangan terpengaruh sangat dengan cerita naughty office tu.
KEKOSONGAN JAWATAN: A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar (Mendapat Syafaat Nabi). 3. Keselamatan meniti Titian Sirat. 4. Syurga dan Kesenangan yang kekal abadi buat selamanya.
EMPAT GANJARAN TIDAK LUMAYAN (khas untuk jawatan B): 1. Seksa kubur. 2. Kepanasan di Padang Mahsyar. 3. Terjatuh ketika meniti Titian Sirat. 4. Seksa dan keperitah hidup yang kekal abadi selamanya dalam Neraka.
EMPAT GANJARAN AGAK LUMAYAN (khas untuk jawatan C): 1. Seksa kubur. 2. Kepanasan di Padang Mahsyar (terpulang kepad amal sama ada mendapat Syafaat Nabi atau tidak). 3. Terjatuh ketika meniti Titian Sirat tetapi akan dapat naik semula selepas tamat tempoh di Neraka. 4. Di seksa sementara kemudian di angkat dan di bersihkan barulah di masukkan ke dalam Syurga selamanya.
*Terpulang kepada anda untuk memilih Jawatan A atau B atau C.
TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa sejurus bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).
TEMAN KETIKA TEMUDUGA (salah satu daripadanya): 1. Haiwan yang melata. 2. Para Malaikat di iringi wangian Syurga.
KELAYAKAN: Khusus untuk semua makhluk terutamanya yang bergelar Manusia keturunan Nabi Adam 'Alaihis Salam. Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat dan pangkat, Ferrari McLarren, Alphard 3L atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal iaitu: Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda?
ENAM JAWAPAN BOCOR: 1. Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 2. Islam. 3. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. 4. Al-Quran Al-Karim. 5. Ka'bah. 6. Orang-orang Islam.
CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI: Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal, yang bermaksud begini: Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Kami sudah war-warkannya. Terpulang kepada anda untuk memilih jawatan yang mana satu. Kami dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi memilih jawatan A!! MUKTAMAD!! Dan sekarang kami sedang dalam perjalanan untuk mengisi Jawatan A tersebut. Doakan kami InsyaAllah, dan saya juga doakan anda semua.
Bila bercakap sila guna pancaindera yang sepatutnya. Jangan pandai-pandai nak gunakan kepala lutut pulak,kang aku hempuk ko laju-laju,ko cakap nanti otak ko jadi senget pulak.
Bila mahu gelak sila lihat tempat,masa,dan kenapa. Jangan main petik jer,nak gelak tu tengok tempat sikit,janganla bila org ckp ko tak bape nak cerdik pun ko gelak-gelak manja.
Bila mahu berangan sila jauhi bangunan atau pokok kelapa tinggi. Ko jangan nak menyusahkan orang pulak.Nak berangan tu agak-agakla..Jangan jadi macam mat jenin pulak.Dia tak pe la dah punya nama besar.Lu tu belum layak pakai name tag lagi.
Bila mahu bergaya sila sikat rambut menggunakan kuku kaki. Aku tahu tu agak sukar.Tapi bila sukar ko akan mula berfikir,payah jugak sebenarnya nak bergaya dengan berlagak pandai tapi dah terlebih pandai ni kan..
Lu tak mampu punya miliki hikayat SEKUT TAWAR Sebab tu tak secerdik Hikayat Mat Jenin cipta nama.
Dapat call dari nombor ni 03 5885 5100 insan disana perkenalkan diri sebagai En.Fuad,dari Maybank.
Ermm terus rasa malas gila nak layan.Takut jugak kalu semua ni satu penipuan.Hati-hati tu perlu bila melibatkan duit ni beb.Kang tak pasai-pasai masuk metro muka depan.
Terpedaya.
Fuad tu dah applykan kad kredit visa.Tanpa dokumen depa apply,saje la tu tengok je duit aku suka suki je tolong applykan.
Kini pemilikan kad kredit bukan lagi lambang kemewahan,tapi keperluan.Alamak keperluan ke?
yelah..perlu bila kita nak beli barang yang mahal-mahal tanpa perlu membawa wang yang banyak.
Antara kad kredit yang popular adalah MasterCard dan Visa.
Aku memang tak suka benda nie semua bila melibatkan akaun aku.Lagi pun duit aku bukan la banyak pun.Siap gitahu dengan lembaplemah lembut lagi.. cik.... pihak kami tidak mengenakan sebarang interest.Cik ... boleh guna di mana-mana tempat.Kalu cik ... guna di pump minyak petrosnas,cik... akan dapat point jugak,dan boleh tebus redeem jugak.
Sepanjang perbualan aku banyak menggunakan erm,erm,dan erm.
Kad kredit bukanla cara terbaik untuk berbelanja.Kalu salah langkah penggunaan kad kredit boleh membawa padah.
Senang cerita aku tidak lagi menggunakan kad kredit,sebab aku seorang yang kaya mampu membayar apa yang aku ingin beli dengan menggunakan wang kertas dari poket sendiri.
Lagi pun aku bukanla seorang yang layak memakai name tag pemegang kad kredit.
Sekian. En.Fuad siap nko kalu kad kredit tu sampai kat rumah aku.
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca entri ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
Bentuk tubuh yang ramping dan proposional sering menjadi contoh di dalam berpakaian. Selain dilihat cantik, tubuh sedemikian mudah menggayakan apa jua fesyen.
Tetapi bagaimana untuk wanita yang berpinggul lebar dan mempunyai lemak di perut? Cuba semak tips 'ya' dan 'jangan' di dalam berpakaian.
'YA" * Gayakan seluar yang tidak memiliki details pada bahagian perut dan pinggul (flat front pants). Seluar gaya ini akan melangsingkan bahagian pinggul dan perut.
* Skirt panjang yang tidak begitu ketat dengan belahan di tepi atau skirt bahagian tulang pinggul dan panjang sehingga ke lutut dapat menyembunyikan bentuk pinggul anda yang lebar.
-Untuk jaket dan blaus, potongan lurus tanpa kolar dan panjangnya menutupi pinggul. Biarkan kancing atau zipnya terbuka.
* Jika anda menyukai bahan bercorak, pilih corak yang kecil-kecil misalnya kotak kecil atau motif bunga yang kecil dan rapat. Untuk motof garis, pilih vertikal (menegak) untuk kesan ramping.
* Warna gelap seperti hitam dan biru gelap dalam nada monokramatik akan membantu memberi efek ramping.
'JANGAN' * Hindari memakai seluar dari bahan elastik serta seluar yang mempunyai poket kerana ia akan menjadikan pinggul dan perut nampak lebih besar.
* Jangan masukkan baju (tuck in) kerana ia akan menjadikan pinggul anda kelihatan lebih besar. Manakala, wanita yang mempunyai perut buncit jangan memakai baju yang ketat tanpa memasukkan baju tersebut (tuck in).
* Ucapkan selamat tinggal kepada skirt yang ketat dangan potongan lurus atau memberi penekanan kepada pinggul dan perut.
* Hindari motif besar dan horizontal (melintang).
* Jangan berhenti bersenam dan jaga pemakanan untuk mendapat tubuh yang lebih cantik dan sihat.
Banyak masa yang terbuang sebab aku seorang yang pemalas nak buat rajin.Tetiba macam nak cuba buat HDR.HDR ni bermaksud high dynamic range imaging.
Tapi reti ke aku? Jawapan mudah,manala aku pernah reti mengHDRkan gambar.Apa yang aku selalu baca ialah gambar yang nak diHDRkan tu mestilah sesuai.Bukan main sebat jer.Tak elok untuk kesihatan mata bila diHDRkan nanti.
Gambar yang sesuai diHDRkan biasanya aku lihat sifu menggunakan gambar pemandangan, yang ada sekurangnya 2 tone kaler.Unsur alam biasanya menjadi pilihan penggemar otai untuk mengHDRkan gambar mereka.Aku nak cerita pun aku jenis buta HDR jugak.Tapi objek seperti orang bagi aku tak sesuai sangat.Ada otai HDR jugak berpendapat seperti itu.Aku nak bagi tips HDR memang aku tak kan berjaya punyala,korang rajin-rajinla bertanya dan belek-belek kat internet erk.
Semalam,aku keluar ke site dalam edisi membuang kebosanan dan kelaparan.Sampai satu tempat tu aku memang suka snap gambar,dan aku teruskan minat aku yang satu ni.
Hasil memang tak cun,tapi wanra langit yang membiru buat aku terpikat untuk cuba HDRkan gambar tersebut.Tak salah mencubakan walaupun hasilnya jelek.HDR tak semestinya lebam-lebamkan..gambar tak semestinya panas jugak kan..
Korang tengokla hasilnya dulu ok..aku pun nak tergelak tengok..aku guna teknik HDR tau,bukan ejas kaler bagi terang.Nak kutuk pun aku terima,aku positif jer.