Pages

Iklan Jawatan Kosong Terbaik April 2010


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar (Mendapat Syafaat Nabi).
3. Keselamatan meniti Titian Sirat.
4. Syurga dan Kesenangan yang kekal abadi buat selamanya.


EMPAT GANJARAN TIDAK LUMAYAN (khas untuk jawatan B):
1. Seksa kubur.
2. Kepanasan di Padang Mahsyar.
3. Terjatuh ketika meniti Titian Sirat.
4. Seksa dan keperitah hidup yang kekal abadi selamanya dalam Neraka.


EMPAT GANJARAN AGAK LUMAYAN (khas untuk jawatan C):
1. Seksa kubur.
2. Kepanasan di Padang Mahsyar (terpulang kepad amal sama ada mendapat Syafaat Nabi atau tidak).
3. Terjatuh ketika meniti Titian Sirat tetapi akan dapat naik semula selepas tamat tempoh di Neraka.
4. Di seksa sementara kemudian di angkat dan di bersihkan barulah di masukkan ke dalam Syurga selamanya.

*Terpulang kepada anda untuk memilih Jawatan A atau B atau C.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa sejurus bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


TEMAN KETIKA TEMUDUGA (salah satu daripadanya):
1. Haiwan yang melata.
2. Para Malaikat di iringi wangian Syurga.


KELAYAKAN:
Khusus untuk semua makhluk terutamanya yang bergelar Manusia keturunan Nabi Adam 'Alaihis Salam.
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat dan pangkat, Ferrari McLarren, Alphard 3L atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu: Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


ENAM JAWAPAN BOCOR:
1. Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
2. Islam.
3. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
4. Al-Quran Al-Karim.
5. Ka'bah.
6. Orang-orang Islam.


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Kami sudah war-warkannya. Terpulang kepada anda untuk memilih jawatan yang mana satu. Kami dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi memilih jawatan A!! MUKTAMAD!! Dan sekarang kami sedang dalam perjalanan untuk mengisi Jawatan A tersebut. Doakan kami InsyaAllah, dan saya juga doakan anda semua.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Nota :Sebarkan walaupun satu patah demi kebaikan





5 comments:

  1. saya suka enrty ini. membawa maksud yang mendalam :)

    ReplyDelete
  2. xraafikx~ erm tersiratkan

    amr~ sayer pun like jugak :-)

    ReplyDelete
  3. sila update resume sekarang:)

    ReplyDelete

Hati2 drop comment tu.. kang kena ngorat =)